CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 7765|Reply: 66

Waahh..dah bubar

[Copy link]
Post time 13-2-2008 02:48 PM | Show all posts |Read mode
Maknanya

Sekarang ni

Kita takde kerajaan la...

sumber : utusan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2008 02:54 PM | Show all posts
undilah BA....
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2008 03:02 PM | Show all posts

Reply #2 ouragloco's post

BA??? oooo...yg tatau nk bersatu dan bermuafakat tuh ek??
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2008 03:04 PM | Show all posts

Reply #3 MoTiF's post

takkan nak undi yang rasuah dan kroni tuh....
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2008 03:05 PM | Show all posts
Originally posted by MoTiF at 13-2-2008 15:02
BA??? oooo...yg tatau nk bersatu dan bermuafakat tuh ek??


2jelaa modal ko di merataa tread...hahahahahhah
ayat yg sama....brp hengget upah tulis ayat same ulang2???
hahahahha
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2008 03:10 PM | Show all posts
aittt

rajin geng CI ronda ronda board nih yer

buat masa skrg aku undi BA

tapi kalau DAP wakil parlimen lawan ngan sami vellu aku buat undi rosak jer laaa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-2-2008 03:14 PM | Show all posts
Parlimen bubar hari ini
13/02/2008 2:41pm


PERDANA Menteri mengumumkan pembubaran parlimen dalam sidang akhbar di Putrajaya, hari ini
--------------------------------------------------------------------------------



PUTRAJAYA 13 Feb. - Parlimen dibubarkan hari ini bagi membolehkan pilihan raya umum ke-12 diadakan.

Serentak dengan itu semua Dewan Undangan Negeri (DUN) kecuali Sarawak, turut dibubarkan.

Pengumuman pembubaran Parlimen itu dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada sidang akhbar di sini hari ini.

Ia dibuat selepas Perdana Menteri menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pagi ini bagi mendapatkan perkenan Seri Paduka.

Berikut adalah transkrip penuh kenyataan akhbar Perdana Menteri pada sidang akhbar khas di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya pada pukul 12.35 tengah hari ini:

``Saya ingin mengumumkan mengenai pembubaran parlimen pada hari ini setelah mengadap Yang di-Pertuan Agong pada pagi ini.

``Yang di-Pertuan Agong berkenan untuk membubarkan parlimen berkuat kuasa hari ini bagi membolehkan pilihan raya umum ke-12 dijalankan.

``Yang di-Pertuan Agong menandatangani perisytiharan pembubaran parlimen.

``Dengan itu, kerajaan-kerajaan negeri turut dinasihatkan membubar Dewan Undangan Negeri berkuat kuasa pada hari yang sama.

``Suruhanjaya Pilihan Raya juga sudah dimaklumkan mengenai perkara ini.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2008 03:16 PM | Show all posts
tak kisah la kan sbb mende betul....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2008 03:17 PM | Show all posts
SPR tetapkan tarikh pencalonan, pengundian pilihan raya umum esok
13/02/2008 2:18pm


PUTRAJAYA 13 Feb.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2008 03:20 PM | Show all posts
pilihanraya lps aku undi geng paklah

kali ni tidak lagi....kecewa sgt dgn pakBODOlah ni
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2008 03:21 PM | Show all posts

Reply #1 neeziee's post

ada KERAJAAN SEMENTARA
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2008 03:24 PM | Show all posts

AGENDA DAILY 13/2/2008

Teka teki pilihanraya berakhir卬ombor 13 tetap jadi pilihan Pak Lah

Oleh: HANAFIAH MAN









Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menamatkan teka teki paling hangat kebelakangan ini iaitu bila pilihanraya nak diadakan.

Dalam satu sidang akhbar di Jabatan Perdana Menteri tengahari ini beliau mengumumkan pembubaran parlimen untuk memberi laluan bagi pilihanraya umum ke 12 dalam masa terdekat.

Ramalan popular mengatakan penamaan calon akan dibuat pada 23 Februari manakala pilihanraya pada 1 atau 2 Mac.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman memberitahu sejurus itu beliau akan mengadakan mesyuarat dengan semua ahli SPR esok bagi menetapkan kedua-dua tarikh berkenaan.

Peraturan menetapkan pilihanraya perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran parlimen.

Bagaimanapun katanya tarikh penamaan calon dan pengundian tidaklah selama itu.


Pengumuman Abdullah hari ini juga menepati ramalan kebanyakan pemerhati politik ia akan dibuat pada 13 Februari.Kebetulan nombor 13 adalah adalah nombor favourite Perdana Menteri.

Abdullah telah mengadap Yang Dipertuan Agong di Istana Negara pagi ini untuk mendapat perkenaan Seri Paduka mengenai pembubaran parlimen.

Pilihanraya umum ke 11 yang pertama kali diterajuinya setelah mengambilalih kepimpinan dari Tun Dr Mahathir Mohamad diadakan pada 21 Mac 2004.




Hadir sama di sidang akhbar itu ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menjawab soalan para wartawan kenapa semalam semasa menjawab soalan wartawan sewaktu sidang akhbar di Universiti Kebangsaan Malaysia,Bangi beliau memberitahu parlimen tidak dibubarkan hari ini,Perdana Menteri berkata adalah tidak wajar beliau memberi sebarang bayangan mengenai tarikh pembubaran parlimen sebelum ia mendapat perkenaan Yang Dipertuan Agong.




"Macam manalah saya nak buat kenyataan atau nak bagi isyarat tak boleh...Yang Dipertuan Agong dulu mesti tahu,"katanya.




Ditanya mengenai nombor 13 iaitu 13 Februari hari ini,beliau berkata tidak timbul soal nombor kegemaran atau tidak.

Perdana Menteri berkata pilihanraya umum 2004 adalah tahun yang istimewa (dapat kemenangan besar).




Beliau berharap Barisan Nasional akan mendapat dua pertiga kerusi parlimen yang dipertandingkan.

Mengenai calon-calon BN,Abdullah berkata bila disenaraikan kelak semua akan tahu berapa ramai calon muka baru dan muka lama.

Beliau juga berharap semasa hari penamaan calon dan hari pembuangan undi tidak ada gangguan dan kekacauan.


Berikut adalah transkrip penuh pengumuman dan sidang media pembubaran Parlimen oleh Perdana Menteri :

Saya ingin membuat kenyataan mengenai pembubaran parlimen pada hari ini setelah saya mengadap Yang Di-Pertuan Agong pada pagi tadi.

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah berkenan supaya Parlimen Kesebelas dibubarkan berkuat kuasa hari ini, 13 Februari 2008 bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Keduabelas diadakan seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah pun menandatangani Perisytiharan Pembubaran Parlimen pada hari ini. Kerajaan-Kerajaan Negeri juga telah dinasihati supaya mengambil tindakan bagi membubarkan Dewan-Dewan Undangan Negeri berkuatkuasa pada tarikh yang sama.

Suruhanjaya Pilihan Raya dan Parlimen telah dimaklumkan berkenaan dengan perkara ini. Suruhanjaya pilihan Raya akan menetapkan tarikh penamaan calon dan hari pembuangan undi. Sekian.

Soalan: Apa yang menyebabkan Dato
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2008 03:32 PM | Show all posts
Time ngundi nanti teman boleh balik ipoh. Teman ngundi kat sane. P/raya lepas ngundi kat sekolah rendah rapat jaya.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2008 03:38 PM | Show all posts
hahahha feng shui expert kata tarikh 13hb tu ada ong untuk paklah woooo...
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2008 03:46 PM | Show all posts

Reply #13 new_mum's post

aku ngundi kat sini weh

MEDAN   KETERANGAN

Kad Pengenalan : xxxxxxx
Nama : xxxxxxx
Tarikh Lahir : 28 Jul 1970
Jantina : LELAKI
Lokaliti : 124 / 00 / 15 / 006 - DESA TASIK / BDR TASIK SELATAN
Daerah Mengundi : 124 / 00 / 15 - SEK. PENG. TENTERA DARAT KEM SG BESI
DUN : 124 / 00 -  
Parlimen : 124 - BANDAR TUN RAZAK / SG BESI
Negeri : W.P KUALA LUMPUR
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2008 03:49 PM | Show all posts

Reply #2 ouragloco's post

undi adalah sulit weh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2008 04:04 PM | Show all posts

Reply #3 MoTiF's post

perang udah bermula ke
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2008 04:08 PM | Show all posts

Reply #1 neeziee's post

kita ada kerajaan langit...
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2008 06:19 PM | Show all posts
kalu bley jgn la gadoh2 pasal politik kat sini...tak kisah la korang sokong
BN ke BA...kalu nak gaduh bley gi CI...tak pun LP.....kat sini org nak berporem
secara aman....
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2008 06:24 PM | Show all posts
lau ngundi kat perak..
dapat duit minyak x?..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 06:58 AM GMT+8 , Processed in 0.054906 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list