CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5304|Reply: 0

kemalangan di rumah byk melibatkn ank2..

[Copy link]
Post time 3-8-2007 04:41 PM | Show all posts |Read mode
Memang sifat semula jadi kanak-kanak mudah tertarik dengan benda-benda yang berada di sekeliling mereka. Sebagai ibu bapa atau penjaga kanak-kanak jangan dibiarkan mereka bersendirian tanpa pengawasan atau sentiasa peka dengan benda-benda yang boleh mendatangkan bahaya kepada mereka.

Paling penting mengambil langkah berjaga-jaga terhadap apa juga yang boleh mendatangkan bahaya kepada kanak-kanak. misalnya dengan memasang pengadang tangga atau pintu rumah.

Banyak kejadian yang tidak diingini yang melibatkan kanak-kanak berlaku di rumah.

panduan kemalangan bagaimana mengelakkan kejadian tidak diingini terbitan Unit Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia mengariskan beberapa pekara yang boleh diambil ingatan oleh ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang masih kecil.

* Paling penting jangan membiarkan anak-anak bermain seorang diri di tempat yang tinggi dikhuatiri mereka akan terjatuh.

* Pada peringkat usia tertentu umpamanya dua hingga tiga tahun kanak-kanak suka memanjat.

Bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini jangan letakkan sebarang benda berdekatan dengan tingkap dan awasi tingkah laku mereka.

* Mungkin kita leka dengan tugas di rumah seperti mencuci lantai dengan bahan pencuci bersabun atau mengelap lantai. Anak kecil yang leka bermain besar kemungkinan akan tergelincir di atas pemukaan bersabun yang licin.

Oleh itu lap lantai dengan segera bagi mengelakkan mereka tergelincir.

* Simpan semua permaidani yang berlipat dan pastikan tiada barang yang bersepahan di lantai.

* Pisau atau benda-benda tajam hendaklah disimpan di tempat yang tidak boleh dicapai oleh mereka.

* Letakkan kipas angin di tempat yang tinggi dan tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak.

* Jika hendak menghias rumah elakkan membeli perabot yang dibuat daripada kaca kerana bahan ini mempunyai risiko ke atas kanak-kanak yang sifat semula jadinya lasak dan suka menepuk meja.

* Mancis, pemetik api dan rokok hendaklah diletak jauh daripada kanak-kanak.

* Begitu juga dengan kedudukan soket di dinding rumah, biasanya di rumah-rumah baru soket diletakkan di bawah hingga mudah dicapai kanak-kanak.

Ada kanak-kanak yang gemar memasukkan jari mereka dalam lubang soket, bagi memastikan anak anda selamat gunakan penutup soket.

* Kemalangan juga boleh berlaku jika dapur atau barang-barang di atas dapur tidak diletakkan dengan betul. Sebaiknya cerek air panas hendaklah di letakkan jauh ke tengah agar tidak dapat dicapai oleh kanak-kanak.

* Ketika memasak air halakan muncung cerek ke dalam. Begitu juga ketika memasak nasi dalam periuk elektrik jangan biarkan wayar bergantungan dan mudah dicapai oleh kanak-kanak.

* Seterika hendaklah diletak di tempat yang selamat, jika diletakkan di atas meja menggosok, pastikan kedudukan meja stabil dan wayarnya berlilit rapi.

* Semua ubat-ubatan hendaklah disimpan di tempat yang selamat, sebaiknya di tempat menyimpan yang berkunci.

Bagi mengelakkan kekeliruan, simpanlah dalam bekas yang asal agar diketahui jenis ubat dan kandungannya.

Jika kanak-kanak tertelan atau termakan hendaklah dibawa ke hospital atau ke klinik berdekatan dengan segara dengan membawa sekali contoh ubat, bungkusan atau botolnya.

Ubat yang tidak digunakan mestilah dibuang, ditanam atau dibakar.

* Jika menyimpan botol yang berisi minyak tanah, hendaklah diletakkan di tempat menyimpan atau kabinet dapur yang tinggi agar tidak mudah di capai kanak-kanak.

Apabila disyaki kanak-kanak telah terminum minyak tanah walaupun sedikit cepat-cepatlah membawanya berjumpa doktor.

Jangan menggunakan garam dan air untuk merangsang muntah, juga jangan memaksa mereka muntah kerana cairan dari perut mungkin memasuki paru-paru dan ini boleh merbahayakan mereka.

* Begitu juga dengan pencuci di rumah, simpanlah di tempat yang selamat jauh daripada kanak-kanak.

Jika terminum, cepat-cepatlah memberikan kanak-kanak terbabit segelas air atau susu (jangan lebih dari itu) jika dia masih boleh menelan. Jangan beri berlebihan dikhuatiri dimuntahkan kembali.

Jangan dirangsang kanak-kanak muntah dengan memberi limau masam atau cuka. Sebaliknya bawalah ke hospital atau ke klinik.

Jika terperecik ke kulit atau mata, cuci dengan air yang banyak sehingga tiada lagi merasa pedih.

* Racun makhluk perosak terdapat hampir di semua rumah. bahan ini berbahaya jika ditelan oleh kanak-kanak, terkena kulit atau dihidu ke dalam paru-paru.

Jangan sekali-kali menggunakan bekas racun yang kosong untuk menyimpan makanan serta minuman.

Bagi menjamin keselamatan dan tidak tersalah ambil jangan disimpan berdekatan makanan atau bersama makanan. Sebaiknya diletak di tempat berasingan.

Jika terkena pada pakaian, rendam dalam air, bersihkan kuku dan kulit dengan sabun. Bawalah anak anda ke hospital.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Sejauh mana 'old school'nya anda..
fahdramliSejauh mana 'old school'nya anda
Views : 56228 Replies : 149
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 196999 Replies : 4559
JOM test mata korang?
fahdramliJOM test mata korang?
Views : 30625 Replies : 167
(QUIZ) Which Disney Princess Are You Based on What You Eat?
Ladyreverie(QUIZ) Which Disney Princess Are You Bas
Views : 26655 Replies : 100
Aneka Salad Yang Mudah & Menyihatkan
simpletongohAneka Salad Yang Mudah & Menyihatkan
Views : 4964 Replies : 29
Classic Butter Cake
Markonah_7Classic Butter Cake
Views : 4435 Replies : 30
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 74296 Replies : 2984
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73366 Replies : 315
Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "saya kecewa dengan prestasi kerja kamu". Apa yang korang nak jawab?
admin6Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "say
Views : 4144 Replies : 4
Novel yang berbekas di hati anda
fahdramliNovel yang berbekas di hati anda
Views : 57323 Replies : 183

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 03:59 AM GMT+8 , Processed in 0.228581 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list