CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 140415|Reply: 282

GYMNASTIC

[Copy link]
Post time 3-12-2006 02:19 PM | Show all posts |Read mode
saper minat gymnastic??
gymnastic artistic or gymnastic rhythmic...?

cecco lebih suke rhythimic...seronok  jer tgk diorg tergedik melompat2..


commonwealth game:
ALEXANDRA ORLANDO - 1st


DURRATUN - 2nd



All-round rhythmic individual
GOLD Alexandra Orlando (Canada)
SILVER Durratun Rosli (Malaysia)
BRONZE Yana Tsikaridze (Canada)



doha 2006 :
YANG

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2006 06:11 AM | Show all posts
gymnastic...

haku minat acara ni tapi minat tengok jer lah..

nak join skali mungkin tidakkk... bdn ku keras cam besi dah takleh lembut lagi dah

kut bengkok badan ku maka kena ketuk laa plak kat workshop kasi string balik :lol
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2006 08:42 AM | Show all posts

Reply #1 a.ceCCo's post

minat gak tengok..especially gimrama..teruja betul tgk diaorang beraksi teruatamnya from russia..terliur dibuatnya..buat aku geram jer..hehehe :bgrin:
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2006 09:49 AM | Show all posts
Nurul Fatiha layak ke babak akhir walau cedera

DOHA
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2006 09:50 AM | Show all posts
Shu Wai yakin boleh

DOHA - Gimnas Olimpik Ng Shu Wai mempunyai harapan untuk menggondol pingat emas pertama negara dalam sukan gimnastik pada Sukan Asia ke-15 di sini apabila peringkat akhir acara melombol lelaki berlangsung Rabu ini.

Dalam pusingan kelayakan individu kese luruhan dua hari lepas, Shu Wai menempat kan diri di tempat ke-14 dengan 87.8 mata keseluruhan terkumpul dan mengungguli acara melombol dengan 16.375 mata.

憫Memang, kami amat mengharapkan dia akan memenangi sebutir pingat dalam acara melombol,
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2006 10:28 AM | Show all posts
Post Last Edit by HangPC2 at 7-8-2009 10:45

Sukan Asia: China raih emas, Korea pintas Jepun



JUARA dunia, China memenangi emas seperti dijangkakan dan Korea Selatan memintas Jepun untuk pingat perak dalam acara berpasukan pada acara gimnastik Sukan Asia, kelmarin.


Sambil menampilkan lima daripada enam gimnas yang memenangi gelaran dunia pada Oktober lalu, ia adalah gelaran kali ke sembilan berturut-turut China dalam acara itu di Sukan Asia.

Pasukan China diketuai Cheng Fei, juara dunia bagi acara melombol dan senaman lantai, mencatat 239.400 mata, jauh di depan Korea Utara yang mencatat mata keseluruhan 228.550. Jepun menamatkan acara dengan 225.950 mata.

Kami tidak dapat mata yang saya rasakan kami berhak dalam acara palang bertingkat tetapi keputusan keseluruhan membuatkan saya rasa kami perlu berusaha lebih keras sebelum pusingan kelayakan Sukan Olimpik Beijing, kata atlit Jepun, Miki Uemura.

Atlit lain China yang memenangi pingat emas berpasukan ialah Han Bing, He Ning, Pang Panpan, Zhang Nan dan Zhou Zhuoru.

Atlit veteran, Zhang berkata pasukannya beraksi dengan baik.

Mereka sedikit gementar dan tertekan pada permulaan, tapi mereka beraksi sangat baik dalam acara palang imbangan dan senaman lantai, kata Zhang.

Pegawai China berkata mereka tidak berapa pasti sama ada Cheng, yang dilaporkan cederayang tidak dapat dipastikan, akan menyertai acara All-around's. Cheng sudah mengambil bahagian dalam acara melombol dan senaman lantai - acaranya dalam Kejohanan Dunia - di Doha.

Jurulatih kami sedang menimbangkannya, tapi setakat ini kami masih belum membuat keputusan, kata jurulatih Lu Shanzhen. Dia memiliki kemampuan untuk menang pingat emas (apparatus) dalam acara senaman lantai dan melombol, jadi kami perlu melindunginya.




- AP
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 6-12-2006 01:56 AM | Show all posts
Originally posted by a.ceCCo at 3-12-2006 02:19 PM


silap!!!! yang nih dari china la...bukan malaysia....

:nerd:
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2006 08:38 AM | Show all posts
Originally posted by cyclops_psycho at 5-12-2006 08:42 AM
minat gak tengok..especially gimrama..teruja betul tgk diaorang beraksi teruatamnya from russia..terliur dibuatnya..buat aku geram jer..hehehe :bgrin:



:setuju:

sama gak...aku minat el regina tajuddin..komenwel 98.. :nerd:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2006 08:59 AM | Show all posts
Post Last Edit by HangPC2 at 7-8-2009 10:46

Perak tapi Shu Wai catat sejarah artistik


KAKI kanan yang hampir terkeluar daripada kawasan sebaik mendarat dalam lompatan pertama memaksa Ng Shu Wai sekadar berpuas hati dengan rangkulan pingat perak dalam acara melombol di gelanggang gimnastik Aspire, malam tadi.

Namun pencapaian itu tetap menghasilkan rasa bangga Shu Wai kerana ia adalah juga pingat sulung pernah dimenangi skuad gimnastik artistik negara dalam sejarah penyertaan di Sukan Asia.

Saya sedikit kecewa kerana sasaran peribadi ialah memenangi emas. Tetapi pingat perak ini tetap bermakna kerana ia adalah pingat pertama daripada sukan gimnastik, kata Shu Wai.

Shu Wai menghimpun jumlah purata 16.487 mata selepas dua lompatan, hanya 0.138 mata kurang daripada pemenang emas, Ri Se Gwang dari Korea Utara ( 16.625 mata). Pingat gangsa acara itu dimenangi gimnas Kazakhstan, Yernar Yerimbetov.

Mengulas lompatannya, Shu Wai berkata dia gagal mengawal imbangan ketika mendarat dalam lompatan pertama tetapi berjaya mengelak daripada terjatuh yang mampu mengakibatkan dia gagal meraih mata tinggi.

Namun kesilapan itu menyaksikan Shu Wai sekadar meraih 16.325 mata daripada lompatan berkenaan, sebelum memperbaikinya pada lompatan kedua mengumpul jumlah 16.650 mata.

Pingat perak ini adalah juga sesuatu yang menggembirakan selepas segala kerja keras dan usaha selama ini. Saya berterima kasih kepada jurulatih, Zhang Jun, yang melatih saya sejak tiga tahun lalu, katanya.

Sejurus kemenangan itu juga, Shu Wai bingkas mahu mengalih tumpuan kepada temasya Sukan Sea dan Kejohanan Dunia, yang mampu memberikannya tiket ke Olimpik 2008 di Beijing, China.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2006 10:31 AM | Show all posts
Originally posted by toaster at 7-12-2006 08:38 AM



:setuju:

sama gak...aku minat el regina tajuddin..komenwel 98.. :nerd:


dia gimnas yg plg cun bagi aku kat mesia nih.. :love:
dia buat apa skrg ek?yg aku tahu dia pernah study kat upm..la ni tak tau watpe..
nak cari pic n then tempek kat cnie.. :love:
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2006 10:57 AM | Show all posts
Originally posted by cyclops_psycho at 7-12-2006 10:31 AM


dia gimnas yg plg cun bagi aku kat mesia nih.. :love:
dia buat apa skrg ek?yg aku tahu dia pernah study kat upm..la ni tak tau watpe..
nak cari pic n then tempek kat cnie.. :love:





:love:

no 2 dari kanan...ni je la gamba yg aku jumpe..kalu skrg ni msti lagi lawa minah nih...
cair siyut...

[ Last edited by  toaster at 7-12-2006 10:59 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2006 11:16 AM | Show all posts
Post Last Edit by HangPC2 at 7-8-2009 10:47

Sukan Asia: Yang Wei tiada tandingan


GIMNAS China, Yang Wei meneruskan dominasi dalam acara gimnastik artistik apabila berkongsi pingat emas disiplin palang sejajar untuk bersama rakan senagaranya, Li Ning mendahului senarai pemenang pingat dalam acara itu.

Yang berkongsi hadiah itu bersama gimnas Korea Selatan, Kim Dae-eun untuk mengekalkan rekod kemenangan yang sama iaitu sebanyak lapan pingat emas di temasya itu.

Pingat yang dimenangi itu adalah sama rata buat kali ke-11 di temasya itu sekalipun Li kekal sebagai gimnas paling berjaya di Sukan Asia dengan kelebihan satu perak berbanding Yang.

Pingat terakhir Yang adalah keempat buatnya di Sukan Asia. Dia hampir terlepas mencipta rekod untuk pungutan pingat pada acara terakhir apabila menamatkan saingan di kedudukan keempat dalam disiplin palang tunggal.

Semuanya berakhir, kata Yang kepada agensi berita China, Xinhua.

Saya hanya mahu mendapatkan tidur yang nyenyak dan bercuti adalah yang terbaik.

Jepun mencapai keputusan yang sangat baik di Sukan Olimpik Athens dan sasaran kami ialah mengalahkan mereka. Antara lelaki dan wanita bagi acara gimnastik, China meraih 11 emas, manakala Jepun mendapat dua.

Kadangkala kamu menang dan ada masa mereka yang menang. Itulah pertandingan, kata Yang.

Dalam kategori gimnastik artistik wanita, Zhang Nan berjaya mengatasi kesukaran imbangan dalam rutinnya untuk meraih emas dalam acara palang imbangan, sekali gus meraih emas ke-100 bagi gimnastik buat China di Sukan Asia.

Kutipan 15.00 mata yang diperolehnya adalah terendah dalam jumlah semua apparatus peringkat akhir. Perak diraih rakan sepasukannya, Han Bing dan peserta Jepun, Miki Uemura mendapat gangsa.

Zhang mengikut jejak langkah rakan senegaranya, Chen Cuihing sebagai gimnas artistik wanita terbaik di Sukan Asia, kedua-dua gimnas itu meraih enam pingat emas.


- Reuters -
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-12-2006 01:29 AM | Show all posts
who know pukul brapa rhythmic gymnastic pd 9-10 dec start?coz cecco nak kena booking tv la..:nerd:

please,sesape tahu?
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2006 07:44 AM | Show all posts
Post Last Edit by HangPC2 at 7-8-2009 10:48
Originally posted by toaster at 7-12-2006 10:57 AM







no 2 dari kanan...ni je la gamba yg aku jumpe..kalu skrg ni msti lagi lawa minah nih...
cair siyut...

teringat masa Sukom 98 dulu penuh stadium... banyak lelaki termasuk aku... semua pakat sorak El Regina Tajuddin





El Regina Tajudin




19, University undergraduate, Commonwealth Games (1998), Rhythmic Gymnastics Gold
medallist, firmly believes "LaMila" keeps her in good shape and provides her with
the extra energy to face her hectic daily routine


The 14th Malaysia Property Award 2006




Sunway City Bhd senior MD Datuk Wong Choon Kee and senior executive of finance & investors (Sunway Holding Incorporated Berhad) El Regina Tajudin






http://www.linkedin.com/pub/1/06b/370





http://www.youtube.com/watch?v=9yPCwc0Una0


Status : Sudah Berkahwin Dan Menetap Di Australia


Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2006 09:05 AM | Show all posts
mlm nie kan gimrama kalo x silap aku.... cedey gak durratun x dpt main...
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2006 12:39 PM | Show all posts
Originally posted by HangPC2 at 9-12-2006 07:44 AM


teringat masa Sukom 98 dulu penuh stadium... banyak lelaki termasuk aku... semua pakat sorak El Regina Tajuddin :nerd:


Gambar Terbaru El Regina Tajuddin

http://img184.imageshack.us/img1 ...


cayalah....:nerd:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2006 01:22 PM | Show all posts
Originally posted by toaster at 9-12-2006 12:39 PM


cayalah....:nerd:


keje kat sunway mesti masyukk banyak nih...
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2006 07:55 PM | Show all posts

Reply #17 HangPC2's post

senior executive finance & investor  tu... :hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2006 08:22 PM | Show all posts
Originally posted by sickchild at 9-12-2006 09:05 AM
mlm nie kan gimrama kalo x silap aku.... cedey gak durratun x dpt main...

frust gak durratun tak masuk sukan asia thn ni.
dgr citer sbb dia alami kecederaan masa latihan.
kalo tk bley tlg utk team all-round event.
individual lak at least bley dpt gangsa ke.

utk sukan asia ni cabaran gimrama dtg dari kazakhstan, china & jepun.

currently, kita no 4 utk team. individual lak finalnya esok.

*mana pegi topik gimrama dulu ek? terdelete ke?

[ Last edited by  sayangidaku at 9-12-2006 08:30 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2006 08:34 PM | Show all posts

info dari topik gimrama yg lama...(nasib baik jumpe kt google cache)

senarai gimnas(gimrama) negara yg pernah mengharumkan nama negara-

sea games 1989
-faiznur miskin(5 pingat emas-sea games 1989)

sea games 1991-manila-pingat emas berpasukan
-farah hani imran-(pingat emas individu)
-carol low
-chee wai lin

sea games 1993 singapore-pingat perak berpasukan(kalah dgn thailand)
-farah hani imran -(pingat perak individu)
-Chee Wai Lin
-Carol Low
-Christina Loke kit May

sea games 1995 thailand-pingat perak berpasukan (kalah dgn thailand lagik)
-Farah Zelinnah Kemal- (3 pingat perak acara individu)
-Goh Siew Chuan,
-Siew Wei Seong

sea games 1997 jakarta-pingat perak berpasukan
-farrah zellinah kemal
-thye chee kiat-(pingat emas individu sukan sea jakarta 1997)
-sarina sundarajah
-carolyn au yong

sukom 98 KL-pingat emas berpasukan
-thye chee kiat
-el regina tajuddin
-sarina sundarajah
-carolyn au yong
-farrah zellinah digugurkan dr senarai gimnas ke sukom.



sea games 2003 & 2005 & sukan komanwel 2006 melbourne
-durratun nashihin rosli - 4 pingat emas-sea games 2003, 4 pingat perak sukom 06'
-lim wen chean @ crystal lim
-foong seow ting - 4 pingat emas -sea games 2005

info diperoleh dari>> http://juliaazim.blogdrive.com/archive/1.html
dan >> http://kiahariana.blogspot.com/


[ Last edited by  sayangidaku at 9-12-2006 08:35 PM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 01:31 AM GMT+8 , Processed in 0.070358 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list