CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2052|Reply: 11

Good Luck To Dayang @ Live & Loud Tomorrow!

[Copy link]
Post time 28-11-2007 10:16 AM | Show all posts |Read mode
I am so glad there are only 3 performers during the Accoustic show (which will also feature James Morrison & Rick Price). Dayang will have the chance to showcase her talent full fledge, unlike those who have to share the stage with Whitney Houston (Turn On The Pop) or those 'supporting acts' at R&B night. To tell you the truth, if I were to go for Turn On The Pop, the only reason I could think of is to watch Whitney Houston & Elliot Yamin, while KC & Jo Jo will be my sole favoutie at R&B Nite, couldn't care less about the rest. Hazami (Best of 80s), Adibah Noor (sharing stage with Dionne Warwick) & Noryn Aziz (Jazz) seem to be getting a good deal too. So, good luck Dayang. Show 'em wat you got!!!!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2007 11:07 AM | Show all posts

Reply #1 voiceofreason's post

yeah, me think so too.. glad that they decided to feature Dayang in accoustic nite rather that R&B & pop.. can't wait..!!
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2007 05:17 PM | Show all posts

Do your best Dayang :pompom:

Dayang takde niat nak nyanyi DSK versi English ke ?
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2007 10:49 PM | Show all posts

Dayang @ LNLKL - Acoustic

Dayang tak mengecewakan... dressing pun anggun




More event fotos can be  viewed at http://minaq-jinggo.fotopages.com/?entry=1361542
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2007 01:49 AM | Show all posts

Reply #4 minaq_jinggo's post

mekacih jinggo.. kita x dpt nak ambik gambr sbb masing2 lupa nak bwk kamera.. pastu camera phone plak sah2 blur sbb gelap & jauh.. just smpat ambik gmbr masa jmpa dayang after abis show.. tp pakai phone camera je.. but like u said, Dayang mmng x mengecewakan.. cuma x puas je..!

And tadi, i went to Live & Loud Jazz nite with Noryn Aziz, Tompi & Maliq & D'essentials.. mmng happening giler..!! and yg lebih happening sbb Tompi ajak Dayang nynyi impromptu duet ngan dia lagu Isn't She Lovely..!! yup, Dayang pun dtg tgk..!!! dia x tau aku pun dtg, so when she saw me in the crowd masa kat atas stage, muka dia obviously terkejut & smpat wave to me.. x smpt jmpa after abis show coz Dayang sat with the performers skali ngan Sheila Majid etc and we went for our late dinner.. tp mmng happening..!!
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2007 01:55 AM | Show all posts
Btw, utk LnL KL accoustic night tu Dayang was the opening act & was given approximately half an hour set.. dia nyanyi lagu Kasih, Hurt (her best rendition ever!), Overjoyed, My Cherie Amour, You Are The Sunshine of My Life, Hilang (jazz version) and Dayang Sayang Kamu.. vocal condition Dayang mmng tip top malam tu.. prbbly one of her best shows thus far.. even lagu Kasih pun aku rasa that was her best rendition stkt ni.. Hurt & Hilang jgn cite la, mmng sgt best..!! lgpun set & sound system dia mmng meletop, so dpt dgr very clear..

tp satu je yg aku x puas hati, sbb rasa sekejap sgt..!! mmng x puas.. nasib baik Rick Price & particularly James Morrision dua2 performed extremely well.. kiranya berbaloi la dtg tgk show ni w'pun set Dayang skjp je..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-12-2007 07:14 PM | Show all posts
Dayang bijak layan peminat
Oleh Mohd Nasif Badruddin

Berita Harian (1/12/07)

Ternyata himpunan penyanyi popular pelbagai irama dari serata dunia dalam Konsert Live & Loud yang berlangsung seminggu di ibu kota Kuala Lumpur benar-benar menghiburkan peminat dan berbaloi dengan tiket berharga ratusan ringgit yang dilaburkan. Biarpun nampak santai apabila berlangsung dalam dewan, ia tidak menghalang penonton turut menyanyi dan bersorak memecah keheningan.

Penyanyi berkulit hitam manis yang digelar Beyonce Malaysia, Dayang Nurfaizah Awang Dowty diberi penghormatan sebagai pembuka tirai persembahan malam itu. Dengan mengenakan skirt paras lutut, Dayang bukan saja menguasai pentas persembahan dengan baik, malah bijak berinteraksi dengan peminat.


Memulakan persembahan dengan lagu Kasih, Dayang kemudiannya memilih menyanyikan lagu yang dekat dengan jiwanya iaitu Hurt, nyanyian asal Christina Aguilera sebelum disusuli dengn lagu Hilang dan Dayang Sayang Kamu.

Sorakan peminat kemudiannya kian rancak apabila penyanyi Australia berusia 46 tahun yang digelar Raja Balada, Rick Price, hadir di pentas utama dengan petikan gitar akustiknya dan sesekali bertukar memetik piano dan meniup harmonika.

Dengan gaya tersendiri, Rick Price menyampaikan pelbagai lagu popularnya yang dipetik daripada album terdahulu hingga kini. Antara lagu yang menjadi tarikan utama malam itu ialah Heaven Knows dan Not A Day Goes By.

Menghangatkan lagi suasana, penyanyi kelahiran Britain, James Morrison juga hadir dengan gaya tersendiri dan tidak kurang hebatnya apabila turut memetik gitar dan meniup harmonika dalam persembahannya.

Biarpun seorang diri di pentas, ia bukan halangan untuknya menghiburkan peminat. Paling mendapat perhatian, apabila dia turut berbicara beberapa patah perkataan bahasa Melayu dengan menyebut ungkapan Selamat Petang, Apa Khabar dan Terima Kasih yang mengundang sorakan gemuruh peminat.

Seperti jangkaan ramai, James Morrison tampil dengan penuh penghayatan menyampaikan rangkaian lagu popularnya seperti Wonderful World, The Pieces Don't Fit Anymore dan You Give Me Something.

Ketika ditemui, Rick Price berkata, dia teruja dan gembira dapat bersama peminat dari pelbagai bangsa dan negara mendendangkan lagu popularnya dalam Konsert Live & Loud yang diadakan di Malaysia.

揟idak kira audien saya tua atau muda, saya tetap menghormati mereka dan prinsip saya ialah memberikan persembahan terbaik walau di mana tempat dan masanya. Mereka datang untuk berhibur dan tugas saya untuk menghiburkan mereka,
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2007 08:23 PM | Show all posts
Cantik baju dia.

Tak sejuk ke tang dada tu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2007 10:54 PM | Show all posts
klu dh nyanyi..mana ada sejuk dh weh
panas je..ko nih pun
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2007 10:22 AM | Show all posts
Originally posted by minaq_jinggo at 30-11-2007 10:49 PM
Dayang tak mengecewakan... dressing pun anggun

http://i164.photobucket.com/albums/u30/gen-m/LN ...



tenkiu bro.

[ Last edited by  bintang^hati at 4-12-2007 10:26 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2007 12:12 AM | Show all posts
Gabungan tiga penyanyi meninggalkan nostalgia manis bagi penggemar muzik jazz
Oleh Farihad Shalla MahmudBerita Harian (4/12/07)


JARANG sekali pusat hiburan seperti The Zouk di Jalan Ampangmemutarkan muzik berirama jazz sebagai santapan halwa telingapengunjungnya. Namun sempena kehadiran Festival Live & Loud KL 2007yang berlangsung sepanjang minggu lalu merubah keadaan itu.

Pada Jumaat lalu, pengunjung berpeluang menikmati melodi yangagak santai ini apabila tiga penyanyi dari muzik genre sedemikianmembuat kemunculan istimewa di tempat itu. Kuasa yang dimiliki NorynAziz, Malque D扙ssentials dan Tompi berjaya membuatkan pusat hiburanitu penuh sesak dengan ramai pengunjung berbilang bangsa dan usia. Jikaselama ini ramai yang beranggapan, jazz hanya sesuai untuk orang tua,andaian itu memang tersasar.
        
    Buktinya, rata-rata pengunjung yang usia merekamasih di peringkat remaja begitu teruja dengan muzik ini. Biarpun adalagu yang dinyanyikan Noryn sudah berpuluh tahun lamanya, namun merekabegitu seronok menyanyi bersama-sama.

Antara lagu yang menjadi pilihan Noryn untuk dinyanyikan padamalam itu adalah I抦 Alright, lagu terbaru dari album keduanya yangbelum berada di pasaran, Make It On My Own, L.O.V.E selain lagu CeritaCinta yang dipetik dari album solonya, Alamaya.

Tidak dinafikan, aksi dan gaya Noryn ketika berada di ataspentas memang hebat. Kehebatannya bukan setakat mampu menyanyi tetapijuga kebijaksanaannya ketika berkomunikasi bersama peminat membuatkandia tersenarai sebagai antara penyanyi solo wanita yang ada pesonatersendiri.
        
Walaupundifahamkan Noryn hanya diberi masa selama setengah jam saja untukberada di atas pentas tapi dia sanggup bekerja lebih masa semata-matakerana begitu teruja melihat sambutan peminat terhadap persembahannya.

                                
Selepas Noryn selesai menjalankan tugasnya, pentas sederhanabesar itu diambil alih oleh sebuah kumpulan yang albumnya masih belumdipasarkan di Malaysia tetapi mempunyai peminat yang ramai di sini.Bagi penggemar irama neo-soul pasti mengenali siapakah itu MaliqueD扙ssentials, yang dianggotai lima jejaka dan tiga gadis jelita.

Sebaik saja muncul di atas pentas, seluruh ruang pusat hiburanitu bergema dengan sorakan penonton yang kebanyakan mereka adalahpenyokong setia kumpulan dari Jakarta ini.

Aksi mereka di atas pentas diakui memang unik. Bukan sajamenyanyi malah mereka juga boleh menari dan mempamerkan pelbagai gayayang menghiburkan. Muzik mereka yang rancak dan bertenaga membuatkanpenonton tidak senang duduk dan mengambil kesempatan menyanyi danmenari bersama mereka.
                                Memulakanpersembahan, mereka memilih lagu Free Your Mind diikuti dengan FunkFlow!, Itu Adanya, The One, Menikmati Cinta, Kangen, Terdiam danHeaven. Selama 45 minit menyanyi, tenaga mereka masih kekal. Malah,vokal mereka juga tidak pancit walaupun kebanyakan lagu mereka rancak`dan memerlukan pergerakan yang agresif.

Kemuncak malam itu, malam Jazz Live & Loud KL 2007menampilkan penyanyi yang sering muncul dengan imej bertopi iaituTompi. Penyanyi kelahiran Aceh ini tidak perlu mengambil masa yang lamauntuk menghangatkan keadaan apabila memilih lagu My Music untukdipersembahkan kepada peminat yang begitu setia menanti kehadirannyasejak awal lagi. Sesuatu yang menarik mengenai Tompi adalah, vokalnyayang unik dan tersendiri.

Sambil menyanyi, dia juga mampu membuat pelbagaibunyi-bunyian mengikut alunan muzik yang dimainkan pemuzikpengiringnya. Malam itu, sengaja Tompi memilih rangkaian laguberkonsepkan cinta. Antara lagu hits yang dinyanyikan figura ini adalahSelalu Denganmu, I扢 Falling In Love, Salahkah, No More dan Lulu Siti.

Menyedari persembahan malam itu turut disaksikan penyanyiMalaysia, Tompi lantas mengundang Dayang Nurfaizah untuk berduetdengannya menerusi lagu Isn抰 She Lonely yang pernah dipopularkan olehStevie Wonder. Terdahulu, lagu Stevie Wonder, Uptight turut menjadipilihan Tompi untuk dinyanyikan sebelum menutup persembahannya denganlagu I扢 Falling In Love.

Secara keseluruhan, malam Jazz berjaya mencapai objektifnyaiaitu untuk memberikan hiburan berkualiti kepada peminat irama inisecara khususnya. Cuma apa yang dikesalkan, tempoh persembahan Tompiterpaksa dipendekkan kerana pihak pengurusan Zouk ingin meneruskanoperasinya untuk pengunjung luar.Moga perkara seperti ini tidak berlakulagi pada masa hadapan.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2007 11:18 PM | Show all posts
comel je aku tgk gmbr dayang nyanyi dgn tompi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 12:43 PM GMT+8 , Processed in 0.278259 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list