CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3503|Reply: 8

CERITA PENDEK: Serpihan Terakhir Kehidupan di Kuala Lumpur

 Close [Copy link]
Post time 20-10-2007 05:58 PM | Show all posts |Read mode
Besok. Besok. Dina termenung. Mengenangkan dia akan meninggalkan KL yang penuh pancaroba, suka, duka, tangis dan ketawa.

Dia merayau-rayau di sekitar Pasar Seni buat kali terakhir. Melihat keindahan Sungai Klang yang begitu bersih sebersih teh tarik segar. Plastik kosong, papan kayu, najis binatang dan bangkai gagak berapungan umpama teratai air seolah-olah mengucapkan selamat perpisahan.

Hatinya hancur luluh. Umpama perniagaan penjual VCD cetak rompak di pasar Masjid India telah diluluhkan oleh pihak berkuasa. Umpama leher anak kucing bangsat yang hampir diluluhkan oleh Maliki yang sedang tertekan pada masa dulu. Umpama hati Izat dan Ali apabila mereka mengetahui yang mereka 'terkongsi' isteri. Umpama kepala hotak Amir kaki bedal ayam kentaki apabila mendengar ibunya ibu ayam...

Dia menangis semahu-mahunya sambil berjalan di dalam Pasar Seni tanpa menghiraukan pandangan pelik dari orang ramai. "Hoi, keparat! Apa tengok-tengok?? Nak aku tikam biji mata bertuah korang dengan pin sanggul kepala aku???" jerkah Dina apabila menyedari jelingan orang ramai.

Mereka dengan spontan menikus dan segera mengalihkan pandangan mereka..

Dina dengan spontan bermonolog "Serpihan terakhir hidupku di Kuala Lumpur. Menikam ulu hati ku. Sakitnya tidak terperi. Aku umpama merpati putih yang patah sayapnya..akibat dicengkam Maliki yang tengah sakit jiwa.."

Pakcik artis yang cuba melukis berdekatan dengan Dina terus menyampuk "Hoi awek gila! Cepat-cepat kau nyah dari KL ni. Buat sakit kepala hotak aku mendengarnya!' Mata pakcik artis itu merah menyala menikam permandangan Dina.

Kali ini giliran Dina pula untuk menikus. Menikus semahu-mahunya.

EPILOG

Majulah industri kesenian Malaysia...
---------------------------

OK korang. Aku dapat ilham untuk cita ni pasal aku tensen gila. Besok awal-awal pagi aku kena chow gi Singapore. Tak tau lagi bila aku boleh balik KL.
Huuuuu..huuu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


idah83 This user has been deleted
Post time 20-10-2007 07:30 PM | Show all posts
maksudnye,pasni takde lagik citer2 pendek ke??
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2007 10:38 PM | Show all posts
cite ni x bestttt....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-10-2007 12:54 PM | Show all posts

Reply #2 idah83's post

cite pendek bertemakan kehidupan di Singapore mungkin ada kot pasal mungkin aku kena parking kat sini berbulan-bulan at least.

Tapi kat KL memang lagi senang dapat ilham pasal ia penuh dengan onak-onak dan rintangan. Singapore kureng sikit nak dapat ilham..
Reply

Use magic Report

idah83 This user has been deleted
Post time 25-10-2007 12:56 PM | Show all posts

Reply #4 LLM's post

LLM,kat singapore pun banyak jugak onak2 n rintangan hidup rasenya...tak kisahlah...janji ade cerita...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-10-2007 08:10 PM | Show all posts

Reply #5 idah83's post

ok. aku baru aje sampai kat Singapore ni hari Ahad lepas. Tunggu lepas 2-3 minggu aku alami hidup kat sini, nanti idea datang balik dan aku akan sambung siri cite pendek!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-11-2007 12:48 PM | Show all posts
ok...truskan..jgn x truskan siri2 cter pendek ko yg mnarik 2...ade yg sdang mnungu ni hah...
rsanye kt singapore 2 lg kuat cabaran idupnye kot...

chaiyukk2 !! :pompom:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2007 12:52 AM | Show all posts
ada cite baru dah...

[ Last edited by  LLM at 3-11-2007 12:54 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2008 02:40 PM | Show all posts

Reply #4 LLM's post

sapa cakap kat sini tak bleh dapat ilham??

kalau tak dapat ilham, tak da, nya aku menulis pagi petang......

welkum to the world of prejudice..
ky spore ni prejudice nya melebihi tahap yg kita mampu terima!!!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 01:59 AM GMT+8 , Processed in 0.153521 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list