View: 3265|Reply: 6
|
henpon ilang??ni ader cara besh!!
[Copy link]
|
|
Sori kalau dah ada thread
ni
Jangan berikan peluang kepada mereka
yang mencuri telefon bimbit anda
daripada menggunakannya. Jadikan ia
tidak berguna supaya ia tidak lagi
boleh dijual kepada orang lain.
Caranya mudah. Setiap telefon bimbit
mempunyai nombor siri IMEI yang
tersendiri. Anda hanya perlu
mengetahuinya dan menyimpan
catatannya.
Untuk memeriksa nombor siri IMEI ini,
tekan simbol dan nombor berikut :-
* # 0 6 #
tanpa ruang kosong. (star hash kosong
enam hash)
Nombor yang ditayangkan adalah 15
digit nombor yang unik bagi setiap
telepon bimbit. Catatkan dan simpan
ditempat yang boleh didapatkan semula.
Sekiranya telefon bimbit anda hilang,
anda boleh melaporkan kehilangan
telefon bimbit anda kepada pemberi
khidmat telefon bimbit seperti TM,
Maxis atau Digi.
Berikan nombor ini kepada mereka
supaya ia boleh
disenarai hitamkan. Sekiranya pencuri
menukarkan kad SIM, ia masih
tidak dapat digunakan kerana telefon
bimbit sudah dihalang penggunaan.
Walaupun anda mungkin tidak lagi
mendapat telefon bimbit anda, dengan
menjadikan ia tidak berguna sudah
cukup memuaskan hati. sekiranya
setiap daripada kita mencatatkan
nombor siri IMEI dan melaporkan
nombor siri ini apabila kehilangan
telefon bimbit.
Kes-kes kehilangan dapat dikurangkan
kerana tiada guna mencuri telefon
bimbit jika tidak
boleh dijual dan digunakan.
Lakukan sekarang dan sebarkan kepada
orang lain
alang-alang dah hilang biar padan muka
org yang curi tu pun tak leh guna
juga .... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
xsemestinya pencuri tu akn gne hp tu..
biasenye diorang trus jual |
|
|
|
|
|
|
|
ooo..ye ke? baru tau.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Sasori at 4-6-2008 10:01 AM
xsemestinya pencuri tu akn gne hp tu..
biasenye diorang trus jual
betul..aku pon tak terpk gak..kekadang yang curik2 nih, bukan utk kegunaan sendiri tapi nak jual..nih wat pihak yang dicuri dan pihak yang membeli enpon curik kerugian..
umah aku kat johoe pernah di masuki pencuri gile..duit n enpon hilang..lepas tu die jual enpon kat orang kat daerah lain..dalam enpon skrg nih kan ade internal memory so orang yang beli enpon tu tepon aku tanye, aku ade hilang tepon ke sbb die curiga sbb orang jual tepon tapi tak buang maklumat kat dalam tuh..lepas tu orang tu tanye aku, nak tepon blk tak? aku ckp, aku nak ler..lepas tu orang tu leh ckp, kalu nak, byr kat die sbb die pon beli kat orang gak..huhu..aku ckp, takpe la, terima kasih ler, aku dah pakai phone lagik canggih..tu kesah 3 tahun lepas..:@ |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ayiepk at 4-6-2008 10:07 AM
betul..aku pon tak terpk gak..kekadang yang curik2 nih, bukan utk kegunaan sendiri tapi nak jual..nih wat pihak yang dicuri dan pihak yang membeli enpon curik kerugian..
umah aku kat johoe ...
pencurik sengal!!!! :@
baik pulak pembeli henpon tu ye... |
|
|
|
|
|
|
|
itu untok kepuasan sendirik lah! depend la kat korg,nih cuma ikhtiar nak lepas geram kalu2 tipon ilang:@
btw, kalu orang nak bli musti diorg cek dulu bley guna ka idak so kalu dah xbley tu ' bertuah le ' kalu still nak bli |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|