GAMBAR artis ini menunjukkan planetmirip Musytari
(tengah) dan yang menyerupai Zuhal (paling kanan)
ditemui oleh sekumpulan penyelidik astronomi.
CHICAGO - Sekumpulan ahli astronomi amatur berjaya membantu parapenyelidik menemui satu sistem suria yang mirip dengan sistem sedia adaseperti Bumi, menurut satu kajian yang diterbitkan oleh majalah Science kelmarin.
Beberapa pemerhatian awal mendapati, dua planet ditemui mengelilingisatu bintang yang terletak sejauh 5,000 tahun cahaya dari Bumi di manaia lebih kecil berbanding planet Musytari dan Zuhal.
Menurut ketua kajian itu, Scott Gaudi dari Universiti Ohio State,terdapat 25 planet besar yang direkodkan tetapi sistem suria dua planetitu mirip dengan Bumi.
Dia memberitahu, dua planet itu mengelilingi satu bintang di mana ia lebih sejuk, kecil dan lebih suram daripada matahari.
"Kita tidak mengetahui maklumat lanjut mengenai planet-planet itu kecuali jisimnya," katanya. - AFP
Originally posted by hazak at 20-2-2008 08:29 AM
ahli astronomi amatur..?
rajin giler diorang nih..
mmg banyak new planets ditemui.. aku tengok science program kat astro tentang planet ni.. mmg banyak new information and great stories... kalu nak tahu lebih lanjut check out program kat astro tentang planets in science program tu..
ironic isn't - lepas pluto was disqualified as a planet.. not only because it's too small but the orbit is individually too.. banyak lak planet lain yang dijumpai...