CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4381|Reply: 33

100 Camry untuk 100 hari.

[Copy link]
Post time 2-6-2008 09:10 PM | Show all posts |Read mode
Setiap hari, gerenti anda adalah salah seorang yang akan memiliki Toyota Camry yang berharga lebih RM150,000.00..... bayangkan betapa gahnya kalau dapat memandu kereta tu. Tapi.....anda harus ingat, untuk jawab 10 soalan yang dikemukakan tu...anda akan hilang RM50.00 (RM5@ setiap soalan). Tapi kereta itu cuma sebiji sahaja sehari untuk dimenangi. Marilah kita berebut-rebut untuk dapatkan hadiah yang berprestig itu, disamping menghabiskan duit untuk top-uo airtime atau gunakan credit limit kita habis-habisan beramai-ramai!!

Semoga ramai yang berhabiskan duit untuk syarikat gergasi fon selular tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2008 09:44 PM | Show all posts

Reply #1 atukki55's post

1 kreta = RM150,000
100 = RM15 000 000

secara kasar kalo 1 000 000 pengguna jawab semua soalan

1 000 000 * 50
= RM50 000 000

ambek kau untung gila ba bi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-6-2008 01:18 PM | Show all posts
CEO Celcom kata peraduan 100 kereta 100 hari tu bebas judi! @ halal le tu! Kalu Celcom tidak ada apa-apa yang mahu dirahsiakan.... aku mintak Shazali tu umumkan berapa sebenarnya Suzana (pemenang pertama Camry) dah belanja untuk hantar sms tuh!
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2008 02:37 PM | Show all posts
mmg x tepikir nk join peraduan ni...
giler diorg untung byk..!!
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2008 03:07 PM | Show all posts
ni aku dapat dr emel...
aku kopi pes jek ok..



Hukum Peraduan SMS Menang CAMRY

Sebuah berita menyebut :-  

KUALA LUMPUR : Celcom ( Malaysia ) Bhd menawarkan 100 unit Toyota Camry
2.0E 1AZ-FE kepada pelanggan pasca bayar dan pra bayarnya menerusi
peraduan 'Celcom 100 Hari 100 Kereta' bermula hari ini.

i.          sebuah kereta akan diberi setiap hari selama 100 hari
berturut-turut kepada pemenang peraduan berkenaan.

ii.         Pelanggan perkhidmatan Celcom yang berminat menyertai
peraduan itu hanya perlu menaip kata kunci CARS dan hantar melalui SMS
ke nombor 22222. Promosi itu terbuka kepada pelanggan sedia ada dan baru
Celcom.

iii.        Pelanggan yang dapat menjawab 10 soalan dengan tepat serta
mendapat mata paling banyak akan dipilih sebagai pemenang.

iv.        Peserta dengan mata tertinggi juga berpeluang memenangi
tambahan sebuah kereta Toyota Camry model sama pada hujung minggu.

v.         Setiap SMS yang dihantar dikenakan RM5.

vi.        Kempen itu berlangsung selama 100 hari bermula hari ini
hingga 9 September ini. Pada masa ini, Celcom mempunyai 1.5 juta
pelanggan pasca bayar dan 6.3 juta pelanggan pra bayar.

vii.       Beliau berkata, promosi 100 hari itu bertujuan memberi
ganjaran kepada pelanggan setia atas sokongan yang diberikan kepada
syarikat berkenaan


*ULASAN UZAR :*

Secara rasmi dan mudahnya, ia adalah peraduan yang haram di sisi Islam
kerana perjudian. Semua Pesreta yang menghantara SMS terdedah kepada
kerugian RM 50 (kerana mesti menjawab 10 seoalan terlebih dahulu,
sedangkan satu sms = RM 5) atau untung sebuah kereta. Hanya seratus
orang akan berjaya dari berjuta peserta. Syarikat pasti untung berbading
peserta.

Peserta mungkin berkata

"Alah, apalah sangat dengan RM 5 .. redha sahaja"

Namun wajib diingati, pengharaman perjudian adalah  hak Allah swt dan
sebaranag kerdedhaan dalam perkara yang menjadi hak Allah adalah
TERTOLAK dan redha dalam hal ini adalah redha dalam dosa dan maksiat. Ia
menyebabkan satu dosa menjadi bertambah besar.

Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net <http://www.zaharuddin.net>  
3 Jun 2008
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2008 09:57 PM | Show all posts
Mari le ramai-ramai war-warkan supaya pengguna lebih bijak dan tak tertipu. Saya pun dah stop langgan celcom postpaid! Caj giler2 dalam bil!  Komplen pun tak guna, buat senyap je!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-6-2008 05:47 PM | Show all posts
http://www.100days100cars.com/winners.asp

yg menang sampai hari ni semua melayu

[ Last edited by  krxzaqy at 8-6-2008 05:49 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2008 06:41 PM | Show all posts
Panel Syariah Jakim bincang peraduan Celcom
08/06/2008 2:33pm

KUALA LUMPUR 8 Jun - Panel Syariah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan mengadakan mesyuarat Selasa ini bagi membincangkan kedudukan peraduan 100 Hari 100 Kereta anjuran Celcom (M) Bhd.(Celcom) yang didakwa beberapa tokoh agama sebagai mempunyai unsur perjudian.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ketika mesyuarat itu, ahli panel akan diberi taklimat oleh wakil Celcom mengenai cara-cara pertandingan itu dijalankan.

Beliau juga mengesahkan hari ini bahawa pihak Celcom tidak pernah merujuk kepada Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan sebelum mengadakan peraduan itu.

- Utusan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2008 09:58 PM | Show all posts
salam,

   tak masuk pun peraduan ni..giler mahal..belum tentu bole menang...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-6-2008 01:08 PM | Show all posts
Boleh bagi tau nama2 pemenang sehingga ari ni. Saya baca metro je, tapi metro dah tak publishkan atau terlepas pandang.
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2008 01:43 PM | Show all posts

Reply #10 atukki55's post

Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2008 05:50 PM | Show all posts
Dulu2 masa saya sekolah rendah kalau pertandingan2 ni semuanya ekna poskan bungkusan barangan sekali ngan borang..Itu aja ..Or kdg2 x yah htr apa2 pun cuma kena htr borang..So kalau peraduan camni mmg Co. tu nka bagi je hadiah2 tu..

Now semuanya main sms n kena bayar punyale mahal..
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2008 05:51 PM | Show all posts
Dulu2 masa saya sekolah rendah kalau pertandingan2 ni semuanya ekna poskan bungkusan barangan sekali ngan borang..Itu aja ..Or kdg2 x yah htr apa2 pun cuma kena htr borang..So kalau peraduan camni mmg Co. tu nka bagi je hadiah2 tu..

Now semuanya main sms n kena bayar punyale mahal..
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2008 12:39 PM | Show all posts
Program celcom ni kan dah kena tegur dengan mufti....so banned ajer peraduan yang ade unsur-unsur perjudian macam ni....kena berusaha kalau nak dapat sesuatu bukan dengan cara mudah seperti ini...pesanan ini ditujukan kepada celcom

ni kisah benar...apek kat jalan pasar jual barang tepi jalan tu pun bole pakai toyota camry...penjaga parking kete beritau aku
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2008 08:44 AM | Show all posts
Peraduan Celcom dipersoal - Surat 1
APA yang ingin saya kongsikan bersama pembaca lain adalah pengalaman saya semasa menyertai peraduan 100 kereta 100 hari anjuran Celcom.

Pada malam Selasa (3.6.2008) saya mula menghantar SMS ke nombor yang digunakan Celcom untuk menyertai pertandingan ini setelah teruja menonton iklannya di televisyen.

Saya pun dihujani soalan-soalan yang mudah dan mampu dijawab. Teruja dengan pujian yang diberi penganjur setelah memberi jawapan yang betul, saya melayani soalan demi soalan hingga ke pukul 3 pagi.

Saya mula berangan memandu sebuah Toyota Camry apabila saya diumpan dengan kata-kata manis bakal menjadi pemenang.

Pendek kata tiada halangan langsung untuk saya menjadi salah seorang pemenang yang dicari.

Keesokannya Rabu (4.6.2008), saya mula melayani soalan lagi seawal jam 10 pagi hinggalah ke malam. Soalan-soalan yang diberi berulang kali memang mudah dijawab.

Mungkin ia satu taktik untuk menarik saya meneruskan permainan. Saya menjadi leka dan hanya memikirkan sebuah Toyota Camry yang bakal dimenangi tanpa menyedari bayaran yang kian meningkat. Saya mula diberi mata bonus dan leka menjawab soalan hingga ke pukul 1 pagi.

Keesokan paginya, Khamis (5.6.2008), saya diajak lagi menjawab soalan melalui SMS yang diterima daripada nombor seawal jam 9 pagi. Kononnya pada malam tadinya saya telah menang kerana konsisten menjawab dengan tepat. Mahu tidak mahu saya terpaksa juga menjawab soalan yang dihantar.

Saya katakan 憈erpaksa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2008 10:54 AM | Show all posts
Kecian cucu2 atuk..... nak wat camane. dah terkena. Atukki siang-siang dah ingatkan anak cucu dan rakan2 pasal manusia nak cari duit ni. Nama tuhan pun boleh jual... Isteri atukki perhabis RM300 pakai kad kredit kat depan shopping kompleks, coz tawaran insuran nyawa dan pakej pelancancungan murah konon. Bila atukki dan lecture...baru dia terngadah!!

Pasal Celcom ni atukki dah serik nak berlanggan!! Atukki selalu travel oversea dan guna postpaid serta roaming. Tiap kali balik terima bil RM700 -RM900. Tapi atukki dah jelaskan walaupun kredit limit RM150 je. Tapi bila abis kredit celcom upgrade. Peliknya kerana berbaki RM18.00 setelah buat bayaran terakhir, bil depan tertunggak jadi RM150!! Konon delay payment. Peliknya masa buat bayaran pakai teller tak boleh masuk RM2 atau sen2 tu!! Kenapa pulak ada penalty (kata CS celcom tuh!) Lepas je atuk settle bil akhir, atuk terus je berhenti langgan celcom tuh!! 019........

Skrg atuk pakai maxis je.

Kabarnya pertandingan 100camry 100 ari kena gantung dulu..... atukki pikir mungkin pelanggan dah ramai terkena macam yg leon paparkan tu!! Syabas leon!! (nak bagi kredit atuuki tak ada banya. Tapi amik kalau nak. Atukki tak kisah pasal kredit2 tuh. Boleh kongsi isue pun ok daa.)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2008 02:29 PM | Show all posts
teruk betul la..
sume nak cari untung je dengan menyusahkan orang lain..
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2008 03:41 PM | Show all posts
katanya benda ni judi kan.... ohhh islam hadari
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2008 10:00 PM | Show all posts
agak2 duit yg pelanggan da masuk peraduan tuu ble pulang balik tak?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2008 06:46 PM | Show all posts
Pulang balik?.....:geram:
Agaknya kawan kita yg dah menang camry boleh terima kreta tu tak?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 11:18 AM GMT+8 , Processed in 0.346035 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list