CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30748|Reply: 261

SEHATI BERDANSA <TAHNIAH Vee & Shidi>

[Copy link]
Post time 11-9-2007 01:02 PM | Show all posts |Read mode
Vanida teringin jadi penari
11-09-2007 12:11:33 PM
oleh WAHIDA ASRANI
Baru saja dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-20 (FFM20) baru-baru ini, Vanida Imran nampaknya ingin berubah angin untuk bergelar penari pula.

Bukan saja dirinya, malah aktes jelita ini juga akan turut disertai oleh suaminya yang juga pelakon terkenal, Rashidi Ishak.

"Sebenarnya kami berdua akan sertai sebuah program realiti terbitan Astro tidak lama lagi dan program itu ialah sebuah pertandingan tarian.

Vee dan suami akan sertai pertandingan menari (Foto The Star oleh Chua Kok Hwa)
"Menariknya, pertandingan ini hanya akan melibatkan selebriti termasuk ahli sukan dan pasangan masing-masing di mana syaratnya mereka perlulah pasangan suami isteri.  

"Gembira sangat apabila saya dan Rashidi dipilih oleh Astro untuk sertai pertandingan ini bersama tujuh selebriti dan pasangan mereka nanti.

"Nasib baik saya ada sedikit asas menari, tetapi yang susahnya suami sayalah sebab dia memang tidak tahu menari langsung," ujar Vanida atau lebih mesra dipanggil Vee ini.

Menurut pelakon berusia 34 tahun ini, memandangkan konsep yang menampilkan selebriti tempatan menyertai program realiti seperti itu belum pernah dilakukan di sini, ia pastinya menjadi satu program yang menghiburkan kelak.

"Program tersebut akan bermula seminggu selepas Hari Raya nanti dan jika tidak salah saya, antara selebriti yang akan sertai nanti ialah Radhi OAG dan isteri serta Cat Farish dan isteri.

"Persembahan kami nanti juga akan dinilai sebanyak 50 peratus oleh juri profesional, 50 peratus lagi menerusi SMS dan setiap minggu juga akan ada penyingkiran. Akan ada hadiah untuk pertandingan itu, tetapi saya sendiri belum pasti tentang perkara tersebut," kata Vee lagi.

Ujarnya, walaupun dia dan suami masing-masing bukanlah penari profesional, tetapi peluang seperti ini memang amat ditunggu-tunggu oleh Vee yang memang mempunyai minat di dalam bidang ini.

"Saya suka menari sebenarnya. Bila menonton filem yang berkisarkan tarian seperti yang dilakonkan Richard Gere dan J.Lo, saya selalu bayangkan dapat menari seperti itu.

"Jadi, bila diberi peluang macam ini, mengapa saya perlu tolak? Lagipun dalam program itu nanti, kami akan diajar oleh koreografer tentang pelbagai jenis tarian termasuklah hip-hop dan tradisional.

"Tapi, buat masa ini, saya dan suami tidak ikuti mana-mana kelas tarian. Kami menari bersama di rumah saja jika berkesempatan," kata Vee dalam nada ceria.

Vee tidak pernah 'demand' selepas menang FFM20

Tidak pernah 'demand'

Kejayaan yang diraihnya di FFM20 baru-baru ini tidak pernah dijadikan Vee sebagai satu 'alasan' untuk demand terhadap tawaran-tawaran berlakon yang diberikan kepadanya.

Walaupun ibu kepada dua cahayamata ini akui mungkin persepsi pihak tertentu kepadanya akan berubah, namun bagi Vee sendiri, gelaran Pelakon Wanita Terbaik yang dianugerahkan kepadanya itu tidak pernah membuat dirinya alpa terhadap niat sebenar dirinya bergelar anak seni.

"Gelaran itu sama sekali tidak 'mengganggu' saya. Tidak semestinya gelaran itu bermaksud saya terbaik dalam segala-galanya.

"Saya masih seperti biasa kerana lakonan adalah kerjaya saya, periuk nasi saya.

"Sebab itu selepas menang, saya tetap pergi sesi ujibakat. Malah, saya terima tawaran bekerja dengan pengarah baru seperti James Lee untuk filem Histeria, walaupun hanya sebagai special appearance," ujar Vee.

Katanya lagi, sehingga hari ini, dia tidak pernah terfikir untuk menutup periuk nasi sendiri dengan berkelakuan seperti itu hanya semata-mata dirinya kini adalah antara pelakon tersohor di negara ini.

"Saya tidak nampak apa untungnya kalau saya buat macam itu. Kerjaya tetap kerjaya. Dulu memang saya teringin ingin bekerja dengan pengarah-pengarah yang berpengalaman, tetapi bila dapat bekerja dengan James, saya lihat dia cukup bagus walaupun masih baru.

"Baru-baru ini saya hadiri juga ujibakat untuk sebuah filem terbitan produksi dan pengarah baru. Saya tidak kisah bekerja dengan siapa pun, asalkan skripnya bagus dan tidak mengganggu jadual saya yang lain, saya tidak ada masalah," kata Vee.





[ Last edited by  AyieBoyZ at 30-12-2007 12:04 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2007 03:36 PM | Show all posts
Ala nak tiru Dancing with the Stars plak kerr???
Cuma bezanya...suami isteri kena menari sama

Mungkin nak cari peserta biasa nak dipasangkan ngan artis, ramai yg taknak kot...
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2007 12:31 AM | Show all posts
pengacaranye LO & FA?


[ Last edited by  ugly_duckling at 8-10-2007 03:01 AM ]
Reply

Use magic Report

1127lili This user has been deleted
Post time 1-10-2007 02:18 AM | Show all posts
Originally posted by ColbyRaikkonen at 11-9-2007 03:36 PM
Ala nak tiru Dancing with the Stars plak kerr???
Cuma bezanya...suami isteri kena menari sama

Mungkin nak cari peserta biasa nak dipasangkan ngan artis, ramai yg taknak kot...



&#1573;&#1616;&#1606;&#1617;&#1614; &#1575;&#1604;&#1617;&#1614;&#1584;&#1616;&#1610;&#1606;&#1614; &#1610;&#1615;&#1581;&#1616;&#1576;&#1617;&#1615;&#1608;&#1606;&#1614; &#1571;&#1614;&#1606; &#1578;&#1614;&#1588;&#1616;&#1610;&#1593;&#1614; &#1575;&#1604;&#1618;&#1601;&#1614;&#1575;&#1581;&#1616;&#1588;&#1614;&#1577;&#1615; &#1601;&#1616;&#1610; &#1575;&#1604;&#1617;&#1614;&#1584;&#1616;&#1610;&#1606;&#1614; &#1570;&#1605;&#1614;&#1606;&#1615;&#1608;&#1575; &#1604;&#1614;&#1607;&#1615;&#1605;&#1618; &#1593;&#1614;&#1584;&#1614;&#1575;&#1576;&#1612; &#1571;&#1614;&#1604;&#1616;&#1610;&#1605;&#1612; &#1601;&#1616;&#1610; &#1575;&#1604;&#1583;&#1617;&#1615;&#1606;&#1618;&#1610;&#1614;&#1575; &#1608;&#1614;&#1575;&#1604;&#1618;&#1570;&#1582;&#1616;&#1585;&#1614;&#1577;&#1616; &#1608;&#1614;&#1575;&#1604;&#1604;&#1617;&#1614;&#1607;&#1615; &#1610;&#1614;&#1593;&#1618;&#1604;&#1614;&#1605;&#1615; &#1608;&#1614;&#1571;&#1614;&#1606;&#1578;&#1615;&#1605;&#1618; &#1604;&#1614;&#1575; &#1578;&#1614;&#1593;&#1618;&#1604;&#1614;&#1605;&#1615;&#1608;&#1606;&#1614;
Arab dance Views: 1,973,092
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2007 12:46 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2007 09:02 PM | Show all posts
Originally posted by ColbyRaikkonen at 11-9-2007 03:36 PM
Ala nak tiru Dancing with the Stars plak kerr???
Cuma bezanya...suami isteri kena menari sama

Mungkin nak cari peserta biasa nak dipasangkan ngan artis, ramai yg taknak kot...


kita mintak tukar format kerana sedar akan sensitiviti agama Islam. oleh itu lebih sesuai digandingkan mereka yang sudah berkahwin.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-10-2007 09:37 PM | Show all posts

Reply #6 sultanmuzaffar's post

aku ada baca senarai.. ternampak nama radhi oag dan wife... bleh ke radhi tu?

yang lain aku ingat, anne ngasri ngan laki dia (kot tak silap aku..)..

daripada amik husband n wife, baik amik adik beradik.. sebab husband n wife tu kalo tak ngam cam boring je..
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2007 04:42 PM | Show all posts
Originally posted by hanalisa at 21-10-2007 09:37 PM
aku ada baca senarai.. ternampak nama radhi oag dan wife... bleh ke radhi tu?

yang lain aku ingat, anne ngasri ngan laki dia (kot tak silap aku..)..

daripada amik husband n wife, baik  ...


yg tak boleh menari tu lah yg best ditengok. boleh korang kutuk2 pas tuh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2007 08:33 AM | Show all posts
selain kat atas tu couple lain yg aku perasan si azman adnan/as feminin, reizman/kartina
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2007 12:30 PM | Show all posts
bila show ni tayang kt tv yer???
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2007 03:00 PM | Show all posts
dlm astro guide dah ada senarai artis yg join Sehati Berdansa..

kapel yg terlibat.. mmg dah confirm:

1) Naszriah Ngasri (Anne Ngasri) - Abd Wafi

2) Raja Putri Atilia (Atilia) - Ariff Johan

3) Azman Adnan (yg football tu) - Asfarina Muhammad (ex-feminin)

4) Rohaizah Nordin (Haiza) - Norhanafpe Omar

5) Muhd Radhi Razali (Radhi OAG) - Shazlin Sharif

6) Raianna A Rahman (Rai) - Zain Shah

7) Mohd Rizman (Rizman Khuzaimi) - Kartina Ayoob

8) Vanidah Imran (Vanida) - Rashidi Ishak

Dah siap dgn talian undi dah.. jgn.. jgn tak undi.. undi..
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2007 07:21 PM | Show all posts
Sehati Berdansa

http://www.astro.com.my/sehatiberdansa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-10-2007 01:09 PM | Show all posts
Linda Jasmine & E'e Juri Profesional Sehati Berdansa

Pasangan ini berpengalaman sebagai Guru Tarian untuk Akademi Fantasia. Pasangan ini juga mempunyai pasukan penari hebat yang telah mewarnai dunia seni dan hiburan tempatan. Kini, pasangan ini bakal memikul satu tanggungjawab berat sebagai Juri Sehati Berdansa. Tanpa perlu diperkenalkan dengan lebih lanjut, Sehati Berdansa berbangga dengan penglibatan Linda Jasmine & E'e dalam program realiti terbaru di Astro RIA ini.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-10-2007 01:15 PM | Show all posts


Linda Onn, Fahrin Ahmad dan Awal Hos Sehati Berdansa

Pasangan yang hangat diperkatakan sedang bercinta ini bakal menggalas tanggungjawab sebagai Hos Program Malam Sehati Berdansa dan Debaran Sehati Berdansa. Pasangan yang dimaksudkan ialah Linda Onn dan Fahrin Ahmad. Pemenang Anugerah Penyampai Radio Wanita Popular enam kali berturut-turut itu akan digandingkan bersama pelakon popular masa kini dan pastinya bakal meninggalkan kesan yang bukan sedikit kepada penonton Astro RIA. Turut terlibat sebagai Hos Program Di Sebalik Sehati Berdansa ialah Awal yang pernah mengemudi rancangan Beat TV.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2007 08:57 AM | Show all posts
Sehati Berdansa uji bakat selebriti menari

SELAMA ini, para peminat sudah biasa menonton lakonan pelakon dan penyanyi pujaan mereka di kaca televisyen (TV) ataupun persembahan nyanyian mereka di atas pentas.

Bagaimanapun, menerusi sebuah program TV realiti Sehati Berdansa pula, para peminat akan berpeluang menyaksikan ramai penyanyi dan pelakon menunjukkan bakat menari.

Malah, melalui program TV realiti terbaru terbitan Astro Ria itu, selebriti seperti bekas pemain bola sepak, hoki dan pembaca berita juga akan mempamerkan kebolehan mereka menari bersama pasangan masing-masing.

Menurut Ketua Program Melayu Astro TV, Mohd. Haris Ismail, Sehati Berdansa diterbitkan bagi menunjukkan bakat terpendam yang ada di kalangan selebriti daripada pelbagai bidang.

揝elain itu, tujuan kita mengadakan program ini supaya setiap pasangan terutamanya suami isteri dapat berseronok dengan menjadikan tarian sebagai tali penghubung ikatan perhubungan mereka,
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2007 09:22 PM | Show all posts

Sehati Berdansa - adakah sama dgn Dancing With The Stars?

Hari ni belek-belek surat khabar Harian Metro, tiba2 mata memandang satu iklan Astro ms R8 di sebelah kiri terdapat satu program di Astro RIA iaitu Sehati Berdansa - Program Realiti berdansa bersama selebriti dan kalau anda translate ayat itu jadilah dancing with the stars...bukan begitu? Dah takde idea lain ke sampai nak tiru citer siri realiti terbitan ABC di US tu...

Antara selebriti yang berdansa :
1. ATILIA
2. RADHI
3. HAIZA
4. RIZMAN
5. RAI
6. AZMAN ADNAN
7. VANIDA IMRAN dan RASHIDI ISHAK
8. ANNE NGASRI

sesiapa yg ada astro siasatla adakah ini format asal siri dari US itu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2007 09:43 PM | Show all posts
mungkin kot
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2007 09:48 PM | Show all posts
CONFIRM!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2007 10:07 PM | Show all posts
wowwww..so nice..
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2007 10:37 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2024 12:46 AM GMT+8 , Processed in 0.080095 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list