GEORGETOWN: Kecoh lagi. Selepas dikejutkan dengan kiriman e-mel gambar bogel membabitkan seorang pelakon wanita sebuah drama bersiri, kini gadis itu kembali dengan kontroversi terbaru.
Sesuatu lebih mengejutkan berlaku apabila Harian Metro menerima kiriman e-mel daripada seorang pembaca mendakwa pelakon berusia 21 tahun terbabit berpakaian seksi sehingga menampakkan payu dara.
Pembaca yang dikenali sebagai Ahmad Suhaimi Salim dari Bayan Lepas di sini, berkata dia hanya menyedari perkara itu selepas menerima kiriman gambar berkenaan menerusi e-mel daripada rakannya, baru-baru ini.
Menurutnya, selepas melihatnya, dia terkejut apabila mendapati wajah wanita di dalam gambar itu mempunyai iras pelakon drama yang pernah mencetuskan kontroversi suatu ketika dulu.
揕ebih mengejutkan, e-mel berkenaan turut mendakwa gambar itu diambil ketika pelakon itu bersama rakan-rakannya menghadiri sebuah parti di Port Dickson baru-baru ini,