View: 4153|Reply: 21
|
Mangsa Identity Thieft!!!!!
[Copy link]
|
|
Mangsa Identity Thieft!!!!
Saya nak mintak pendapat nak nasihat dari kawan2 kat Cari ini....
Saya menjadi mangsa identity thieft!!
Tanpa pengetahuan saya pada tahun 2003 si culprit ni telah menggunakan nama saya, no. IC saya dan alamat kediaman rumah lama di Selangor yg saya tinggalkan sejak 1997 (sejak 1997 duduk kat rumah lain di Selangor) untuk membuat pinjaman kereta daripada sebuah bank yg cukup terkenal di M'sia.
Pinjaman ini dibuat menggunakan butir2 peribadi diatas, tapi menyertakan pay slip tipu. Utk pengetahuan kengkawan sekelian, saya telah berpindah dan menetap di Penang since 1998 sehinggalah ke hari ini. Saya bekerja di sebuah company ni dr 1998 ~ 2002 di Seberang Prai dan 2002 ~ kini di Penang(pulau).
Menurut payslip tipu itu (ini hasil dari carian maklumat saya)..., Pada tahun tersebut 2003, saya bekerja di PJ sebuah comp. yg tah hapa nama dgn jawatan dan gaji yg agak lumayan..
Mestilah lumayan sbb pada tahun 2000, saya sendiri telah membuat loan utk kereta saya sekarang yg berharga lebih RM37K. Dgn gaji yg kecil, saya TIDAK MUNGKIN MAMPU buat loan utk kereta kedua pd tahun 2003..apa lagi kereta kedua ini lebih mahal dari kereta yg saya ada sekarang..
Tapi pihak peguam bank tidak mahu melepaskan dokumen pinjaman itu untuk saya semak segala butir esp TANDA TANGAN yg digunakan....sehingga saya membawa lawyer saya berjumpa dgn mereka..
What a F.......:@ Saya tidak bersalah...Bank cuai dalam meluluskan pinjaman, Saya yg nak kena tanggung khidmat guaman????
Cerita mengenai pemalsuan identiti ini cuma diketahui oleh saya tiga hari sudah apabila menerima NOTIS KEBANKRAPAN dari mahkamah Tinggi...
Saya telah menghubungi pihak bank dan peguam bank di KL..Wpun, polis report telah saya buat dan menyatakan saya tak bersalah...Pihak bank tidak mahu menarik balik notis bangkrap yg dikeluarkan ke atas nama saya...
Pihak bank dan peguam...memaksa saya yg teraniaya ini mengeluarkan duit yg makan ribu riban utk hire seorang lawyer..mengenepikan notis bangkrap tersebut:@
How come sebuah bank ternama begitu mudah utk ditipu...
Bagaimana saya nak settle kes ini tanpa peguam...bukan murah..silap 15K saya nak kena keluar duit for NOTHING...for somebody mistakes..(bank) |
|
|
|
|
|
|
|
go to bar council, get law advise utk saman balik bank tersebut. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah pi Biro Guaman...Dia org kata kes mcm ni tak boleh tolong konon |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3 Anden's post
Dpt tau x no plet kete tu? Repot polis suruh trace. |
|
|
|
|
|
|
|
simpatinya..
yg x bersalah yg menangung...yg bersalah sedap ajek.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by nik2121 at 25-1-2008 03:37 PM
Dpt tau x no plet kete tu? Repot polis suruh trace.
No. plat everything abt the loan..saya tahu..cuma signature bahlu tu saya tak boleh tgk konon tanpa hadir lawyer saya..
Dah report polis...mereka tak boleh buat apa2...
For you all info...kereta tu dah ada di tgn bank ..dan sudah dilelong...Sekarang ni tunggakan bahlul tu yg saya nak kena tanggung siap ngan bunga..:@ |
|
|
|
|
|
|
|
hmm nih mesti pekerja bank tu kawan dier...senang je nak lulus |
|
|
|
|
|
|
|
simpati dgn awak |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Anden at 25-1-2008 03:07 PM
Mangsa Identity Thieft!!!!
Saya nak mintak pendapat nak nasihat dari kawan2 kat Cari ini....
Saya menjadi mangsa identity thieft!!
Tanpa pengetahuan saya pada tahun 2003 si culprit ni ...
bgmn cara mahkamah beri notis kebankrapan? dia orang talipon you ker or dia orang hantar surat rasmi? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by shahgti at 28-1-2008 12:21 AM
bgmn cara mahkamah beri notis kebankrapan? dia orang talipon you ker or dia orang hantar surat rasmi?
Mahkamah hantar surat rasmi ke rumah..
Nak tak nak ..sekarang saya hire lawyer..kes ni jadi bank fraught ..police case..Jadi nak tak nak kena hire lawyer yg biasa dgn case cam ni..
Sok, kalau saya menang...boleh counter saman bank balik.diatas kecuaian mereka..
But not that easy la.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Anden at 28-1-2008 11:27 AM
Mahkamah hantar surat rasmi ke rumah..
Nak tak nak ..sekarang saya hire lawyer..kes ni jadi bank fraught ..police case..Jadi nak tak nak kena hire lawyer yg biasa dgn case cam ni..
So ...
very sad. anytime boleh kena kat kita semua. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian. My friend pun ada kena macam ni tapi orang apply credit card atas nama dia. I forgot exactly how much but around 150K. Pelik sungguh. |
|
|
|
|
|
|
|
Saya di beritahu mmg ada sendikit mcm ni berlaku esp sewaktu economy gawat.. Dimana yg terlibat antara USED CAR company ngan BANK..
Akibat kereta used car tak boleh dijual..USED CAR berpakat membuat pinjaman/jual satu kereta tu dgn menggunakan satu identiti org yg dicuri...Bagaimana ia dicuri..mungkin IC..mungkin dokumen2 jual beli org tu sebelum ni..Dgn mengenakan identiti org yg tak diketahui ini pinjaman dibuat dan USED CAR dapat menjual kereta...
Since identiti direka..mana alamat pun tak betul..segala notis tidak sampai ke identiti itu utk menmbayar ansuran kereta tsbt...Sehingga satu time, BANK lelong kereta yg tak dipakai kepada USED CAR yg sama...
USED CAR ambik kereta tu...dan jual dgn harga yg amat murah...USED CAR untung kali kedua...
Bank terus menjejaki identiti tsbt..sehingga kalau tak jumpa gak ..bank hantar notis bangkrapsi kat mahkamah...
Silap haribulan ...identiti yg terkena itu akan terkejut..bila masa nak keluarkan duit gaji dari atm tak boleh..pasal kena freeze...Dan ketika itu lagi menangis tak berlagu....Dah bangkrap...
siol punya USED CAR dan bank...:@ |
|
|
|
|
|
|
|
This thing can happen to anyone...Anyone.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #14 Anden's post
Harap bersabar dengan dugaan Allah ni yea Anden... |
|
|
|
|
|
|
|
anda mungkin mangsa yg seterusnya.....
dlm Kosmo hari ni.
"Awas juruwang curi data kad kredit"
Kuala Lumpur - Empat juruwang bersekongkol dengan sebuah sindiket mencuri data kad kredit pelanggan. Pihak polis meminta orang ramai berhati-hati apabila menggunakan kad kredit dan sentiasa mengawasi pergerakan juruwang......... |
|
|
|
|
|
|
|
dlm Berita Harian pulak.......
Sindiket curi maklumat akaun bank dibongkar
KUALA LUMPUR: Polis Bukit Aman membongkar kegiatan satu sindiket yang mencuri maklumat akaun bank individu dan membuka akaun baru menyamai milik mangsa sebelum mengeluarkan wang mereka.
Anggota sindiket itu didapati menggunakan MyKad palsu bagi membolehkan mereka membuka akaun baru dan kemudian memohon dipautkan dengan akaun asal mangsa, untuk mendapat akses kepada akaun berkenaan sebelum mengeluarkan wang mangsa.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersiol, Datuk Koh Hong Sun, berkata siasatan setakat ini mendapati sindiket itu sudah mengeluarkan beratus ribu ringgit milik pemegang akaun yang tidak menyedari perbuatan itu.
"Polis sudah menahan seorang lelaki berusia 36 tahun yang dipercayai menganggotai sindiket itu di Selangor, baru-baru ini dan memburu empat lagi rakannya, termasuk dalangnya dikenali Chan Sek Man, 38.
"Lelaki itu ditahan selepas polis menjalankan siasatan terhadap sembilan laporan kehilangan wang daripada akaun mangsa yang diterima di ibu negara membabitkan dua atau tiga bank berlainan.
"Siasatan mendapati selepas mencuri identiti pemilik akaun bank, suspek yang menggunakan MyKad palsu, membuat lesen memandu dan membuka akaun menyamai akaun asal mangsa untuk mengeluarkan wang berkenaan.
"Kita menyiasat kes ini dari semua sudut (termasuk pembabitan orang dalam)," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersiol (JSJK) di Bukit Perdana di sini, semalam.
Koh berkata, polis kini memberi tumpuan mengesan Chan yang beralamat di No 10, Lorong Bendera 2A-4, Taman Seri Bukit Bendera, Mentakab, Pahang, selain seorang lagi dikenali sebagai Ah Seng serta dua wanita.
Sementara itu, Koh berkata, polis turut menumpaskan tiga sindiket yang menjalankan aktiviti penipuan, pengklonan dan penjualan data kad kredit dalam dan luar negara, yang mengakibatkan 22 bank dan tujuh syarikat penerbangan menanggung kerugian ratusan ribu ringgit.
Beliau berkata, 14 orang berusia 21 hingga 44 tahun, termasuk empat wanita ditahan di Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Sabah dan Sarawak, baru-baru ini. |
|
|
|
|
|
|
|
aku punya IC hilang baru2 nih..............pls advice apa yg patut aku buat?? klu ada malaun pegi apply loan ker, apply talian handphone ker.........sekali dia guna handphone call bangladesh sampai bil beribu2 ringgit sapa nak bayor. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|