View: 3606|Reply: 18
|
..:: Menyintaimu ::.. suriani mohamad
[Copy link]
|
|
cite ni ditulis oleh "[email protected]"
Masjid ini menjadi tempat aku berlabuh membawa mindaku melayang mengimbau kenangan-kenangan lalu. Seribu satu kenangan kugamit di masjid ini. Kemuncak kebahagiaan kugapai di sini. Ya, hanya sebuah kenangan yang masih kekal di ingatan ini. Aku menyusuri kenangan di masjid ini. Sebuah kerinduan yang hangat masih utuh walaupun kenangan itu telah pun lama berlalu. Aku cuba menidakkannya namun betapa sukar untuk aku melupakannya.
"Awak akan jadi isteri saya卼ak lama lagi |
|
|
|
|
|
|
|
"Kenapa lambat? Ambil sarapan dulu ke?" Mizan menyapaku. Dia dulu pernah berura-ura untuk melamarku tapi tidak terlaksana kerana aku sudah berpunya. Itu cerita lama, lagipun aku sendiri tak pernah pun jatuh cinta dengan dia.
"Ya, perut ni lapar lah." Aku mengiakan tekaannya. Ringkas dan padat jawapannya supaya tidak lagi meleret-leret.
"Lain macam je aku tengok kau sekarang ni卪akin berseri-seri. Sedang berbahagia ke |
|
|
|
|
|
|
|
Si dia sudah banyak berubah kini. Aku perasan benar segala perubahan yang berlaku terhadapa dirinya. Sahabatku juga perasan akan perubahan itu. Si dia sudah pandai melepak di kelab-kelab, berkawan dengan manusia yang entah apa-apa, membawa perempuan ke hulu ke hilir, semuanya itu sungguh memeritkan aku. Ada juga sahabat lain yang cuba menegur segala perbuatannya namun nasihat yang diberikan bagaikan mencurah air ke daun keladi.
Aku tetap juga macam dulu, masih seorang perempuan yang berpegang pada budaya orang timur, masih dalam tatasusila kemelayuan. Habis saja waktu pejabat aku terus balik ke rumah. Menonton rancangan tv dan buat apa saja asalkan masaku tidak terbuang begitu saja. Sahabat-sahabat sememangnya cuba memahami keperitan yang kualami. Kenapa si dia berubah sebegitu rupa? Lupakah dia pada janji-janjinya kepadaku? Sememangnya aku semakin tidak mengenali dirinya sebagaimana dulu. Rindunya aku |
|
|
|
|
|
|
|
Tiada lagi kemesraan kami di pejabat. Sebolehnya dia langsung tidak mahu terserempak dengan aku. Terasa sungguh diri ini bagaikan dihina oleh insan yang pernah menyayangi. Siapa sebenarnya bersalah sehinggakan dia langsung tidak mahu memandangku. Aku bagi salam pun dijawabnya acuh tak acuh. Paling mendukacitakan minggu depan dia mula berada di jabatan lain, atas permintaannya sendiri.
Terserempak di caf |
|
|
|
|
|
|
|
"Baru tiga bulan lepas dia berhenti kerja. Katanya nak buka bisnes sendiri. Aku pun tak tahu la kat mana dia buat bisnes tu. Ada juga aku tanya kat mana tapi dia kata bila dah selesai semua urusan berkaitan nanti dia bagitahu." Rupanya Ilham sudah tidak lagi bekerja di tempat dulu. Mizan yang sebumbung kerja dengan dia pun tak tahu ke mana dia pergi, apatah lagi aku yang langsung tiada lagi kaitan dengannya. Peluangku untuk melihat dirinya makin menipis. Kenapa sukar benar untuk aku melupakannya?
"Ok lah Mizan. Lain kali kita jumpa lagi ya |
|
|
|
|
|
|
|
Kad undangan majlis perkahwinanku telah pun siap ditempah. Aku masih terkesima dengan apa yang terjadi. Gembira pun ada, sakit hati pun ada. Seolah-olah bodohnya aku salama ini membawa lara hati jauh nun di sana. Tapi saat kebahagiaanku boleh muncul bagaikan sekelip mata sahaja. Kad putih yang berlatar belakangkan istana kristal itu kutatap dengan perasaan yang pelbagai. Segalanya bagaikan mimpi yang menjadi realiti.
Sayangku,
Akhirnya kita ditakdirkan bersama jua. Impian saya untuk hidup bersama awak akhirnya akan termakbul jua. Terimalah saya seadanya dalam hidup awak. Walau badai pernah melanda dalam hubungan kita, saya amat bertuah kerana akhirnya awak akan jadi milik saya jua. Hanya awak yang saya dambakan selama ini. Saya yang bersalah selama ini, namun saya cukup bersyukur kerana masih ada sisa-sisa cinta awak untuk saya.
Nina,
Cinta awak sentiasa mekar di jiwa saya. Saat ini sememangnya telah lama saya tunggu. Awak adalah segala-galanya dalam hidup saya. Tak mungkin saya berpaling lagi selepas ini. Biarlah ia kekal hingga ke akhir hayat.
ILHAM
Sekeping kad dititipkan buatku. Aku memandang sekeliling. Melihat pelbagai barangan yang telah kusediakan untuk dijadikan hantaran.
~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~
"Mana awak pergi tadi?" Ilham menyoal setelah agak lama dia menungguku. Aku menghulurkan bungkusan coklat untuknya. Aku tahu dia sukakan coklat. Itu salah satu cara aku memujuknya.
"Selama ni dah lama Nina tunggu abang, so kali ni giliran abang pula tunggu Nina." Jawabku selamba. Aku cuba menduga dirinya. Sejauh mana tahap kesabarannya melayan karenahku.
"Kira nak balas dendam lah ni ya. Tak pe卆da ubi ada batas |
|
|
|
|
|
|
|
tq tq...ada gak yg nak dibace...hmhm depa depa tu..bz giler...tu pasai x hingat kat kite kite ni yg menunggu rumah x bertangga ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
cite ni bukan suriani mohamad yg tulis,...
ni pun hasil tangan Niellisa...dh baca kt TKO |
|
|
|
|
|
|
|
maap la... dlm mailbox aku kata nama tu. |
|
|
|
|
|
|
|
best jugak..tp sedih la ending dia..knape Ilham meninggal.. |
|
|
|
|
|
|
|
elok la meninggal drpd dia menggatal dgn org lain. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #11 produkherba's post
menusuk ke kalbu betul.. |
|
|
|
|
|
|
|
alamakkkkkkkkkkkkkkk
mati ker???
huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
airmataku berderai di pagi aghad nan indah iniiiiiiiiiiiiii.. |
|
|
|
|
|
|
|
sedih nyer cte ni.....
tersentuh hati aku.. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|