View: 2632|Reply: 3
|
Terrorisme: Wartawan diarah serahkan isi buku
[Copy link]
|
|
Wartawan diarah serahkan isi buku
WARTAWAN bebas, Shiv Malik, perlu menyerahkan bahan yang mengandungi sumber penulisannya mengenai terrorisme kepada Polis GreaterManchester dalam tempoh tujuh hari dan membayar kos perundangan, seperti yang diarahkan dalam ulasan kehakiman kes terbabit, menurut akhbar Guardian. Bagaimanapun, perintah larangan penerbitan yang dikenakan kepada penerbit Malik, Constable & Robinson telah ditarik balik.
Guardian melaporkan tiga hakim Mahkamah Tinggi London mengehadkan perintah terma pengeluaran asal yang dikeluarkan Polis Greater Manchester kepada hanya bahan penting yang bersumberkan suspek pengganas, Hassan Butt, berbanding semua bahan untuk buku terbabit.
Bagaimanapun, Constable & Robinson mengakui pada Mei lalu, bahawa belum dapat mengesahkan bila buku itu, Leaving al-Qaida, dapat diterbitkan.
[ Last edited by bukunota at 1-7-2008 12:26 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Isu terrorisme memang isu sensitif di Eropah dan Amerika Syarikat (AS). Meskipun, mereka menyanjung kebebasan akhbar dan kebebasan menulis, tetapi dalam soal terrorisme, mereka tidak teragak-agak untuk mengehad atau lebih buruk, melanggar dogma mereka sendiri. Cuma pada ketika tertentu, hanya mahkamah menjadi jalan terakhir untuk mengawal daripada pelanggaran hak sewenang2nya oleh pihak berkuasa.
Bagaimana pula dengan kebebasan penulisan di negara kita?
|
|
|
|
|
|
|
|
Serius nih |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #2 bukunota\ catat
sy rasa di negara kita sendiri ada kebebasan untuk menulis apa sahaja asalkan tidak menyinggung sensitiviti rakyat yang bersangkut paut dengan kaum dan agama. malah penulisan bersifat politik dan sinikal masih menjadi rutin dalam sesetengah penulisan di akhbar dan majalah. slah satu cara untuk meluahkan apa yg terpendam barangkali.mungkin yang oversensitive akan jadi lebih panas kalau ada pihak ketiga yang terasa. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|