View: 1956|Reply: 16
|
dayang @ JANGAN TIDUR LAGI RAYA
[Copy link]
|
|
saksikan malam ini di TV3 jam 11 malam (tertakluk pd pindaan) |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
BH (17.10.07)
Gamat di set JTL sempena Aidilfitri
Oleh Zul Husni Abdul Hamid
Kehadiran Dayang, Norynn dan Radhi bakal ceriakan penonton TV3
PERBEZAAN menyatukan dua nama yang berlainan personaliti ini. Azwan Ali dan Adlin Aman Ramlie, keletah mereka membuatkan mata yang layu segar dengan pelbagai lawak jenaka yang menyerikan malam Rabu penonton TV3 menerusi Jangan Tidur Lagi (JTL).
Sejak bersiaran awal Jun lalu, program yang kini memasuki musim kedua itu menyediakan pelbagai isu menarik dan kupasan topik sensasi lewat bicara bersahaja dua pengacara itu.
Justeru, tidak hairan program itu semakin mendapat tempat di hati penonton dan akui penerbitnya, Jamil Hassan, mereka berpuas hati kerana JTL mencecah 1.2 juta penonton setiap kali bersiaran.
"Perbezaan mereka menjadi tarikan kepada program ini. Bagaimanapun, kami sentiasa memberi ruang supaya kedua-dua pengacara membincangkan sesuatu topik secara seimbang tanpa perlu dibayangi sesiapa," katanya.
Sedapat mungkin cuba lari daripada membincangkan topik kontroversi, kebiasaannya isu yang dibicarakan berlegar kepada perkara yang diperkatakan umum mengenai tetamu jemputan.
Disebabkan itu, katanya, topik yang dibincangkan lebih bersifat jujur namun mereka juga tidak mengenepikan soal karier yang menjadi teras kepada perjuangan seseorang artis atau selebriti.
"Penyelidikan mengenai latar belakang seseorang tetamu itu penting kerana JTL tidak mempunyai skrip khusus, sebaliknya pengacara hanya diberi garis panduan membicarakan topik disediakan," kata Jamil.
Menyaksikan gelagat dua pengacara ini untuk episod khas Aidilfitri bersama tiga tetamu jemputan iaitu Noryn Aziz, Dayang Nurfaizah dan Radhi Khalid, membuktikan mereka berjaya mencipta keserasian untuk memperkatakan topik yang diberikan.
Senda gurau melatari sesi rakaman ini, terutama apabila mereka mengasak Radhi yang terkenal dengan filem Qaisy & Laila yang masih lagi meraikan Aidilfitri bersendirian.
Akui Radhi yang akan merayakan 1 Syawal di kediaman keluarganya di Tanjung Tokong, Pulau Pinang, pengalaman ketika zaman kanak-kanak masih kemas dalam ingatannya.
Pernah katanya, disebabkan sedikit salah faham pada malam raya jiran yang marahkan dia dan abangnya bermain bunga api membaling benda itu ke atas tilam yang dijemur di halaman rumah.
Ia menyebabkan tilam itu membara namun kata Radhi, dia sudah lama melupakan peristiwa itu dan memaafkan kesilapan yang di luar kawalan itu.
Sekadar bercuti lima hari, Radhi cuba mengelak untuk mengambil sebarang tawaran menjelang Aidilfitri kerana tidak mahu tergesa-gesa pulang ke kampung untuk bersama keluarga.
Berbeza dengan penyanyi kelahiran Sarawak, Dayang Nurfaizah, ketibaan Aidilfitri umpama cuti tahunan buatnya selepas 11 bulan diburu kesibukan dengan menjayakan pelbagai tawaran persembahan dan rakaman televisyen.
"Dalam setahun saya jarang bercuti dan kerana itu setiap kali raya, saya akan mengambil cuti panjang kerana mahu puas bersama keluarga.
"Awal minggu raya memang rumah Dayang sibuk menerima tetamu yang datang menziarah dan pada minggu kedua raya, biasanya Dayang mengambil kesempatan itu untuk berehat dan menziarahi sanak saudara yang sudah lama tidak berjumpa," katanya.
Tidak mempunyai banyak memori manis ketika Syawal, kata Dayang, ketika kanak-kanak dulu, dia bersama adik beradiknya dilarang ibu bapanya bermain bunga api.
Justeru, apabila keinginan untuk bermain bunga api datang mereka akan bertandang ke rumah jiran dan bermain bersama.
Meskipun Aidilfitri ini diraikan bersendirian, penyanyi yang sedang popular dengan lagu Hilang itu bertuah kerana keluarganya tidak pernah mendesak supaya dia segera mencari pasangan.
"Mereka tidak pernah risau Dayang masih belum punya teman, mungkin kerana mereka ingat Dayang masih muda dan belum matang untuk melangkah ke fasa kehidupan seterusnya," katanya.
Berkongsi keceriaan Aidilfitri di kota bersama Azwan yang merayakannya di Klang Gate, Hulu Klang dan Adlin di Klang, Selangor, penyanyi jazz muda, Noryn Aziz pula akan bersama keluarganya di Shah Alam.
"Saya tidak pernah balik kampung. Di Shah Alam saja saban tahun saya beraya dari kecil hingga dewasa. Mungkin pada sesetengah orang Aidilfitri di kota tidak semeriah di desa tetapi kemeriahannya tetap dirasai selagi menyambutnya bersama keluarga," kata Noryn.
Bersyukur dengan rezeki yang dilimpahkan Tuhan sepanjang tahun ini, Noryn yang popular dengan lagu Alam Maya turut membantu keluarganya membuat persiapan menjelang Aidilfitri. |
|
|
|
|
|
|
|
aku juga yg tk dpt tgk..uhuhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #6 burung_pungguk's post
Kena tido awal, sebab hari ni sekolah
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #6 burung_pungguk's post
Yes, tu baju sendiri.. baju lama tu.. tahun 2002 pny.. Michael Ong buat.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by houdini at 18-10-2007 08:17 AM
Kenapa Dayang suka pakai baju yang lengannya ada dedah-dedah ?
Susah betul nak tengok Dayang pakai baju penuh ...
Susah ke..?? mana ada.. ada2 je la ko ni..
Rancangan raya lain kan bnyk je Dayang pkai baju penuh.. Ole2 Raya - Dayang pkai baju lama yg warna gold tu.. rncangan Konsert Fenomena - Dayang pakai baju kurung moden tutup habis warna peach.. rancangan Konsert Mega Aidilfitri pakai blaus & seluar hitam tutup penuh..
Masa promotion album b4 this kat Bukit Bintang Plaza pun tutup penuh.. begitu jugak masa kat Hotel Cititel, pastu Muzik2 Showcase, pastu Suria.fm buka puasa.. Showcase Marcell.. apa lagi.. aku pun x ingat dah.. mana ada susah nk tgk Dayang pkai baju penuh.. senang je aku rasa ??!! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #10 burung_pungguk's post
kitorg x duduk kat tgh2 tu.. kitorg dok kat tepi kat bwh.. sbb aku dtg lambat.. baru blk dr kuantan terus gi ntv7.. yg diorg nynyi ramai2 first2 tu aku x smpt tgk live.. smlm br tgk.. tp JTL versi raya ni mmng seronok kan..?? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mr-judd at 18-10-2007 03:16 PM
kitorg x duduk kat tgh2 tu.. kitorg dok kat tepi kat bwh.. sbb aku dtg lambat.. baru blk dr kuantan terus gi ntv7.. yg diorg nynyi ramai2 first2 tu aku x smpt tgk live.. smlm br tgk.. tp JTL vers ...
ic...
klaka je bila dyg lakon semula cara2 mintak maaf dgn bapak dia dlm bahasa sarawak... |
|
|
|
|
|
|
|
hehehehe...tangan la plak ya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku pun dpt tgk sket jer..msa radhi khalid,dyg n norynn nyanyi.pastuh aku dh xder kat umah...gi mana ntah.aku sendiri lupa. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mr-judd at 18-10-2007 01:28 PM
Susah ke..?? mana ada.. ada2 je la ko ni..
Rancangan raya lain kan bnyk je Dayang pkai baju penuh.. Ole2 Raya - Dayang pkai baju lama yg warna gold tu.. rncangan Konsert Fenomena - Dayang ...
panjang list kau judd he he |
|
|
|
|
|
|
| |
|