View: 2431|Reply: 10
|
Ancaman virus telefon bimbit
[Copy link]
|
|
Ancaman virus telefon bimbit
MUNGKIN ramai yang kurang sedar bahawa telefon bimbit masa kini turut terdedah kepada ancaman virus sama seperti komputer.
Fenomena ini tidak dipandang serius kerana ancaman virus terhadap telefon bimbit tidak sehebat berbanding dengan komputer.
Tetapi perkara ini tidak boleh diambil mudah dan dianggap remeh kerana ia akan menjejaskan telefon bimbit dari segi prestasi dan mampu mendatangkan kerosakan.
Menurut Ketua Pegawai Penyelidik F-Secure Corporation, Mikko Hypponen, setakat ini lebih kurang 400 virus telefon bimbit sudah dikenal pasti dan kemungkinan besar akan meningkat memandangkan pembuatan telefon bimbit masa kini semakin berteraskan teknologi komputer.
Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh F-Secure menerusi penyelidik bebas, didapati lebih 86 peratus pengguna telefon bimbit di Amerika Syarikat (AS), Jerman, Perancis, United Kingdom (UK) dan Kanada tidak dilengkapi dengan sebarang perisian keselamatan pada telefon bimbit mereka.
Melalui kajian tersebut responden beranggapan perisian keselamatan perlu disediakan oleh pembuat dan pembekal telefon bimbit itu sendiri dan bukan merupakan tanggungjawab pengguna untuk memasangnya.
Kajian tersebut turut menunjukkan satu pertiga responden menyedari bahawa telefon bimbit mudah terdedah kepada ancaman virus menerusi penggunaan kemudahan Bluetooth dan masih tidak mengendahkan pemasangan perisian keselamatan.
Secara purata, 28 peratus responden melayari Internet menerusi telefon bimbit dan UK merupakan penyumbang tertinggi pada kadar 47 peratus.
Dalam pada itu, sebanyak 21 peratus berpendapat penggunaan Bluetooth selamat digunakan dan 15 peratus sambungan Wi-Fi bebas daripada ancaman tersebut.
Selain itu, secara geografi ancaman virus boleh dikatakan jarang berlaku dan berada pada kadar rendah di Asia Tenggara, Rusia dan sekitar Amerika Selatan.
Tetapi secara perbandingan, kawasan-kawasan berkenaan lebih terdedah kepada aktiviti pemasangan aplikasi pengintip yang membolehkan panggilan didengari dan direkodkan serta pengaksesan peti pesanan oleh pihak lain.
Sehubungan itu, pemasangan perisian keselamatan pada telefon bimbit mungkin akan menjadi satu kemestian pada masa akan datang apabila kadar ancaman virus meningkat. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
F-Secure ni mmg ada ek?![](static/image/smiley/default/shocked.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2 nik2121's post
ade
anti virus yang mengelabah je huhu
RAM eater |
|
|
|
|
|
|
|
bukan ke kalau ada antivirus ni, ia melembabkan lagi phone kita. ![](static/image/smiley/default/shocked.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Di Mana Boleh Download Anti Virus Software Handphone? |
|
|
|
|
|
|
|
F-Secure ni kene bayar kan? |
|
|
|
|
|
|
|
ish.... kerap gak download dari yahooo... bahyer nieh![](static/image/smiley/default/funk.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
dua soalan...
1) kalau handphone dah dijangkiti virus, adakah kalau "reset to the factory setting/format" boleh hilangkan virus tu??
2) lagi satu, kalau memory card pulak dijangkiti virus, adakah boleh format jugak utk menghilangkan virus tu?? |
|
|
|
|
|
|
|
Makin kaya tokey kedai henfone jual pirates ntvirus software kat customer..al maklumlah customer semua tak tau tentang virus dan mudah di tipu idup2..![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by NTvirus at 21-4-2008 04:49 PM ![](http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif)
Makin kaya tokey kedai henfone jual pirates ntvirus software kat customer..al maklumlah customer semua tak tau tentang virus dan mudah di tipu idup2..
itulah bisnes namanya... kalau takde org |
|
|
|
|
|
|
|
aku punya N70
kalau terima sms daripada member aku yg sorang nie...
dia akan receive 45 sms yg sama...
aku tak tau telefon aku yg ada virus ke atau telefon dia...
tapi telefon dia cuma nokia 2100 je.. takkan phone tu pon ader virus? |
|
|
|
|
|
|
| |
|