|
Oleh: Ellyna Ali
thanks to http://www.murai.com.my
Kuala Lumpur, 2 NOV 2007: Dapatkah anda membayangkan penyanyi Jaclyn Victor (Jac) dengan penampilan yang sederhana sebagai seorang isteri kepada peniaga runcit di sebuah estet yang terletak jauh dari kota?
Bagaimana pula kalau dia juga menjadi isteri kepada vokalis Alleycats, David Arumugam yang sentiasa kekal dengan imej rambutnya ala Afro itu?
Membayangkan hal ini saja sudah melucukan. Namun, inilah yang bakal direalisasikan pengarah yang terkenal dengan genre komedi, Mamat Khalid, dalam filem terbaru arahannya dan juga yang pertama bakal diterbitkannya itu berjudul Estet.
"Setakat ini, Jac (Jaclyn) sudah pun menyatakan persetujuan untuk membawakan watak ini. Mungkin juga kerana dia menyukai karektor itu.
"Atau barangkali juga kerana Jac tertarik dengan pendekatan baru yang digunakan di dalam filem ini dalam usaha untuk menjadikan ia sebagai penghubung intergrasi di antara kaum di Malaysia, khususnya antara golongan India dan Melayu.
"Lebih-lebih lagi, apabila subjek yang diketengahkan di dalam filem ini nanti bercerita konflik yang berlaku di dalam sebuah kawasan estet iaitu satu perlawanan bola sepak berlangsung.
"Pendek kata, filem ini nanti sememangnya akan berwajah Malaysia. Walaupun kita menggunakan 70 peratus Bahasa Melayu, kita juga akan selitkan 30 peratus penggunaan bahasa Tamil.
"Selain Jac dan David yang ditampilkan sebagai pelakon khas, kita juga akan mengetengahkan beberapa pelakon Melayu sedia ada bersama kelompok pelakon India yang sebelum ini bergiat aktif dalam filem bercorak aliran bebas.
"Filem ini juga satu cubaan yang besar dan berani daripada saya untuk mengetengahkan mereka (pelakon India) ke dalam filem bercorak arus perdana," kata Mamat secara eksklusif kepada murai.com.my.
Jaclyn ketika dihubungi menerusi telefon bimbitnya tidak dapat menyembunyikan rasa terkejutnya apabila berita kemunculannya itu sudah bocor kepada krew murai.com.my.
"Macam mana awak semua dapat tahu ni? Memang saya tak nafikan Mamat Khalid bersama beberapa krew pihak produksi filem itu datang untuk berbincang dengan saya mengenai filem itu. Tapi masih terlalu awal untuk saya menyatakan apa-apa yang lebih lanjut.
"Apa yang boleh saya katakan, saya memang cukup tertarik dengan karektor yang ditawarkan kepada saya, begitu juga dengan jalan ceritanya.
"Dengar saja ia sudah membuatkan saya tertawa terbahak-bahak. Cubalah bayangkan... bagaimana saya jadi isteri David - tubuhnya kecil tetapi rambutnya lebih besar. Mesti nampak lucukan?
"Pada waktu yang sama, saya juga perlu memikirkan pembabitan saya yang lain dalam bidang nyanyian sepanjang dua bulan ini.
"Misalnya persembahan dalam separuh akhir Muzik-Muzik, KL Live and Loud 07 serta show di Russia untuk pelajar kita yang menuntut dalam jurusan perubatan. Ada juga kemungkinan saya akan terbabit dalam pertandingan Asian Idol yang akan diadakan tidak lama nanti," katanya - murai.com.my
[ Last edited by badiuz at 4-11-2007 11:16 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|