|
Salam,
I pernah buat penulisan ilmiah tentang tembikar. Baru perasan I tak pernah tulis mengenai tembikar di sini.
I baca Berita Harian ada terjumpa satu artikel |
|
|
|
|
|
|
|
Kraf dan Hiasan: Seni kraf tangan masyarakat Bajau Kubang unik, kreatif
Oleh Nor Affizar Ibrahim
JIKA pembuatan seni tembikar tradisional di kalangan masyarakat Melayu di Semenanjung Malaysia mula dikenali sejak zaman-berzaman, begitu juga masyarakat Bajau Kubang di Sabah yang diketahui sudah menghasilkan seni kraf budaya sejak lebih 3,000 tahun dulu.
Bagaimanapun, pembuatan tembikar masyarakat Bajau Kubang berbeza sedikit daripada Semenanjung kerana ia menggunakan bahan daripada tanah liat merah untuk menghasilkan hasil seni itu.
Pembuat tembikar berpengalaman, Maman Indangan, 45, yang berasal dari Kampung Tampi-tampi Timabayan berkata, masyarakat dulu membuat tembikar bukan tujuan untuk hiasan, sebaliknya hasil seni yang direka begitu berfungsi dan digunakan dalam kehidupan seharian. Ini termasuklah, seperti dapur (lapohan), pasu (lopoh) serta mangkuk (tavak).
Katanya, proses membuat seni kraf tembikar daripada tanah liat bermula dengan mencari dan memproses pasir bagi menghasilkan tanah liat yang sesuai.
揚asir akan ditumbuk halus dan kemudian diayak serta dicampurkan dengan air laut sebelum menjadi tanah liat dan seterusnya dibentuk hasil seni yang diinginkan. Apabila siap dibentuk ia dijemur selama beberapa hari dan kemudian dibakar bagi proses memampatkan kraf dibuat, |
|
|
|
|
|
|
|
Seorang lagi pembuat tembikar, Mohd Saipa Lame, 34 dari Kampung Mahir berkata, hari ini seni tembikar masyarakat Bajau Kubang tidak lagi menumpukan pembuatan dapur dan mangkuk saja, sebaliknya dipelbagaikan termasuk membuat kotak pensil dan pelbagai reka bentuk hiasan.
Apa yang pasti, menghasilkan apa saja bentuk seni kraf tangan daripada tanah liat merah bukanlah sesuatu kerja mudah. Pengalaman kanak-kanak yang menyertai program, Digi抯 Amazing Malaysians 2007 menghasilkan beberapa reka bentuk kraf, baru-baru ini ternyata sesuatu yang menarik. Walaupun, rekaan kanak-kanak itu tidak sehebat mereka yang berpengalaman, hasil seni kraf tercipta tetap memperlihatkan kerja seni unik. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|