CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3494|Reply: 30

Mawi rindu suasana puasa di kampung

[Copy link]
Post time 18-9-2007 11:19 AM | Show all posts |Read mode
Mawi rindu suasana puasa di kampung
18-09-2007 09:58:19 AM
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ
Biarpun sibuk dengan pengambaran filem Aduh Saliha, Mawi tetap meluangkan masa menghadiri majlis berbuka puasa anjuran Mawi World Sdn Bhd di Restoran Rebung, Bangsar pada 15 September lalu.

Majlis yang dihadiri oleh 300 orang itu menghimpunkan peminat Mawi serta anak-anak yatim dari Yayasan Pembangunan Nurhikmah, Subang.

Menurut Mawi, suasana puasanya pada tahun ini berlainan sekali berbanding tahun lalu di mana beliau menyambut puasa pertama dan kedua di Tambunan, Sabah - lokasi pengambaran filem pertamanya yang pernah menimbulkan tanda tanya mengenai heroin yang bakal berganding dengan juara Akademi Fantasia 3 itu suatu ketika dahulu.


Mawi menyampaikan sumbangan kepada 40 orang anak
yatim Yayasan Pembangunan Nurhikmah
(Foto The Star oleh Kamal Sellehuddin)

"Bagi saya, tiada beza antara berpuasa semasa bekerja dengan hari-hari biasa sebelum ini," jelas Mawi yang seronok dapat belakon buat pertama kali dan menganggapnya sebagai cabaran baru yang belum pernah dilakukan dahulu.

Setakat ditemui baru-baru ini, Mawi baru selesai menjalani pengambaran filem selama empat hari yang lebih menumpukan kepada pembikinan montaj.

"Saya kena berlakon memanjat air terjun dan melakonkan aksi kejar-mengejar dengan 'Saliha'.

"Cabaran semasa berlakon adalah tayar van yang kami naiki meletup," kata Mawi sambil ketawa.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Maestro Freddie Fernandez, keindahan air terjun dan kawasan tersebut menepati citarasa mereka untuk melakukan lebih banyak pengambaran di Sabah.

Walau bagaimanapun faktor tersebut tidak menjamin kelancaran pengambaran yang dilakukan kerana mereka terpaksa akur dan tunduk kepada cuaca yang kadangkala tidak menentu.


Mawi mengimamkan solat Maghrib berjemaah selepas
berbuka puasa di Restoran Rebung, Bangsar
(Foto The Star)

"Pada bulan puasa ini, kami akan mengurangkan penggambaran dan lebih kepada membuat kerja amal dan Marhaban. Lagipun banyak pihak yang membuat permintaan dengan Mawi bersama rumah kebajikan.

"Jadi, kami merancang untuk melakukan penggambaran pada hari biasa dan program amal dijadualkan pada hari minggu sahaja. Kami akan cuba menamatkan penggambaran filem ini secepat mungkin tetapi masih mengekalkan kualiti yang diinginkan," ujar Freddie.

Perjalanan selama tiga jam seperti yang digambarkan oleh Mawi dirasakan agak memenatkan kerana mereka perlu menaiki dua buah kapal terbang dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu dan dari Kota Kinabalu ke Keningau seterusnya menaiki van ke Tambunan.

Bukan itu sahaja, jalan bertanah merah di kawasan pedalaman sedikit sebanyak menyukarkan perjalanan mereka untuk sampai ke lokasi pengambaran.

"Pengambaran bermula jam 4 pagi dan tamat sehingga waktu berbuka. Walau bagaimanapun, kami lebih banyak menunggu daripada berlakon kerana kami perlu disolekkan. Kami juga perlu menunggu  penyediaan peralatan kamera dan sebagainya. Saya kena melakonkan aksi yang sama beberapa kali sehingga M. Nasir puas hati," jelas Mawi yang pernah berlakon untuk iklan Silky Girl bersama Sharifah Amani.

Rindu berbuka puasa dengan keluarga

Bagi penyanyi berimej botak yang baru dua tahun bergelar anak seni ini, perkara yang paling diriinduinya pada bulan Ramadhan kali ini adalah berbuka puasa bersama keluarga tersayang.

"Waktu puasa saya gemar minum air soya dan saya tak cerewet sangat pasal makanan.

"Saya merancang untuk berbuka puasa dengan keluarga pada pertengahan puasa nanti," ujar Mawi yang ingin memberi tumpuan kepada karier yang dipikul sekarang ini.

Mawi menyatakan dia juga merindui saat-saat membeli juadah di pasar Ramadhan ketika sebelum menjadi artis.

Menurut penyanyi berusia 26 tahun pada 25 Ogos lalu sehari selepas dilantik sebagai duta kaca mata Aeras Eyewear ini, persiapan raya untuk dirinya belum dirancang dan mungkin akan menyerahkan tanggungjawab tersebut kepada keluarganya seminggu sebelum raya nanti.

"Tahun lepas, sebanyak 20 pasang baju raya saya perolehi daripada peminat," kata Mawi yang berjaya memakai kesemua baju tersebut semasa menghadiri majlis yang dihadiri sebelum ini.

Mila bukan penghalang untuk menang

Semasa Anugerah Era 2007 pada 8 September lalu, Mawi tidak kelihatan mengambil tiga anugerah yang dimenanginya dan menghantar wakil.

"Saya turut terlibat dengan show lain pada malam itu. Walaubagaimanpun saya sempat menghadiri karpet hijau yang dilakukan lebih awal," kata Mawi.

Ketika diminta memberi komen mengenai kemenangan yang diraih, Mawi berkata ia menandakan masih ramai yang menyokong dirinya.
Manakala kemenangan Mila bagi kategori Lagu Pop Pilihan yang turut mencalonkan Mawi bukanlah faktor yang bakal menggugat dirinya untuk menang selepas ini.

"Sudah rezeki Mila....," akhiri Mawi.

Dalam majlis berbuka puasa itu, Mawi menyampaikan sumbangan berupa wang ringgit kepada 40 orang anak yatim dari Yayasan Pembangunan Nurhikmah.

Majlis turut dimeriahkan dengan kedatangan 200 orang peminat Mawi.

Selepas berbuka puasa, Mawi mengimamkan solat Maghrib berjemaah yang dilakukan di bilik khas di restoran tersebut.

"Semasa puasa pertama dan kedua, saya bersahur dan berbuka puasa di Tambunan, Sabah. Satu pengalaman baru dapat berbuka di lokasi pengambaran," katanya mengakhiri perbualan.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2007 11:25 AM | Show all posts

Reply #1 Syd's post

Eik..cam mr freddie plak yg jadi tuan director.
Siap nak suh cepatkan penggambaran bagai.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2007 11:27 AM | Show all posts
toke kebau mcm tu lah

kebau diam jer

angguk2, geleng2

Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2007 11:31 AM | Show all posts

Reply #3 Syd's post

Hari biasa shooting...hujung minggu pun kena penuhi undangan.
Sanggup tu tiap minggu habiskan masa 3 jam nak gi KL semata-mata.
Nak balik tambunan 3 jam lagi.
Kalau aku, tak koser..duk jer dendiam dalam hutan tu ha.
Ni la masa nak enjoy the scenery, gi rumah bakal ker (ahaks)..kiranya cam holiday la jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2007 11:31 AM | Show all posts

Reply #2 kekekek's post

klu pengambaran lambat siap... mawi x leh ambik show lain.. poket astro & maestro nanti kempis plak
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2007 11:33 AM | Show all posts
Originally posted by kekekek at 18-9-2007 11:31 AM
Hari biasa shooting...hujung minggu pun kena penuhi undangan.
Sanggup tu tiap minggu habiskan masa 3 jam nak gi KL semata-mata.
Nak balik tambunan 3 jam lagi.
Kalau aku, tak koser..duk jer de ...



kite je x sanggup.. mawi sanggup nasib badan la...

bila la kontrak mawi nak habis dgn maestro.. ke kontrak seumur hidup selagi popular
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-9-2007 11:37 AM | Show all posts

Reply #6 redsentra's post

Kalau ikut ori kontrak 3 tahun kan?
Maknanya tahun depan la kot.
Aku baca kat artikel and blog joe lee semua cakap mawi nampak penat giler.
Giler la mr freddy nih.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2007 11:38 AM | Show all posts
Originally posted by kekekek at 18-9-2007 11:31 AM

Hari biasa shooting...hujung minggu pun kena penuhi undangan.
Sanggup tu tiap minggu habiskan masa 3 jam nak gi KL semata-mata.
Nak balik tambunan 3 jam lagi.
Kalau aku, tak koser..duk jer dendiam dalam hutan tu ha.
Ni la masa nak enjoy the scenery, gi rumah bakal ker (ahaks)..kiranya cam holiday la jugak.


  ntah2 dh pegi dah....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-9-2007 12:00 PM | Show all posts
orang keje kontrak pun
takde badan2 sengal kena keje teruk mcm nih
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2007 12:03 PM | Show all posts

Reply #7 kekekek's post

actually.. kontrak asal 3 thn tapi last yr aku dgr member aku ckp... mawi dah kena tambah lagi setahun.... jadinya tahun ni x tau derang tambah ke idak.. so dari thn lepasnya kiraan.. kontrak mawi 4 tahun ... yg lain2 3 thn atau dilepaskan awal
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2007 12:04 PM | Show all posts
Originally posted by Syd at 18-9-2007 12:00 PM
orang keje kontrak pun
takde badan2 sengal kena keje teruk mcm nih


org keje kontrak pun ada ikut jam.. habis masa balik umah tidur ke jenjalan ke

mawi jenjalan pun kena buat gak shooting utk astro
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2007 12:11 PM | Show all posts
"Saya kena berlakon memanjat air terjun dan melakonkan aksi kejar-mengejar dengan 'Saliha'.



Macamlah tak biasa kejar-kejar pompuan
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2007 12:15 PM | Show all posts

Reply #12 houdini's post

Kejar mengejar la dini.
Maknanya, kejar dan dikejar.
Macam org yang seronok berada bersama Mawi tu biarpun seketika cuma...dia pun mengejar juga.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2007 12:20 PM | Show all posts
yg ni satu lagi yg tak munasabah mas AE2007

"Saya turut terlibat dengan show lain pada malam itu. Walaubagaimanpun saya sempat menghadiri karpet hijau yang dilakukan lebih awal," kata Mawi.


Sanggup naik genting semata-mata nak tunjuk muka kat karpet hijau AE2007 pastu berlari lak gi show kat PWTC.
Mana la tak penat, benda yg tak payah buat pun dia gi gak.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2007 12:20 PM | Show all posts
Originally posted by houdini at 18-9-2007 12:11 PM



Macamlah tak biasa kejar-kejar pompuan


kejar yang ni lain sikit, dia kena loncat2 cam antu pocong
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2007 01:39 PM | Show all posts
seksa batin kalau xder coverage ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


putri_greentown This user has been deleted
Post time 18-9-2007 02:03 PM | Show all posts
Originally posted by kekekek at 18-9-2007 11:37 AM
Kalau ikut ori kontrak 3 tahun kan?
Maknanya tahun depan la kot.
Aku baca kat artikel and blog joe lee semua cakap mawi nampak penat giler.
Giler la mr freddy nih.


mrk sibuk nak carik untung aje... cian mawi... bpk nak meninggal pun tak dickpnya... aperla maestro nie... suka sgt manipulate org..
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2007 02:14 PM | Show all posts
Originally posted by tikusmondok at 18-9-2007 01:39 PM
seksa batin kalau xder coverage ni


alasan tiap hujung minggu balik kl sbb ada event but actually nak 'cover' line tu
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2007 02:24 PM | Show all posts
huh! kesian mawi. actually mawi dah hint2 yg perjalanan ke keningau agak memenatkan.
tapi freddie ni tak paham2 betoi.
taulah nak celen dgn adik dia sapa lebih kaya.. (adik dia takper buat serbis kapal tobang, dia guna mawi sorang utk buat hasil juta2)
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2007 05:00 PM | Show all posts
Originally posted by Syd at 18-9-2007 11:19 AM
Mawi rindu suasana puasa di kampung
18-09-2007 09:58:19 AM
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ Biarpun sibuk dengan pengambaran filem Aduh Saliha, Mawi tetap meluangkan masa menghadiri majlis berbuka pua ...

"ada bulan puasa ini, kami akan mengurangkan penggambaran siapa pengarah ni? M.Nasir kisahke apa fredie minta ? dan lebih kepada membuat kerja amal dan Marhaban. Lagipun banyak pihak yang membuat permintaan dengan Mawi bersama rumah kebajikan.

"Jadi, kami merancang untuk melakukan penggambaran pada hari biasa dan program amal dijadualkan pada hari minggu sahaja. Kami akan cuba menamatkan penggambaran filem ini secepat mungkin tetapi masih mengekalkan kualiti yang diinginkan," ujar Freddie.



Fredie ni ada masalah mata ngan perasaan ke? :@
takkan tak nampak org penat
takkan tak tahu manusia punya limit :@
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 02:59 PM GMT+8 , Processed in 0.205709 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list