View: 5960|Reply: 2
|
Iklan Pelatih Paramedik ( PPUKM )
[Copy link]
|
|
PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
Semua calon-calon yang berkelayakan sahaja untuk mengikuti latihan dan hendaklah memenuhi syarat-syarat seperti berikut :
1. BIDANG LATIHAN
Pembantu Perubatan Pelatih (Diploma Pembantu Perubatan)
Jururawat Pelatih (Diploma Kejururawatan)
Juru X-Ray Pelatih (Diploma Radioterapi)
2. TEMPOH LATIHAN
Tiga (3) tahun pengajian
3. ELAUN
Elaun Sara Hidup RM 621.21 Sebulan
Elaun Buku RM 250.00 Setahun
Elaun Kertas Projek RM 90.00 Setahun
Elaun Alat Perkakas RM 25.00 Sekali sepanjang pengajian
4. KELAYAKAN CALON
Semua calon kursus Diploma Pembantu Perubatan, Diploma Kejururawatan dan Diploma Radioterapi hendaklah memenuhi syarat-syarat seperti berikut :
a) Warganegara Malaysia;
b) Umur tidak melebihi 28 tahun;
c) Belum Berkahwin;
d) Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
e) Lulus Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
f) Lulus Matematik dan Kepujian mata pelajaran Sains atau lulus dua mata pelajaran Sains di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia;
g) Hanya calon-calon lelaki sahaja bagi kursus Diploma Pembantu Perubatan dan calon-calon wanita sahaja bagi kursus Diploma Kejururawatan; dan
h) Sihat fizikal dan mental serta tidak mengalami kecacatan yang menjadikannya tidak sesuai untuk menjalankan tugas selepas tamat latihan.
5. PENYERAPAN KE DALAM JAWATAN
Pelatih-pelatih yang tamat dengan jayanya dan lulus peperiksaan yang disyaratkan adalah layak untuk dipertimbangkan ke jawatan tetap mengikut bidang latihan yang diikuti.
6. IKATAN PERJANJIAN
Calon-calon yang berjaya menamatkan pengajian dikehendaki berkhidmat dengan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia selama tujuh (7) tahun.
7. TARIKH MULA PENGAJIAN
01 Julai, 2008 (Selasa)
8. CARA MEMOHON
a) Borang Permohonan Latihan (PPUKM/JSM/UPP/BR18 PIN 1/2008) yang boleh didapati Jabatan Sumber Manusia, Tingkat 1, Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor, Tuanku Ja抋far, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Jalan Ya抋cob Latif, Bandar Tun Razak, 56000 Cheras, Kuala Lumpur dengan menghantar sampul surat berukuran 23sm x 11sm ( 4拻 x 9拻 ) bersetem RM 0.50 sen dan beralamat sendiri.
b) Cetakan Borang Permohonan Latihan (PPUKM/JSM/UPP/BR18 PIN 1/2008) boleh dibuat melalui laman web jabatan ini disini
http://jsm.hukm.ukm.my/files/borang/uppbr18.pdf
c) Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
d) Permohonan yang lewat diterima dan borang yang tidak lengkap tidak akan dilayan.
e) Tarikh Tutup Iklan : 20 Jun, 2008 (Jumaat)
f) Borang Permohonan Latihan (PPUKM/JSM/UPP/BR18 PIN 1/2008) yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada :
Ketua Penolong Pendaftar Kanan
Jabatan Sumber Manusia
Tingkat 1, Kompleks Pendidikan Perubatan
Canselor Tuanku Ja抋far
Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia
Jalan Ya抋cob Latif, Bandar Tun Razak
56000 Cheras,Kuala Lumpur
(u.p: Unit Pengurusan Perjawatan)
* Sila tulis nama latihan pada sampul surat di bahagian atas sebelah kiri.
|
| |
PS: saper2 berminat .. selamat mencuba nasib..
kena study 3 tahun dulu .. pastu gerenti dpt kerje.. tapi kena kontrak le 7 tahun..( dulu 5 tahun ajer.. ) |
|
|
|
|
|
|
|
agak2 die nak pakai ramai tak juru x-tray pelatih tu or jururawat tu macam lagik cerah peluang tuk dapat kalo apply? |
|
|
|
|
|
|
|
wata dapat interview tuk post juru x-tray pelatih..camne yek nak gi ke PPUKM tu?
kalo dari taman melati |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|