|
Karya: Selina S. F. Lee
Lapan tahun. Lapan tahun bukan suatu jangka masa yang singkat. Lapan tahun cukup untuk mendewasakan perantau seperti aku. Aku belajar tentang kehidupan, per璲uangan dan kemanusiaan. 2922 hari aku tinggalkan kam璸ung halaman demi mengejar secebis cita-cita yang kuya璳ini. Aku tinggalkan Milah, meskipun dia tak mengizinkan. Aku tinggalkan Amir, anakku yang belum tumbuh gigi lagi. Aku bungkus kasih dan sayangku terhadap Milah dan Amir. Aku menahan sebak dan ngilu di hati. Aku melangkah, membawa beban kasih meninggalkan segalanya di kampung.
Masih terngiang di ingatanku, tangisan Milah yang mem璪elah kesunyian malam tika aku khabarkan kepadanya ten璽ang niatku ingin ke kota, melanjutkan pelajaran.
"Abang, abang tak usahlah pergi. Rezeki yang ada sekarang ini pun sudah cukup membahagiakan Milah."
"Milah kita harus melihat lebih jauh. Kita tidak harus berpuas hati dengan keadaan yang ada sahaja. Kita mesti maju, demi Amir dan untuk anak-anak kita yang bakal lahir nanti."
"Tidak bang, Milah tak mahu abang menjadi tamak. Mi璴ah bersyukur dengan pemberian Tuhan selama ini."
"Milah, mengertilah. Abang cuma ingin memberikan yang terbaik untuk Milah dan anak-anak kita. Abang bukan ta璵ak, cuma ingin lebih maju. Lagipun peluang yang abang dapat sekarang pun adalah rezeki pemberian Tuhan juga. Jadi Milah, mengapa harus kita menolak?"
"Milah tak peduli. Abang sudah berjanji dulu bahawa abang tidak akan berpisah dengan Milah walau sehari pun. Mak jadi saksi!"
"Janganlah merajuk, dengar dulu Milah, abang bukan nak tinggalkan Milah, abang cuma nak sambung pelajaran."
"Dah! Dahlah tu, Milah tak mahu dengar alasan abang. Milah nak abang pilih sekarang juga! Milah atau pelajaran. Kalau pilih Milah, tinggal di sini. Kalau pilih pelajaran, abang boleh pergi dan tak payah balik lagi!"
"Milah, mengapa tergamak kau? Kau pun tahu Milah, abang sayangkan kau lebih daripada segala-galanya. Tapi abang juga punya keinginan dan cita-cita sendiri. Abang ingin belajar lagi kerana itu adalah cita-cita abang sejak dari kecil lagi."
Oh, Milah maafkan aku! Lapan tahun cukupkah untuk melembutkan hati seorang perempuan seperti Milah? Aku kurang pasti.
Surat -surat yang kukirim ke kampung, tak satu pun dibalasnya. Aku pasti Milah masih marah. Aku kembali ke kampung apabila mendapat cuti, tapi Milah enggan bertemu. Bukan itu saja, malah ibu Milah juga turut bersikap pem璪engis.
Milah, apakah dosaku begitu besar sehingga tak terdaya kau memaafkan? Milah, aku masih menyintaimu hingga ke sa at ini. Maafkanlah aku. Aku ingin kembali kepadamu, mengongsi kejayaanku bersamamu dan Amir.
Lapan tahun, kalau setitis air sehari berguguran di atas api kemarahanmu, pasti ia sudah padam setelah 2922 hari. Milah, padamkanlah api itu! Jangan biarkan ia membakar hangus masa depan anak kita. Milah! padamkanlah api itu!
Amir anakku, bagaimana kau sekarang? Ayah yakin, ten璽u kau sudah besar, sudah bersekolah, ya sayang. Ayah da璸at khabar dari kampung, kau sudah masuk tahun dua persekolahan. Kadang-kadang tergetus di hati kecil ini ingin segera bertemu Arnir: "Tunggu Mir, ayah akan pergi jum璸a dengan kau nak."
Malahan sering kuberbisik keseorangan: Ayah tak dapat bayangkan bagaimana rupa kau, Mir. Apakah ada iras ayah atau iras ibumu? Bagaimana harus ayah bertemu dan menyatakan. rindu dan kasih ayahmu? Amir, hati ayah bagai ditusuk sembilu setiap kali ayah terkenangkan kau. Tangis璵u, hilaimu dalam ingatan ayah cukup membahagiakan. Tetapi ayah selalu terseksa setelah terjaga dari khayalan in璬ah ini.
Aku gagahi juga semangat yang terdorong oleh rasa rin璬u dan kasihku terhadap Amir. Aku mesti menemui Amir, anakku yang terlepas dari dakapanku sejak lapan tahun yang lalu. Amir, ayah akan kembali mendakapmu erat-erat. Ayah akan mengusap rambutmu seperti yang selalu ayah bayangkan. Kali ini, aku akan pastikan impian ini menjadi kenyata璦n. Aku akan pastikan.
"Cikgu, saya Amran, ayah Amir bin Amran. Boleh saya berjumpa dengan dia?"
"Tentu boleh, silakan." Aku meninjau-ninjau wajah-wajah kedl, bersih dan sud di hadapanku. Daripada sinar mata mereka tak ada duka yang terbayang. Semuanya riang melakarkan potret keluarga masing-masing di atas kertas lukisan. Aku mencari-cari Amir di antara wajah-wajah itu. Aku memandang kepada guru. Dia tersenyum mesra, me璻estui "pencerobohanku" . Aku meninjau-ninjau lagi. Siapakah di antara anak-anak cornel itu anakku?
"Amir, pandanglah ayah! Ayah datang!" Bisikan dalam hatiku semakin mendesak malah aku rasakan hatiku sedang menjerit -jerit memanggil nama Amir.
Aku mencari-cari lagi di antara wajah-wajah itu. Aku mengamati satu persatu wajah kecil itu dengan instinct seorang ayah. Aku pasti aku akan dapat mengenali Arnir. Aku terbayangkan mata bulat bersinar Amir dengan bulu mata yang panjang dan lentik mesra memandangku tika Amir berada dalam pangkuanku dulu. Aku terbayangkan rambut hitam Amir yang berkeriting cantik. Amir cukup comel dan riang waktu kecilnya.
Aku kembali mencari wajah cornel dan riang di antara wajah-wajah itu. Kali ini aku pasti. Budak lelaki yang pen璬iam, duduk menyepi di sudut meja melakarkan lukisannya. Tanpa mempedulikan usikan kawan-kawan tekun dia me璴akar dan mewarna. Aku pasti inilah Amir. Arnir yang aku cari dan rindui selama ini!
Amir, mengapa wajahmu begitu muram? Mengapa kau tak seriang seperti waktu kecilmu? Tika ayah menggeletek kau hingga tergelak terkekeh-kekeh. Ke mana perginya ke璻ianganmu itu Amir?
Aku menghampiri Amir. Aku merenung wajahnya lama |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|