|
Produk label palsu
Oleh ZAINI SAMSU HADI
ANGGOTA-ANGGOTA penguat kuasaJabatan
Kesihatan Petaling memeriksa produk-produk
makanan di sebuahpasar raya terkemuka dekat
Kuala Lumpur semalam.
KUALA LUMPUR - Pelbagai cara digunakan pengeluar produk makananuntuk menarik perhatian pelanggan membeli produk mereka dan terbarudengan cara menipu label kandungan yang tertera pada tin ataubungkusannya.
Ia terbongkar ekoran serbuan anggota penguat kuasa KementerianKesihatan di sebuah pasar raya dekat sini semalam yang mendapatipenipuan pada label kandungan beberapa produk makanan untukmengelirukan pengguna.
Semuanya dilakukan bagi melariskan produk yang dijual keranakebiasaannya kebanyakan pengguna akan memilih produk makanan yangmengandungi kandungan zat baik.
Dalam operasi yang diketuai Pegawai Kesihatan Daerah Petaling, Dr.Ismail Lasa di pasar raya berkenaan mendapati berlakunya penambahankandungan zat terhadap beberapa produk makanan termasuk biskut popularyang digemari kanak-kanak.
"Kandungan zat pada biskut itu juga tidak munasabah dan sememangnya mengelirukan khususnya bagi mereka yang tidak mengetahuinya.
"Berdasarkan penelitian, terdapat pengeluar produk mengambilkesempatan dengan menggunakan perkataan kuat terhadap produk makananyang dijual sesuai dengan kandungan zat yang tertera pada labelnya,"kata Ismail.
Dalam Operasi 'Ops Shu' itu, sebanyak 73 jenis produk baranganmakanan dikesan tidak memenuhi standard penjualan serta mengandungikesalahan-kesalahan tertentu ekoran kegagalan pihak pengurusan pasarraya mengikuti garis panduan pihak kementerian.
Antara kesalahan-kesalahan yang dikesan dalam operasi tersebuttermasuk jualan barangan dalam tin yang sudah kemek, barangan makanantamat tempoh, pengubahsuaian tarikh tamat tempoh yang diperbaharui danmaklumat kandungan bahan makanan yang mengelirukan.
Ismail memberitahu, sebanyak 34 jenis produk makanan di pasar rayaterbabit didapati tamat tempoh, manakala 39 jenis produk lagi dikenalpasti mengandungi masalah penyenaraian kandungan bahan yangmengelirukan serta tidak mempunyai maklumat pengimport.
"Pada mulanya kami hanya mahu membuat operasi rampasan coklat yang tamat tempoh sebagaimana laporan sebuah akhbar baru-baru ini, namun tidak sangka ada barangan lain yang turut'bermasalah' serta mengandungi maklumat kandungan produk mengelirukan,"katanya.
berapa kali dah aku kena... expiry date menipu... ada ke aku baru beli susu carton tu expiry lagi seminggu.. balik rumah aje dah bau busuk dan berketul ketul.. tak leh dipercayai kadang2 ni... tu satu.. yang label tulis contain lain.. dalam contain lain, aku caya banyak cam tu!! |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|