CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10299|Reply: 10

Memerlukan khidmat nasihat Peguam Syarie

[Copy link]
Post time 23-1-2008 02:51 AM | Show all posts |Read mode
Dimanakah bole sy dpt khidmat seorang peguam syarie? Jika ada,sy sbg lelaki dan bapa pada anak-2 ,seorang peguam yg mewakili sy nanti ada tak bezanya jika beliau seorang wanita atau lelaki? sy paham tugas profesional seorang peguam,cuma sy bimbang ada konflik of interest jika ianya sorang wanita.

sy baru sahaja bercerai hujung tahun lepas (December 2007) atas permintaan isteri setelah didesak beberapa kali,,sy cuba pertahankan keluarga sy dgn menangguhkan sessi mahkamah sbnyk 2 kali dgn harapan isteri sy akan pertimbangan permohonan cerainya.pada waktu itu hakim bersetuju menangguhkannya dan meminta sy hadir membawa seorang wakil pendamai utk majlis hakam.

pada hari tsbt,sy terkejut isteri sy hadir bersama peguam syariah dan peguam berkenaan memohon pd hakim utk meminda kes permohonan penceraian kepada fasakh !! sy terpaksa akur kepada permohonan tsbt dan lafaz talak 1 dijatuhkan.buat masa ini anak-2 semua dibawah jagaan sy,sang ibu hanya menjengok anak-2 pd hujung minggu saja utk keluar makan.

baru-2 ini sy dpt tahu yang isteri sy ada menjalinkan hubungan dgn suami org.mereka telah berkenalan pada awal thn lepas (2007) dan sering berjumpa dan berhubung melalui telefon dan sms. walhal pada waktu itu status dia masih isteri sy yg sah. perubahan ketara ialah apabila beliau sering sms dan meletakkan password pd telefonnya utk mengelakan sy membaca log call in /out dan sms.

sy mohon maaf bercerita panjang lebar,sy cuma nak tahu apakah hak-2 sy sbg suami apabila berlaku perkara sebegini.
sy juga tidak pasti prosedur-2 yg bakal sy lalui kelak utk 3 bulan masa edah ini.,isteri ada tuntut nafkah anak sbnyk rm150 seorang,anak sy ada 4 org. sy tahu hak penjagaan anak bwh 12 thn akan diberikan pd ibu,tp buat masa ini tiada tanda-2 isteri akan mengambil anak-2.

T.kasih

[ Last edited by  shafik72 at 23-1-2008 03:00 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2008 03:59 PM | Show all posts
Apa alasan si isteri menuntut fasakh? Mahkamah tidak akan membubarkan sesuatu perkahwinan jika tiada sebab2 yg kukuh.

Bagaimana seseorang boleh memohon Fasakh?
         
Fasakh ertinya pembubaran nikah disebabkan oleh sesuatu perkara yang diharuskan oleh Hukum Syarak. Di antara perkara-perkara yang mengharuskan Fasakh ialah apabila suami atau isteri :

a) Tidak diketahui di mana mereka berada selama tempoh lebih dari satu tahun.
b) Tidak mengadakan peruntukan nafkah isteri selama tempoh 3 bulan.
c) Telah dihukum penjara selama tempoh 3 tahun atau lebih.
d) Tidak menunaikan tanpa sebab yang munasabah nafkah batin selama satu tahun.
e) Telah mati pucuk.
f) Telah gila selama tempoh 2 tahun.
g) Sedang mengidap penyakit kusta atau penyakit kelamin yang berjangkit.
h) Lazim menyakiti atau menjadikan kehidupan isteri menderita.
i) Berkawan dengan perempuan-perempuan jahat.
j) Memaksa isteri hidup secara lucah.
k) Melupuskan harta isteri.
l) Menghalang isteri menunaikan kewajipan agama.
m) Tidak berlaku adil kepad isteri-isterinya mengikut Hukum Syarak.
n) Tidak menyetubuhi isteri dengan sengaja walaupun 4 bulan telah berkahwin.
o) Dan apa-apa alasan lain yang diiktiraf Hukum Syarak.

1) Kalau anda boleh membuktikan yg isteri membuat hubungan dgn lelaki lain, ini dipanggil nusyuz. Isteri yg nusyuz tidak berhak mendapat nafkah iddah.

2) Jika semua anak dipelihara oleh anda, bekas isteri anda tidak berhak menuntut nafkah anak2.

3) Mungkin si isteri menuntut harta sepencarian, ini akan dinilai oleh mahkamah

Kita berharap anda hadhir setiap sessi mahkamah kerana kadang2 mahkamah menerima keterangan bekas isteri tanpa bantahan. Saya bukan peguam, tapi inilah pengalaman saya bila mengikuti sessi perbicaraan dimahkamah syariah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-1-2008 09:39 PM | Show all posts
tiada satu pon alasan memohon fasakh diatas dpt mensabitkan sy,alasan yg dikemukan dalam saman ialah:
- tiada lagi persefahaman utk idup bersama
- perasaan kasih syg antara kami telah berkurangan
- telah tawar hati utk meneruskan idup sbg isteri terhadap beliau

sy terkejut sewaktu hadir perbicaraan,isteri diwakili peguam,sy hadir bersama ahli keluarga ,peguam kemudian memohon pd hakim syariah utk membuat pindaan dari permohonan cerai kepada fasakh,(kalau tak silap peguam dia ada sebut sek47,sy tak pasti),maaka hakim bertanya kepada sy apakah sy faham kepada permohonan fasakh itu,sy angguk tanda faham.kemudian hakim tanya sy bersetuju utk menceraikan beliau,sy angguk tanda setuju dan mengatakan bhw isteri amat bersungguh-2 mahukan penceraian,maka sy dlm keadaan serba salah serta terpaksa,maka 1 talak dilafazkan.
sy juga keliru apakah talak yg sy lafazkan itu bersabit fasakh yg dipohon oleh isteri,atau talak yg biasa suami lafazkan utk mencerai isterinya.
setelah sebulan berlalu,sy pergi ke mahkamah syariah utk mendapatkan borang permohonan perintah,
sy pun tak pasti apa borang perintah ini .
sy dimaklumkan oleh pegawai agama bhw borang perintah ini berada di tgn peguam isteri.mereka menyuruh sy berhubung dgn peguam beliau,sampai skrg sy tidak menghubungi peguam berkenaan.

1. Sy dpt tau isteri membuat perhubungan dgn org lain(suami org) melalui telefon/sms dan keluar bersama.tp tiada bukti gambar,cuma kawan pernah nmpk mereka berdua pd lewat mlm.dia memberi sy alasan lewat pulang atas sbb kerja-2 luar.

2.buat masa ini anak-2 sy yg jaga,dia cuma jengok seminggu sekali bawak kuar makan.jika anak-2 meminta sesuatu dpdnya,dia akan beri alasan supaya minta pd sy,sbb itu tggjawap bapa!

3. didlm samannya,dia cuma minta nafkah anak rm150 seorang,secara lisan dia beritahu sy,dia takkan minta apa nafkah termasuk edah,saguhhati,mutaah,harta sepencarian dll. asal percakapan ,dia hanya mahu saya lepaskan dia dan mahu penjagaan anak-2,tp sampai skrg dia masih berdiam diri ttg hak penjagaan,sy pon tidak pasti,mungkin selepas ini peguamnya akan kuarkan perintah utk sy lepaskan anak beri kepada isteri,sy tak tau apa akan berlaku selepas ini,sy mohon nasihat anda semua.

[ Last edited by  shafik72 at 23-1-2008 10:04 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2008 08:39 AM | Show all posts
Dalam kes anda, saya rasa lebih baik di jalankan dengan tebus talak. Bermakna jika dia benar2 mahu berpisah dgn anda, dia perlu membayar sejumlah wang kpd anda untuk anda melafaskan cerai. Tapi ini dah berlalu. Tak boleh nak undur lagi sebab anda telah melafaskan cerai.

Anda juga tidak boleh berpegang kpd kata2 bekas isteri. Selagi tidak ada keputusan mahkamah semua perkara masih tergantung

Anak bawah 7 tahun kena dijaga oleh isteri. Anak yg lebih 7 tahun boleh membuat pilihan nak ikut ayah atau ibu. Mana2 anak yg ikut ibu anda kena bayar nafkahnya.

Kawan2 yg melihat isteri anda berpelisiran dgn lelaki lain boleh menjadi saksi anda.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-1-2008 10:58 AM | Show all posts
ada juga rakan-2 dulu cadangkan agar sy tebus talak,alang-2 dia nak mintak lepas tanpa sebab yg munasabah,baik tuntut gantirugi,
tp sy tak mahu serabutkan keadaan,biarla semuanya selesai dgn cepat dan segera.

buat masa ini sy tak tau apa tindakkan selanjutnya.pihak peguam isteri juga tiada menghantar sebarang surat atau apa-2 dokumen tuntutan.tempoh edah tamat bulan 3 ni.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2008 12:41 PM | Show all posts
nak nasihat kan ko sikit

1 Jangan percaya penguam syarie walaupun serban dia tinggi kelangit dan janggutnya  sampai ke lantai.
   ( penguan syarie ini dia sama dia sebenarnya makan semangkok/ tidur sekatil aku harap ko faham)

2  Penguan syarie ni kalau dikaji dgn  terperinci adalah penipu besar dan makan duit ( nama aja Islam)

3  Bayaran akan dituntut setiap kali ada pembicaraan walaupun pembicaraan itu di cancelled.

4  Makahmah akan selalu memaklumkan pembicaraan ditangguh sbb pergi kursus, cuti dan meeting.
    ( kesempatan diambil oleh penguan menuntut bayaran itu ini )

5  Sebelum buat bayaran ko mesti pastikan ada itamputih bagi apa bayaran itu dibayar.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-1-2008 12:48 PM | Show all posts
nak tambah lagi

kalu ko nak sabitkan isteri ko tu nyusus ke apa ke  ko  mesti buat laporan polis dan pejabat ugama

laporan polis itu lebih penting di makamah syarie nanti

1 ingat sebelum kahwin keputusan ditangan perempuan
   ( walaupun  ko paksa macam mana pun kalau dia takdak tak menjadi)

2 setelah kahwin keputusan di tangan lelaki.
   ( sekarang ni walaupun dipaksa oleh makamah, keputusan tetap hak ko)
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2008 01:15 PM | Show all posts
Originally posted by shafik72 at 24-1-2008 10:58 AM
ada juga rakan-2 dulu cadangkan agar sy tebus talak,alang-2 dia nak mintak lepas tanpa sebab yg munasabah,baik tuntut gantirugi,
tp sy tak mahu serabutkan keadaan,biarla semuanya selesai dgn cep ...


Kalau dia orang senyap, you pun senyap juga. Lagi pun you dah bercerai, takde apa nak dikenang lagi. Setahu saya kalau fasakh, kalau nak bersama semula, kena nikah balik. Kalau ada surat jemputan dari mahkamah, you pergi. Kalau ada tuntutan diutarakan dalam mahkamah yg first time you dengar, cakap kat hakim mintak tangguh untuk berbincang.  Kadang2 kes macam ni setahun baru selesai.  Apa yg saya lihat dimahkamah syariah, kalau kita tak pakai peguam pun takpe. Ada  setengah  kes  orang  yg  kena  tuntut  diberi  peluang  menyoal  saksi  pehak  yg  menuntut.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-1-2008 05:27 PM | Show all posts
Originally posted by bizsari at 24-1-2008 12:41 PM
nak nasihat kan ko sikit

1 Jangan percaya penguam syarie walaupun serban dia tinggi kelangit dan janggutnya  sampai ke lantai.
   ( penguan syarie ini dia sama dia sebenarnya makan semangkok ...

btol ckp anda,sy terkilan sewaktu hadir utk majlis hakam @ damai,sepatutnya peguam hadir sbg pendamai,tp sebaliknya menukar permohonan dr penceraian kpd fasakh,masa itu sy rasa satu kekejaman dan penghinaan terhadap diri sy.
bg sy keje mereka semata-2 kerna wang sanggup porak peranda r.tangga org sampai bercerai.
sy mohon maaf sekiranya ada disini peguam syariah,pasti marah dgn kenyataan sy,sy paham ini adalah bidang profesionalisme mereka,mereka cari makan dlm bidang ini.sekali lagi sy mohon maaf.

[ Last edited by  shafik72 at 24-1-2008 05:30 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2008 10:02 PM | Show all posts

Reply #9 shafik72's post

terima kasih kerana bersetuju dgn saya

tapi itu adalah kenyataan yg amat BENAR

aku sampai sekarang tak  respek penguam Syarie ni

Hukum2 Allah di putar belitnya -

profesen mencari rezeki yg paling KEJI
tapi tak semua penguam syarie macam itu, 15%  je ok.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2008 05:38 PM | Show all posts
Originally posted by bizsari at 24-1-2008 10:02 PM
terima kasih kerana bersetuju dgn saya

tapi itu adalah kenyataan yg amat BENAR

aku sampai sekarang tak  respek penguam Syarie ni

Hukum2 Allah di putar belitnya -

profesen mencari re ...

tu la biz, kerjaya peguam kdg-2 meragukan,yg salah pon dibela,yg tak salah plak didakwa
sy tgk biz mcm ada pengalaman pahit je ngn diorang ni.

skrg ni sy buntu,tak tau apa tindakkan seterusnya,aapa yg akan berlaku nanti sy pon tak tau.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 02:17 AM GMT+8 , Processed in 0.506410 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list