View: 18070|Reply: 33
|
Siapa pandai hal ehwal cukai?
[Copy link]
|
|
Saya ni dah kerja 10 tahun tak pernah buka fail cukai. Penyata cukai memang
dapat tapi tak pernah isi atau pulangkan balik, tapi selama tu segala resit-resit apa-
apa benda yang boleh dipotong cukai seperti zakat, derma, beli buku, computer
memang di simpan.
Kalau saya nak buka fail cukai sekarang banyak ke kena denda? Kena isi balik
borang selama 10 tahun ke? Boleh lagi ke resit-resit diguna untuk claim.
Kalau kena denda/bayar boleh bayar ansuran ke sekaligus?
Sesiapa yang arif tolong advise ye |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 bayo's post
Aku nie nak kate pandai tuh tak ler...tapi bapak aku pesara LHDN dan die penah bagitau aku kalau kita layak bayar cukai tapi tak penah declare dah jadik satu kesalahan.
Kat sini ko beritahu yang ko dah terima borang penyata cukai tapi ko tak penah antar balik.
Cuba tengok balik undang-undang yang berkaitan:
Kesalahan dilakukan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 jika :
1. Tidak memberitahu kelayakan untuk dikenakan cukai ( Subseksyen 77(2) atau 77(3))
2. (a) Lewat mengemukakan Borang Nyata (Subseksyen 77(1) dan 77(1A))
(b) Isteri anda gagal melaporkan punca pendapatannya selepas membuat pengakuan dalam Borang Nyata.
3. (a) Lewat mengemukakan Borang Nyata selepas 2 tahun ketika kes diaudit atau disiasat
(b)Menipu dan menyembunyikan pendapatan.
4. Gagal mematuhi Notis.
5. Pembayar cukai syarikat gagal mengemukakan anggaran mengikut subseksyen 107C(2), 107C(3) dan 107C(4)(a). |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Senarai denda-denda dan Penalti
1. Tidak memberitahu kelayakan untuk dikenakan cukai ( Subseksyen 77(2) atau 77(3))
10% dari jumlah cukai yang dikenakan tertakluk kepada minimum RM 300 dan maksimum RM 5,000.
2. (a) Lewat mengemukakan Borang Nyata (Subseksyen 77(1) dan 77(1A))
(b) Isteri anda gagal melaporkan punca pendapatannya selepas membuat pengakuan dalam Borang Nyata.
Kadar Penalti Di Bawah Subseksyen 112(3)
A. Kes Penggajian (SG) (kecuali Pengarah Syarikat terkawal)
Kesalahan | Kadar Atas Cukai yang Dikenakan | Min ( RM ) | Mak ( RM ) | Pertama | 2% | 50 | 100 | Kedua | 5% | 100 | 200 | Ketiga | 10% | 150 | 300 | Keempat | 10% | 200 | 500 | Kelima | 10% | 250 | 750 | Keenam | 15% | 300 | 1,000 | Ketujuh | 15% | 350 | 1,500 | Kelapan | 15% | 400 | 2,000 | Kesembilan | 15% | 450 | 2,500 | Kesepuluh dan seterusnya | 20% | 500 | 3,000 |
B. Kes Bukan Penggajian (termasuk Pengarah Syarikat terkawal)
Kesalahan | Kadar Atas Cukai yang Dikenakan | Min ( RM ) | Mak ( RM ) | Pertama | 5% | 200 | 2,000 | Kedua | 10% | 300 | 3,000 | Ketiga | 10% | 500 | 5,000 | Keempat | 15% | 600 | 6,000 | Kelima | 15% | 800 | 8,000 | Keenam | 15% | 1,000 | 10,000 | Ketujuh | 20% | 1,200 | 12,000 | Kelapan | 20% | 1,500 | 15,000 | Kesembilan | 20% | 1,800 | 18,000 | Kesepuluh | 20% | 2,000 | 20,000 |
3. (a) Lewat mengemukakan Borang Nyata selepas 2 tahun ketika kes diaudit atau disiasat
(b) Menipu dan menyembunyikan pendapatan.
- | Kadar Penalti Di Bawah Subseksyen 113(2) |
- | Tempoh dari tarikh pengemukaan borang nyata cukai pendapatan | Kadar | Pengakuan secara sukarela sebelum kes dipilih untuk diaudit | Kurang dari 1 tahun | 15% | 1 tahun hingga kurang dari 3 tahun | 20% | 3 tahun dan ke atas | 30% | [tr][/tr]Pengakuan secara sukarela selepas pembayar cukai dimaklumkan tetapi sebelum audit dimulakan. | Tidak Berkaitan | 35% |
-- | Bagi kes yang berulang.
Kadar penalti :
Bagi setiap kesalahan yang berulang, kadar yang akan dikenakan adalah
sebanyak 10% lebih tinggi daripada kadar penalti yang telah dikenakan
atas kesalahan terdahulu, tetapi tidak melebihi 100% daripada jumlah
cukai yang terkurang dikenakan.
Bagi kes-kes Penyiasatan :
Kadar penalti : | - | A. | Bagi kesalahan menyembunyikan pendapatan dalam Borang Nyata tanpa sokongan penyata akaun kerana kelalaian (Negligence). | 60% | B. | Bagi kesalahan menyembunyikan pendapatan dalam Borang Nyata yang disertakan dengan penyata akaun kerana kelalaian yang disengajakan (Wilful Default). | 75% | C. | Bagi kesalahan penipuan pendapatan sama ada dalam Borang Nyata atau penyata akaun dengan sengaja (Fraud). | 100% | D. | Penipuan secara sengaja dan berterusan | Tidak kurang dari 100% |
|
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
4. | Gagal mematuhi Notis.
Kadar kompaun |
Kesalahan | Bayaran Kompaun | Pertama | - RM 200 ke RM 300 | Kedua | - RM 300 ke RM 500 | Ketiga | - RM 500 ke RM 700 | Keempat | - RM 700 ke RM 1,000 | Kelima dan seterusnya | - Minimum RM 800 dan maksimum RM 2,000 |
5. | Pembayar cukai syarikat gagal mengemukakan anggaran mengikut subseksyen 107C(2), 107C(3) dan 107C(4)(a).
Kadar kompaun |
Anggaran Cukai Kena Bayar | Bayaran Kompaun | RM 500 dan kurang | RM 300 | RM 501 hingga RM 1,000,000 | RM 500 | RM 1,000,001 dan lebih | RM 1,000 |
Ehsan: http://www.hasilnet.org.my/melayu/bm_NO4_6.asp |
|
|
|
|
|
|
|
Ko keja dengan swasta atau gomen? Sebab kalau tak silap aku ade skim potongan cukai untuk pekerja kalau ko takde mase nak beratur dan bayar cukai sendiri.
Mungkin selama 10 tahun nie ko bz takde mase nak gi LHDN utk jelaskan cukai ko, tapi maybe pasni ko leh guna skim potongan gaji ajer, lagi senang. |
|
|
|
|
|
|
|
aku kerja gomen...tapi hal cukai ni hal sendiri buat. kat Kementerian aku memang
ramai buat cam ni, sebab nak pencen/berhenti nanti baru bukak fail...senang tolak dengan duit imbuhan yang dapat tu, tak terasa lah teruknya.
so sekarang ni aku nak berhentilah...so kena setel semua cukai tu kalau nak duit
imbuhan kerajaan...ni yang aku tak tahu nak start kat mana.
ada kenal ke mana-mana ejen cukai sekitar Kajang/bangi/Putrajaya? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #6 leeza_terbilang's post
mak ai..dah nak pencen baru nak bukak fail..selama tu tak pernah bayar income tax ke? |
|
|
|
|
|
|
|
aku pulak...declare ajer lebih...byrnyer idok |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #6 leeza_terbilang's post
|
|
|
|
|
|
|
berapa gaji minimum yang dikenakan cukai pendapatan..secret ni baru setahun bekerja..so far tak tahu kena bayar cukai ke idak.. |
|
|
|
|
|
|
|
income lebih 24,600 baru kena bayar.
[ Last edited by kEk_KeL@d| at 27-3-2007 12:36 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #11 kEk_KeL@d|'s post
RM 24,600 setahun kan? |
|
|
|
|
|
|
|
bulan ni admin akaun aku bgtau aku tiba2 plak kena potong income tax...naper ntah.. walhal aku baru ja dapat insentive sket..bukannya tiap2 bulan pun dapat insentif..basic pun baru 2 lebih ja.. sekali insentiv baru 3K.. ni mmg wajib kena potong ker? aku ni buta hal2 cukai ni so terima ja la seadanya...
nak tanya 24,600 setahun tu pendapat bersih ke aper? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #13 kembara's post
Pendapatan tahunan kasar rasenya...
Ko keja govt ke swasta? |
|
|
|
|
|
|
|
Aku pulak memang dah ada fail....dah penah bayar pun sejak aku mula kerja...tapi since aku ambik vss tahun 2001...dah start business sendiri....memang aku tak pernah bayar....nak bayar mcmana pun aku tak tau...sebab berniaga sendiri ni pendapatan tak tetap...ada masanya dulu2 menganggur takde job. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by melayucyber at 28-3-2007 09:59 AM
Aku pulak memang dah ada fail....dah penah bayar pun sejak aku mula kerja...tapi since aku ambik vss tahun 2001...dah start business sendiri....memang aku tak pernah bayar....nak bayar mcmana pun ...
ko kene bagitahu LHDN jugak.walaupun pendapatan tak tetap tapi rekod pendapatan tiap bulan kene simpan.nanti dah terkumpul lama LHDN tahu habis lah lagi leceh kalau audit diaorg dah masuk.
dulu aku pernah gak argue dgn pegawai audit tu mana dia nak tahu kita kerje atau tak kalau kita tak bagitahu diaorg?
diaorg kata skrg diaorg dah ada link ngan JPJ,bank dll... so diaorg tahu harta yg kita ada.logiknya kalau nama kita naik ada kereta yg installment sebulan RM1000 takkan kita nak cakap kita tak de kerje dan tak berpendapatan... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ni maksudnya pendapatan yg lom pototng seme tu laa yer.. |
|
|
|
|
|
|
|
Potongan cukai berjadual PCB, ini hanya membantu spy, cukai yg sebenarnya tidak lah terlalu byk/berat utk dibayar hujung tahun nanti. Macam aku, walaupun dibuat PCB, masih lagi kena top-up dalam beberapa ratus lagi cukai, sebab tak cukup...
Pada sesiapa yg bekerja, kita masih kena declare berapa pendapatan kita dan diakhirnya nanti, kalau tak cukup jumlah pendapatan utk dicukai, LHDN tak akan kenakan cukai... yg penting kita isytihar jumlah pendapatan dan isi borang atau skrg buat efilling je...
So, bila kerja shj, bukak lah fail, walaupun kita rasa gaji kita kecik, tp at least kita dah settlekan apa yg sepatutnya dan tidak dikenakan denda kerana tidak memulangkan borang dsb nya...
Aku rasa sejak tahun pertama lg aku dah bukak fail cukai, wpun masa tu, selepas aku declare pun masih tak kena cukai... Tak nak jd mcm kawan aku, buat derk je, kena denda beribu2 sbb tak byr cukai... |
|
|
|
|
|
|
|
aku byr zakat je, pastu masuk dlm lhdn, dpt la cukai terlebih byr.... |
|
|
|
|
|
|
|
sy lak baru dpt borg dorg pos last year.....trs dftar e-filing then taun ni pon buat gak.....mmg tak kene tax sbb income tak ckup byk..... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|