View: 5691|Reply: 30
|
CERITA PENDEK: Cebisan Hari Terakhir KJ
[Copy link]
|
|
Aduh....keluh anak kelahiran negeri adat perpatih itu..
Babah sudah kalah teruk...Kelenjar najis KJ seperti hendak terputus mengamati kejadian tragis itu,
Macam mana aku nak bagi anak bini dan kroni makan?? Putus rezeki aku...hati kecilnya bersuara..
KJ semakin gelabah...gelabah umpama kera termakan belacan.. gelabah lagi, dan lagi.. dan lagi..
BERSAMBUNG
Nota: Cerita ini tiada kena-mengena dengan mana mana individu, baik hidup atau pun mati.
[ Last edited by LLM at 2-4-2008 08:33 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
releks. sequel on the way. jangan risau. dalam sambungan nanti aku nak selit adegan hunus keris pulak |
|
|
|
|
|
|
|
Sementara itu pada waktu yang sama di menara DTO, Hashim menyinga..'haram jadah...lingkup kita..lingkup kita..bala musibah laknat dah turun. Mana keris aku? Mana keris aku?!!! Aku nak bermandi darah ni..Biar aku perkosakan jalanan Kuala Lumpur dengan nafsu amarah aku!! Siap kau KJ, kau yang sebabkan kita suma hampir lingkup!!!'
Semua orang menikus melihat gelagat Hashim umpama dirasuk jembalang hutan..Sehinggakan kepala 'zulfikar ali bhutto' mereka mengecut mendengar laungan singa Hashim.
Menikus semahu-mahunya.
Bersambung
[ Last edited by LLM at 1-4-2008 04:46 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
fuyyoo...citer best ni...
cepatlah sambung... |
|
|
|
|
|
|
|
Penghulu Abdul Mamat Bedawi masih terlena lagi di satu ruang dalam menara keramat DTO..'krohh..krohh' bunyi dengkurannya bergema..Suara Hashim umpama puaka hutan itu pun tidak boleh mengejutkannya.
'Hoi hoi hoi bangunlah, tok penghulu' ujar naib penghulu Najip. 'Kita hampir karam sudah.. Dacing rosak..'
'kroh..kroh..' Abdul masih terlena.
Najip terkedu seketika. Terkedu seperti di kala selepas dia bermukah dengan seorang gadis keturunan Mongol..Mana si KJ ni? Menyepi sahaja..Ini satu persoalan misteri.
BERSAMBUNG
Nota: Cerita ini tiada kena-mengena dengan mana mana individu, baik hidup atau pun mati.
[ Last edited by LLM at 29-3-2008 07:57 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
cam melompat2 je plot citer ko ni........ |
|
|
|
|
|
|
|
aku suker
aku suker
sambung lagi |
|
|
|
|
|
|
|
KJ bergegas-gegas berangkat ke Singapura untuk bersembunyi di sana sehari dua sementara menunggu kemarahan Hashim pendekar keris yang telah menggelojak reda...
Bekas penghulu agung Mutahir di sebuah banglo mewah membebel berterusan 'Abdul Bedawi lembik macam kambing. Atau macam lembu dicucuk hidung dan dipimpin oleh KJ..bla bla bla..'
Sementara itu Perwirati Rofidah mengamuk sakan apabila mendengar si Bedawi telah menggugurkan namanya dairi senarai hulubalang utama. 'Siap kau Abdul Bedawi, akan aku amuk satu nusantara sampai kau tercirit!!!'
BERSAMBUNG
Nota: Cerita ini tiada kena-mengena dengan mana mana individu, baik hidup atau pun mati. |
|
|
|
|
|
|
|
sambunglah lagi.........pendek sangatlah......:cool: :cool: :cool: |
|
|
|
|
|
|
|
hehehehe..macam best je cerita hulubalang dengan memanda menteri ni.....sambung lagi yer.... |
|
|
|
|
|
|
|
Di markas kumpulan Dacing, Pendekar Hashim Keris sedang sibuk menaip surat pekeliling. Matanya merah menyala. Dia mendengus menahan kemarahan.
Dia menaip 'Dengan arahanku, para ketua sekolah dilarang menjemput perwakilan Bulan, Mata atau Roket ke majlis rasmi sekolah. Memetik kata penghulu kita yang keramat- SAYA PANTANG DICABAR'
'Puas hati aku' katanya sambil mencebik bibir. Kemudian Pendekar Hashim duduk bersila dan mula mengasapi keris keramatnya dengan kemenyan..
'Mana si Kera Jadian ni? Menyepi sahaja sejak kebelakangan ini'.
Sementara itu, KJ sedang duduk termenung di sebuah hotel mewah di Singapura. Dia terkedu seribu bahasa. Mengenangkan dacing yang sudah rosak..Masa depannya semakin kelam umpama malam yang ditimpa gerhana bulan...
BERSAMBUNG |
|
|
|
|
|
|
|
'kroh..kroh..kroh' Penghulu Abdul Mamat Bedawi masih terlena. Naib penghulu Najip semakin panik. Nak buat macam mana? Dia perlu bertindak...
Dia menalipon Pendekar Jawa Khair Taya. 'Hoi, muka botox. Aku nak kau settle dengan Hashim pasal jawatan kepala pemuda Dacing. Aku tak peduli macam mana kau settle. Aku tak peduli lagi kalau anak mantan penghulu Mutahir jadi kepala. Jangan bagi si KJ bolot jawatan itu, OK? Bye' Dia dengan muka masam menghempaskan gagang talipon dan terus duduk terjelepuk di kamar pejabat Penghulu Abdul..
Khair Taya terkedu seketika mendengar arahan Najib. Sambil mengunyah tempe, dia mengusap-ngusap janggutnya dengan penuh syahdu. 'Waduh..waduh.. percaturan lawan sudah bermula...
Penghulu Abdul pula seakan-seakan koma..'Kroh...kroh...' bunyi dengkuran tidur bergema di dalam kamar pejabat rasminya. TidurLAH..tidur puas puas...
BERSAMBUNG |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|