CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3630|Reply: 26

Siti kini kurang eksklusif?

[Copy link]
Post time 24-9-2007 01:12 PM | Show all posts |Read mode
Siti kini kurang eksklusif?Oleh Hartati Hassan Basri


SEJAK bergelar isteri, kehadiran Datuk Siti Nurhaliza dilihat ada di mana-mana sebagaimana lagu dari album Transkripsi, Siti Situ Sana Sini sampaikan dalam satu majlis pelancaran sebuah restoran nasi ayam, baru-baru ini, gambarnya memotong ayam menjadi tumpuan.
SEJAK bergelar isteri, kehadiran Datuk Siti Nurhaliza dilihat ada di mana-mana sebagaimana lagu dari album Transkripsi, Siti Situ Sana Sini sampaikan dalam satu majlis pelancaran sebuah restoran nasi ayam, baru-baru ini, gambarnya memotong ayam menjadi tumpuan.

Siti dikatakan menjaja kehidupan peribadi untuk meraih publisiti.

Bermula sidang media mengumumkan berita pertunangannya, menjual hak eksklusif majlis perkahwinannya kepada stesen televisyen untuk menyiarkan majlisnya secara langsung.

Malah, ada program khas paparkan percintaan dan perkenalannya dengan suami, Datuk Khalid Mohd Jiwa.

Begitu juga majlis sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-28 pada Januari lalu diikuti ulang tahun pertama perkahwinannya, baru-baru ini.

Ini berbeza sebelum kahwin kerana Siti meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-25 dalam suasana meriah bersama media.

Terbaru, Siti sudi menjadi artis undangan program Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) musim ke-10 yang memaparkannya menikmati hidangan bersama pengacaranya, Maria Tunku Sabri.

Rakaman program berkenaan diadakan di Restoran MyThai, Starhill, Jalan Bukit Bintang.

Apakah Siti kini tidak lagi mengawal penampilannya di khalayak ramai? Bagaimanapun, Siti mempunyai alasannya sendiri.

Katanya, dulu dia terlalu sibuk dengan jadual kerja hingga tiada masa terluang untuknya menghadiri majlis seperti itu.

"Dulu bukan saya tidak mahu, tetapi tiada masa. Sekarang saya agak lapang kerana tumpuan utama bukan lagi kerjaya tapi rumah tangga.

"Tidak timbul soal jaga eksklusif atau tidak kerana semuanya bergantung kepada kelapangan. Contohnya hadir di majlis pelancaran restoran nasi ayam.

"Dulu saya pernah diajak, tetapi tiada kesempatan itu. Tapi baru-baru ini saya ada masa lapang, apa salahnya hadir. Ia juga sebagai tanda sokongan saya kepada rakan artis.

"Begitu juga menjayakan program Jalan-Jalan Cari Makan, mereka sudah cuba mengundang saya sebelum ini, tetapi baru kali ini berkesempatan," katanya ketika rakaman JJCM, baru-baru ini.

Siti yang tampil ringkas tengah hari itu berkata, apabila keutamaannya kini berubah dari kerjaya kepada keluarga, jadual waktunya memenuhi undangan menyanyi juga dikurangkan untuk memberi tumpuan kepada rumah tangga.

"Apabila ada masa lapang, saya cuba memenuhi semua undangan, hingga adakalanya saya menghadiri enam majlis dalam sehari pada satu hujung minggu.

"Dulu apabila saya tidak dapat penuhi banyak undangan kerana sibuk, ada orang mengata. Sekarang apabila saya penuhi undangan, orang mengata juga. Apa boleh buat kerana saya tidak mampu menghalang orang daripada bercakap perkara ini," katanya.

Sementara itu, Maria mengakui pihaknya beberapa kali cuba mendapatkan Siti menjayakan program itu, tetapi baru kini berjaya.

Katanya, semua itu juga kerana usaha penerbit, Nurhul Huda Khalid.

"JJCM musim ke-10 mempunyai konsep baru yang memberi tumpuan kepada restora menarik yang ada di pusat beli-belah di Lembah Klang. Kami juga tampilkan artis terkenal," katanya.

Untuk rakaman di Restoran MyThai, Siti dan Maria menikmati hidangan istimewa seperti meng kam, udang galah masak asam dan stim ikan garupa.

JJCM yang disiarkan setiap Ahad, jam 6 petang sejak 9 September lalu menjalankan penggambaran bersama beberapa artis terkenal sebelum Ramadan dan akan disambung selepas raya. Sepanjang bulan puasa ini, mereka sibuk di studio untuk proses suntingan.

Maria, 36, yang juga penerbit program ini berkata, sejak bersama JJCM selama sembilan tahun, dia rasa program berkenaan begitu bermakna dalam hidupnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2007 01:19 PM | Show all posts
emmm...
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2007 01:24 PM | Show all posts
sebelum ni SITI eksklusif ke?
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2007 01:28 PM | Show all posts
Dulu....busy....album banyak....promosi banyak...

Sekarang album pun tak ada lagi....
so...takde aktiviti sangat...
boleh la penuhi undangan orang
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2007 03:14 PM | Show all posts
aku setuju lah..
ct is everywhere skrg..
album lagi..single lagik..OST filem lagik..tak putus2....
iklan2..
masuk paper,mag evryday...
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2007 04:16 PM | Show all posts
ek elehh..kecoh aaa pasal eksklusif ke x..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-9-2007 04:48 PM | Show all posts
takpelah tak eksklusif pun..
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2007 09:16 PM | Show all posts
aku suka ct x eksklusif....bermakna ct x membezakan diri dia dgn org lain walopon dah berpangkat datuk, x jual mahal org kata..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2007 09:57 PM | Show all posts

Reply #8 kerill's post

setuju -
nah tacang utk sahur nanti -
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2007 10:38 PM | Show all posts
erk..kite okey je kalo CT ade byk prog..
bleh mendekatkan diri dia ngan peminat2 dia..
kalo x asik tgk dr kejauhan aje..iskk..

anyway, at the same time CT x leh over expose sangat diri dia..
kena ade limit spy kengkadang peminat2 dia bleh windu kat dia..ahaKs!
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2007 11:53 PM | Show all posts
AKU TAK KESAH... LAGI KERAP AKU BLEH TENGOK CT LAGI LA BEST....
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2007 01:10 AM | Show all posts
Nak Ucapkan Terima Kasih kat pihak sitizone cause skrg dah updatekan apa apa maklumat tentang aktiviti ct
terubat sket rindu
Tntg ekslusif ke x , saya lebih suka kalau dia sesekali penuhi undangan itu tandanya dia tak kira sangat pangkat cuma
biasa le wartawan benda kecil pun nak perbesarkan nasib baik ct dah lali
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2007 10:33 AM | Show all posts
whatever
janji bahagia
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2007 11:18 AM | Show all posts
siti kena wat cam britney.i mean menyepi dulu.baru wat comeback.lelama nanti org bosan.Mee pun dah makin bosan ngan ct nie walaupun mee fans no1 dia.
cam artis dulo2.susah nak keluar public!!





visit my thread
Request/download lagu ape2 aje
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2007 11:28 AM | Show all posts

Reply #14 mee_maggie's post

britney menyepi ker???
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2007 04:03 PM | Show all posts
aku pon rase cam biase je....x de la ct over sgt pon....kan lagi bgs kalo die camni...dapat la gak aku tau ape yg die wat...kalo x asyik bz je...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2007 05:42 PM | Show all posts
xpe la, sekurang2 nye ct ada masa nak wat benda yg dia tak blh wat waktu cibuk dulu...
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2007 07:15 AM | Show all posts
siti sbnrny x nak jadi cam kak pah..kak pah kan xclusve..tup2 kena gam ngan RTM...kahkahkah...sian betol..dah la album asli tak kuar2 lagik....
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2007 10:28 AM | Show all posts
yang penting, ct tetap eksklusif di hati peminat peminat dia. kan ct kan? kan?
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2007 10:35 AM | Show all posts

Reply #19 heisebeno's post

ct memang xclusif pun kat aku. takder artis lain yang berjaya membauat aku teruja nak dengar lagu dia walaupun dari album lama2..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 07:50 AM GMT+8 , Processed in 0.072844 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list