View: 6965|Reply: 98
|
Mawi Makin Hilang Populariti --
[Copy link]
|
|
Mawi makin hilang populariti?
Mawi pada persembahan Minggu Setiausaha di
Dewan Perdana Felda, baru-baru ini.
WANDA tak pastilah nak kata hilang populariti, hilang taring atau aura semakin pudar. Tapi yang pasti, show Mawi pada Minggu Setiausaha pada tahun ini kurang mendapat sambutan.
Hinggakan Wanda dengar khabar, Hotel Palace Of Golden Horses terpaksa menunda Minggu Setiausaha mereka yang membabitkan Mawi kepada satu acara lain gara-gara tiada sambutan.
Malah pada persembahan pertama Mawi anjuran PNB Darby Park yang berlangsung di Dewan Perdana Felda, khabarnya ada juga meja yang kosong.
Persembahan Mawi bersama beberapa artis lain pada sambutan Minggu Setiausaha yang dibawakan oleh Astro pun tak ramai yang datang. Keadaan ini jauh berbeza dengan situasi Mawi masa mula-mula bergelar juara Akademi Fantasia 3 (AF3). Ketika itu juallah apa sahaja tentang Mawi, pasti ramai yang berebut-rebut nak beli.
Show seperti Minggu Setiausaha ini tak payah cakaplah. Semua datang beramai-ramai memenuhi dewan sebab teruja nak tengok Mawi. Bukan setakat setiausaha, orang ramai yang minatkan Mawi pun sanggup menghabiskan wang untuk sama-sama menyaksikan show itu.
Yang syoknya, Mawi buat lawak tak kelakar pun, peminat dia pakat gelak ramai-ramai. Bila Mawi buat silap mata, mereka teruja dan kagum dengan bakat lain anak Felda Taib Andak, Johor ini.
Tapi baru tiga tahun sahaja usianya dalam bidang ini, nampaknya populariti Mawi dah semakin hilang. Di mana silapnya? Tak baguskah Mawi menyanyi? Bagi Wanda, nyanyian Mawi semakin hari semakin memberangsangkan. Banyak peningkatan. Malah sudah tidak malu-malu lagi goyang badan menari mengikut irama lagu.
Atau mungkinkah kerana gembar-gembur kisah cintanya yang rahsia tetapi bukan rahsia itu yang menyebabkan Mawi semakin hilang pengaruhnya?
Wanda sukar mentelaah. Apa yang Wanda tahu, memang orang kita kurang suka dengan perkara-perkara yang disorok-sorok. Apalagi kalau perkara itu dah terang, sah dan sahih macam hubungan Mawi dan Ekin.
Iyalah, kalau tak sah dan sahih, takkan mereka pakai cincin sama kan! Wanda pun kalau tak ada hubungan istimewa, apa ke halnya Wanda nak pakai benda yang serupa dengan orang tu. Tak gitu!
Atau apakah glamor Minggu Setiausaha itu sendiri yang sudah semakin pudar gara-gara terlalu banyak penganjur berlumba-lumba nak buat show. Tapi bukan sekadar untuk meraikan para setiausaha tetapi untuk mengaut keuntungan kerana kehadiran artis pujaan ramai di pentas itu?
Maka hiburan meraikan para setiausaha ini tidak lagi seeksklusif mana kerana sesiapa pun datang menyaksikan persembahan asalkan ada ongkosnya. Iyalah, bukan murah tau nak join luncheon Minggu Setiausaha. Beratus-ratus ringgit untuk seorang. Pula tu, ada sesetengahnya, kualiti hidangannya semakin hari semakin kurang menggalakkan.
Makanannya memang banyak, Wanda tak nafikan. Tapi orang kata, dah tak ada umph! Terutama hidangan bufet yang penuh beratur di atas meja.
Bukan itu sahaja, kalau dulu luncheon bermakna makan tengah hari sambil berhibur, mungkin masa yang diambil antara 12 tengah hari hingga 3 petang tetapi hari ini, ia mungkin berlarutan hingga pukul 4 petang atau 5 petang. Bayangkan!
----------------------------------------------------------------------------
perspective dari seorang wartawan.. dan ada wartawan lain yang
kata tak hilang pun.. sambutan masih okay....
personally - saya rasa biasa aje... tak ada hilang ke lebih popular ke -
ada cerita mawi - semua orang akan baca juga... - selagi dia boleh
nyanyi dan hiburkan peminat dia... dia still okay -
[ Last edited by dexa at 17-4-2008 06:36 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
setiap tahun mawi mana tak jelak....kira mawi ni jenis one off jugak laa...bukan untuk long term run.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by abgboroi at 13-4-2008 06:46 AM
setiap tahun mawi mana tak jelak....kira mawi ni jenis one off jugak laa...bukan untuk long term run....
mungkin jugak |
|
|
|
|
|
|
|
nabil kata kalau dia dah tak lawak lagi dia tak malu jadi peon (mat despatch) semula
jadi
mawi pun mungkin tak malu jadi dj semula
asalkan halal apa salahnya kan
[ Last edited by niy at 13-4-2008 09:37 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Ada tajuk artikel "eminat boikot Penyanyi" dlm kosmo hari ni
tapi artikelnya tak available secara online
mungkinkah ia merujuk kpd mawi?
sesapa beli kosmo.. harap kongsi ye |
|
|
|
|
|
|
|
artis malaysia macam mana hebat sekalipun, bila tua pasti jadi peminta sedekah, aku sendiri pun tak tahu kenapa jadi begitu |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by snor at 13-4-2008 07:47 AM
artis malaysia macam mana hebat sekalipun, bila tua pasti jadi peminta sedekah, aku sendiri pun tak tahu kenapa jadi begitu
duit datang sekali bergolek...pastu enjoy...tapi harap harap mawi jgn jadi camtu...dier pun dah beli rumah apa semua....
kalau ikutkan pendapatan mawi ni kita kerja seumur hidup pun x boleh dapat....mana tidaknya satu show bukan 3-4 ribu...berpuluh ribu dier ambil...
[ Last edited by abgboroi at 13-4-2008 07:57 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
aar lah kat kosmo tu mmg refer to mawi....tulisan diva
sikit aje . tu yg tak de online.
kata diva....selepas artis ini mengistiharkan kekasih hatinye ...peminat seolah memboikot show ....padahal bukannye dia ditangkap khallwat. tetapi artis ini tidak kisah dan akan meneruskan hubungannya.... |
|
|
|
|
|
|
|
ORANG KALAU BONGKAK LAMA-LAMA TUHAN TARIK REZEKI DIA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Mawi agaknya dah hanyut dek wang berkepuk2 agaknya... |
|
|
|
|
|
|
|
bongkak ke? hanyut ke?......
takkan le kerana nak kawin ngan bukan pilihan kita terus dituduh lagu tu.....
lain le dah rogol anak orang, bawa lari tunang orang, ada affair ngan bini orang.......
bagi le dia peluang......katanya peminat sekarang makin cerdik.....tak kisah ngan status artis, yg penting bakatnya..........usahanya utk jadi yg terbaik......tak jemu2 menghibur...... |
|
|
|
|
|
|
|
wakaaka..tp jay rasa mawi masih lagi laku dan hebat |
|
|
|
|
|
|
|
Mawi jadi macam Pak Lah nanti
Orang keliling dia asyik kata ramai orang sokong je
Dia pun anggap camtu la
Bila dah jatuh baru menangis tak berlagu
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by abgboroi at 13-4-2008 07:56 AM
duit datang sekali bergolek...pastu enjoy...tapi harap harap mawi jgn jadi camtu...dier pun dah beli rumah apa semua....
kalau ikutkan pendapatan mawi ni kita kerja seumur hidup pun x bole ...
rezeki datang bergolek
harap mawi berbelanja secara berhemah |
|
|
|
|
|
|
| |
|