CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6389|Reply: 97

Mulia sangatkah Mawi?

[Copy link]
Post time 19-10-2006 06:19 AM | Show all posts |Read mode
Wed | Oct 18, 06 | 09:34:03 AM
Oleh Nasaruddin Alias

aya merasakan industri hiburan masa kini amat tidak adil sama sekali. Ditambah pula dengan sikap dan semangat fanatik peminat sesesorang penyanyi yang menjadikan dunia hiburan terutamanya nyanyian kini bertambah lesu.

Bagus sangatkah Mawi? Mulia sangatkah Mawi? Dan agung sangatkah Mawi? Persoalan sebegini hanya boleh dijawab oleh peminat Mawi sendiri dan mereka yang menaruh simpati kepada anak kelahiran baru dalam dunia seni hiburan. Saya merasakan di dalam keadaan sekarang ini Mawi amat rimas dengan popularitinya. Mungkin juga saya rasa sekali fikir, Mawi akan terkenangkan kehidupan normalnya di kampung dan bebas bergaul dengan sesiapa sahaja.

Hakikatnya Mawi sendiri yang mahukan dirinya terjerumus ke alam dunia glamor dan popular. Sekurang-kurangnya dunia baru Mawi ini telah merubah gaya dan cara hidupnya. Dengan pendapatan yang cukup lumayan, Mawi sebenarnya boleh bangga dengan kemewahan yang diperolehi dengan sekelip mata sahaja.

Perlu diingat, kedudukan Mawi yang sangat selesa kini tidak akan menjadi kenyataan tanpa sokongan fanatik dan teramat mengagung-agungkan Mawi sehingga seolah-olah Mawi sudah menjadi "tuhan" peminat "gila" ini.

Sehinggakan Mawi tidak mahu bersentuhan dengan pelakon atau penyanyi wanita menjadi isu besar dalam dunia hiburan. Ditambah pula wartawan hiburan tempatan seolah-olah sudah "menyampah" dengan sikap Mawi yang jauh berubah berbanding dengan penampilan beliau pada awal pembabitan dalam dunia glomor ini.

Ini bukan isu sebenarnya tetapi cerita yang diperbesar-besarkan oleh fanatik Mawi kerana telah menganggap Mawi sudah seperti tuhan mereka. Ramai lagi artis yang tidak bersentuh dengan wanita apabila berlakon dan mengapa pula cerita Mawi sebegini mendapat tempat? Fanatik Mawi seolah-olah ingin menunjukkan kepada rakyat negara kita ini bahawa Mawi seorang yang alim ulama, warak dan berciri-ciri Islam.

Tahukah mereka karektor Mawi sebenarnya?. Ditambah pula dengan pengakuan Mawi sendiri yang tidak mahu bersentuh dengan wanita. Bagi saya ini semua adalah gimik dunia hiburan yang mempergunakan Islam sebagai pelaris dan pemujuk supaya peminat lebih setia. Boleh percayakah Mawi tidak pernah bersentuh dengan perempuan?.

Kepada peminat fanatik Mawi janganlah anda tertipu dengan gimik dan tipu helah dalam dunia hiburan. Yang sangat menghairankan isu tidak mahu bersentuh dengan pelakon wanita dalam filem terbaru beliau menjadi topik perbualan hangat sehinggakan SMS di telefon bimbit saya juga menjadi sasaran dengan kiriman SMS yang menagih simpati sama ada Mawi boleh bersentuh tangan dengan pelakon wanita atau tidak?

SMS yang dikirimkan oleh seorang peminat "berani mati" Mawi ini ingin mendapatkan undian dari saya agar mereka boleh menghantar sesuatu berbentuk "petisyen" kepada pengarah dan penerbit filem tersebut.

Begitu hebat pengaruh Mawi sehinggakan inilah SMS pertama yang saya terima seumur hidup saya yang mahukan kita menyatakan sokongan Mawi tidak boleh bersentuh dengan pelakon wanita. Apa sudah jadi dengan peminat fanatik Mawi sekarang ini?.

Saya rasa peminat fanatik Mawi seperti sudah tiada apa lagi yang hendak di buat di bulan puasa ini. Selain makan, minum dan bekerja, saya rasa hidup mereka sudah di kuasai oleh "kuasa Mawi" yang begitu hebat dan seperti sudah syirik pula. Celik mata terus teringat Mawi. Nak tidur pun teringat Mawi. Alangkah elok diperbanyakkan ibadat di bulan yang paling mulia dalam agama Islam ini daripada sibuk menghantar SMS. Si penghantar SMS itu saya penuh keyakinan, Mawi langsung tidak mengenali beliau.

Mengapa mentaliti orang Melayu sudah jadi sebegini? Seolah-olah seperti sudah tiada lagi penyanyi lain di dunia ini. Kadang-kadang terfikir juga mengapa sampai begini jadinya orang Melayu yang menjadi terlampau setia dan taksub kepada seseorang yang hanya insan biasa?. Mawi bukan tuhan mahupun nabi.

Saya cadangkan supaya ambil satu hari dan tidak menyiarkan berita Mawi sama ada di media cetak, corong radio, tv mahupun media elektronik. Apakah penyokong "berani mati kerana Mawi" ini akan melakukan sesuatu yang diluar dugaan?. Kita tunggu dan lihat.

Rata-rata peminat fanatik dan "gila" Mawi adalah mereka yang baru berjinak-jinak dengan industri hiburan. Kebanyakan mereka orang kampung yang tidak terdedah dengan hiburan secara total. Lebih-lebih lagi mereka yang berkupiah dan bertudung yang penampilan berbentuk Islam terpikat dengan Mawi kerana dia boleh azan, mengaji, bermarhaban dan muka seri Mawi yang berjanggut sikit.

Juga ramai peminat Mawi terdiri daripada gadis bertudung yang kononya mengharapkan suatu hari nanti Mawi akan terpikat dan bernikah dengan mereka. "Gila" sebegini sudah ada di kalangan fanatik Mawi. Yang lelakinya dulu sibuk dengan lagu nasyid yang memenuhi koleksi album sama di dalam kereta mahu pun di rumah.

Kemunculan Mawi sudah seperti bertukar arus genre muzik mereka daripada nasyid berkumpulan kepada penyanyi solo. Sebabnya muka Mawi ada mirip-mirip golongan kumpulan nasyid yang menjadi idola mereka dulu. Jadi itu sebab mereka fanatik "gila" terhadap Mawi kerana artis lain yang baru seperti Zahid, Vince dan Adam genre muziknya "haram" pada mereka kerana lebih kepada R & B, pop dan rap.

Pada mereka genre muzik sebegini adalah haram dan tidak "Islamic". Itulah makanya Mawi popular di samping ada juga golongan yang mengimpikan "hansome" Mawi akan mengiringi mimpi indah mereka di malam hari.

Jika tidak percaya lihatlah orang yang macam mana yang memenuhi konsert Mawi? Orang macam mana yang membeli album Mawi?. Kebanyakannya adalah "newcomers" peminat industri hiburan. Dulu jika mereka hendak pergi konsert Search atau Ella mesti kena marah dengan ibu bapa mereka kerana konsert tersebut tidak Islam. Sekarang emak bapak benarkan kerana Mawi "idola" dan "maskot" berciri Islam, walaupun anak mereka yang menonton konsert Mawi dengan pasangan mereka sambil berpelukan dan berpegangan tangan.

"Islam celup" sebeginilah yang suatu ketika dahulu mengharamkan muzik tetapi kini boleh kerana "maskot" mereka sudah muncul dalam dunia muzik negara. Manusia bertopeng sebegini amat merbahaya.

Raja SMS se-Malaysia ini telah mengubah industri hiburan masa kini. Hakikat yang perlu di terima, ramai penyanyi sudah tidak boleh cari makan dan tidak banyak album penyanyi baru mahupun yang lama berada di pasaran sekarang. Ada pun album kompilasi yang lebih bersifat mengumpulkan lagu-lagu terbaik dalam satu album dan mengharapkan belas kasihan peminat untuk membelinya.

Sudahlah lambakan album penyanyi Indonesia menguasai pasaran sekarang ini, ditambah pula dengan fenomena Mawi. Memanglah sendiri punya "taste" untuk minat kepada sesiapa dan sendiri punya duit untuk membeli album sesiapa pun. Tetapi promosi dan penampilan hebat Mawi, telah membuat ia menakluk industri hiburan masa kini. Tidak cukup dengan itu, segala bentuk industri di negara kita sibuk mengambil Mawi sebagai duta jenama mereka dan model iklan. Daripada kereta sehinggalah mee segera. Daripada telefon bimbit sehinggalah ke air minuman dalam tin.

Yang jelas, peminat industri hiburan tempatan sekarang yang tidak sukakan Mawi terpaksa beralih kepada album-album penyanyi dari Indonesia untuk melayan halwa telinga mereka. Tiada album baru dari penyanyi tempatan membuatkan album dari seberang pula yang laku. Ini kerana penyanyi tempatan takut mengeluarkan album baru kerana takut tidak laku dan tidak popular. Dengan kata lain mereka tidak boleh mencari makan seperti dulu lagi.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
SUMBER HARAKAHDAILY.NET

Mesti ramai geng badut melenting dengan artikel ni. Nak tengok jugak 'sederhana' manakah geng2 badut marah ngan artikel ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2006 07:30 AM | Show all posts
tapikan DT, artikel ni melampaulah. Tak hairan ada fans yang marah. Terlalu emosional.....teruk mana pon depa minat, takkan boleh disamakan dengan Tuhan. Penulis ni dikuasai emosi yang  melampau masa menulis. Bahaya kalau dia tuduh fans Mawi bertuhankan Mawi.
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2006 07:44 AM | Show all posts
wuish... satu tuduhan yg berat oleh penulis.
Ape yg menybbkan dia menulis sedemikian rupa?
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2006 07:48 AM | Show all posts
Bodonya artikel penulis ni...dia ni takder kerja lain agaknya.
Asyik terpikir pasal Mawi jer ker?
Takder artis lain ker kat malasyia?

[ Last edited by  kekekek at 19-10-2006 08:22 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2006 07:53 AM | Show all posts
Rata-rata peminat fanatik dan "gila" Mawi adalah mereka yang baru berjinak-jinak dengan industri hiburan. Kebanyakan mereka orang kampung yang tidak terdedah dengan hiburan secara total. Lebih-lebih lagi mereka yang berkupiah dan bertudung yang penampilan berbentuk Islam terpikat dengan Mawi kerana dia boleh azan, mengaji, bermarhaban dan muka seri Mawi yang berjanggut sikit.

Juga ramai peminat Mawi terdiri daripada gadis bertudung yang kononya mengharapkan suatu hari nanti Mawi akan terpikat dan bernikah dengan mereka. "Gila" sebegini sudah ada di kalangan fanatik Mawi. Yang lelakinya dulu sibuk dengan lagu nasyid yang memenuhi koleksi album sama di dalam kereta mahu pun di rumah.



emosional giler...:lol
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2006 08:07 AM | Show all posts
Originally posted by icelemontea at 19-10-2006 07:53 AM
Rata-rata peminat fanatik dan "gila" Mawi adalah mereka yang baru berjinak-jinak dengan industri hiburan. Kebanyakan mereka orang kampung yang tidak terdedah dengan hiburan secara total.  ...


Tolong sikit...
Banyak golongan profesional jgk meminati mawi kerana mereka pernah merasa apa yang mawi rasa. Kenapa istilah berjinak digunakan. Meminati mawi tidak perlu berjinak2... tapi atas kerelaan sendiri. Muak dgn artis bandar-bandar yang sedia ada...!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-10-2006 08:21 AM | Show all posts
emosional giler kehkehkeh
masa buat artikel ni tengah sembelit agaknya,sambil lagu mawi kuar kat corong radio dia :lol
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2006 08:24 AM | Show all posts
ape la yg penulis ni meroyankan? pelik betul. Isu Mawi takmo bersentuhan tu bukannya peminat fanatik mawi yang mulakan or yang kecuhkan. Aku rasa fans mawi sikit pun tak heran. Yang mulakan semua ni ialah wartawan dan Rosyam Nor.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2006 08:24 AM | Show all posts
Originally posted by icelemontea at 19-10-2006 07:53 AM
Rata-rata peminat fanatik dan "gila" Mawi adalah mereka yang baru berjinak-jinak dengan industri hiburan. Kebanyakan mereka orang kampung yang tidak terdedah dengan hiburan secara total.  ...


Ada harapan Mawi dieksploit this coming GE.
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2006 08:25 AM | Show all posts
Apahal laa si penulis nie.. over emosional sgt...Agak nye dlm hati dia..tuh bengkek jer ngan Mawi... Apa laa Mawi dah wat salah ngan dia yer..
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2006 08:27 AM | Show all posts
Apa apa saja lah nasaruddin alias.. :gantuk::gantuk:
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2006 08:28 AM | Show all posts
Originally posted by kekekek at 19-10-2006 08:24 AM


Ada harapan Mawi dieksploit this coming GE.


untuk pancing undi orang2 kampung yang tidak terdedah dengan hiburan secara total. :lol

depa pandang rendah orang kampung nooo
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2006 08:31 AM | Show all posts
Aku tak faham halatuju artikel neh?

Aku setuju sangat dengan tajuk dia, Mawi tu manusia biasa cam kita gak, buat silap sokmo2. Tapi bila aku baca isi artikel, apa ke hal tulis meraban giler? Siapa yg mula2 gegarkan berita pasal pegang tangan tu? Siapa yg melatah mula2? Aku dah tak follow sangat sembang2 di MFC, so tak tau le kot kalau ada peminat yg melatah sama macam wartawan?
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2006 08:33 AM | Show all posts
ikut suka memasing...dah penulis suka nak tulis cam tu..biar jelah...
negara demokrasi.. boleh suarakan pendapat peribadi....
Reply

Use magic Report

DelailaUlrich This user has been deleted
Post time 19-10-2006 08:50 AM | Show all posts
ISK ISK ISK kesian penulis nih.. die pon keliru dgn penulisan wartawan ke?
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2006 08:52 AM | Show all posts
Originally posted by ikz at 19-10-2006 08:33 AM
ikut suka memasing...dah penulis suka nak tulis cam tu..biar jelah...
negara demokrasi.. boleh suarakan pendapat peribadi....

Pendapat yang teramat ler bodohnya.
Aku peminat mawi tapi tak ler sampai nak tido ingat mawi, bangun tido ingat mawi
tuduhan menyamakan mawi ngan tuhan itu TERAMATLAH BODOHNYA.
mana ada fan mawi yang menyamakan mawi ngan tuhan ?
menuduh peminat mawi syirik?...... dosa besar tuh nasarudin weh.
kalau kami tak maafkan ko, tanggung ler kat akhirat kelak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2006 09:03 AM | Show all posts
Bodohnyer penulis ini?? saper yg menjadikan mawi tuhan??
lagi satu saper yg mpbesarkan isu mawi x mahu bersentuhan
peminat mawi atau reputz senggal yg tak henti2 membuat temubual
&provikasi terhadap artis2 lain... reputz weii if nak tulis tu buat lah
research dlulu n research tu jgn ko telek kat paper harakah sbb kat sana
tak ada citer psl artis tanah air... cuba belek2 sikit paper lain k...

yg jelas nasaruddin alias ni penulis desprate!!

[ Last edited by  tasha at 19-10-2006 09:08 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2006 09:12 AM | Show all posts
aku ingat abe peyno yg tulis tadi :lol
langsung tak stuju....tgk thread PAM tue ade ke fuji2 mawi.........
Reply

Use magic Report

DelailaUlrich This user has been deleted
Post time 19-10-2006 09:19 AM | Show all posts
saya merasakan industri hiburan masa kini amat tidak adil sama sekali. Ditambah pula dengan sikap dan semangat fanatik peminat sesesorang penyanyi yang menjadikan dunia hiburan terutamanya nyanyian kini bertambah lesu.


itu bukan masalah ko.. nape lak susah2 pk psl industry hiburan ni tak adil ke adil ke..bukan ade hakim yg boleh tentukan.. semuanya peminat..ikut suka la depa la..

Bagus sangatkah Mawi? Mulia sangatkah Mawi? Dan agung sangatkah Mawi? Persoalan sebegini hanya boleh dijawab oleh peminat Mawi sendiri dan mereka yang menaruh simpati kepada anak kelahiran baru dalam dunia seni hiburan. Saya merasakan di dalam keadaan sekarang ini Mawi amat rimas dengan popularitinya. Mungkin juga saya rasa sekali fikir, Mawi akan terkenangkan kehidupan normalnya di kampung dan bebas bergaul dengan sesiapa sahaja.


tererrnyer ko dpt bace isi hati org lain..

Hakikatnya Mawi sendiri yang mahukan dirinya terjerumus ke alam dunia glamor dan popular. Sekurang-kurangnya dunia baru Mawi ini telah merubah gaya dan cara hidupnya. Dengan pendapatan yang cukup lumayan, Mawi sebenarnya boleh bangga dengan kemewahan yang diperolehi dengan sekelip mata sahaja.

Perlu diingat, kedudukan Mawi yang sangat selesa kini tidak akan menjadi kenyataan tanpa sokongan fanatik dan teramat mengagung-agungkan Mawi sehingga seolah-olah Mawi sudah menjadi "tuhan" peminat "gila" ini.


fitnah yg paling tak berasas... statement yg di dorong oleh hasad dengki yg amat sgt. org kata kalau benci kat org berpada2..esok2 nanti jadi suka.. padan muke ko!

Sehinggakan Mawi tidak mahu bersentuhan dengan pelakon atau penyanyi wanita menjadi isu besar dalam dunia hiburan. Ditambah pula wartawan hiburan tempatan seolah-olah sudah "menyampah" dengan sikap Mawi yang jauh berubah berbanding dengan penampilan beliau pada awal pembabitan dalam dunia glomor ini.


bodow nyer..bape kali nak bgtau..die taknak bersentuhan dgn heroin filem tu sebab taknak timbul gossip.. tau2 je la wartawan hiburan malaysia nih kan cikai2..

Ini bukan isu sebenarnya tetapi cerita yang diperbesar-besarkan oleh fanatik Mawi kerana telah menganggap Mawi sudah seperti tuhan mereka. Ramai lagi artis yang tidak bersentuh dengan wanita apabila berlakon dan mengapa pula cerita Mawi sebegini mendapat tempat? Fanatik Mawi seolah-olah ingin menunjukkan kepada rakyat negara kita ini bahawa Mawi seorang yang alim ulama, warak dan berciri-ciri Islam.


citer ape yg di pebesar2kan?? pi balik sekolah dulu... shuh shuh..

Tahukah mereka karektor Mawi sebenarnya?. Ditambah pula dengan pengakuan Mawi sendiri yang tidak mahu bersentuh dengan wanita. Bagi saya ini semua adalah gimik dunia hiburan yang mempergunakan Islam sebagai pelaris dan pemujuk supaya peminat lebih setia. Boleh percayakah Mawi tidak pernah bersentuh dengan perempuan?.


kami tahu die bersentuhan dgn pompuan.. tak dinafikan.. ko emo sgt neh pehal.. dia raba mak ko kot..

Kepada peminat fanatik Mawi janganlah anda tertipu dengan gimik dan tipu helah dalam dunia hiburan. Yang sangat menghairankan isu tidak mahu bersentuh dengan pelakon wanita dalam filem terbaru beliau menjadi topik perbualan hangat sehinggakan SMS di telefon bimbit saya juga menjadi sasaran dengan kiriman SMS yang menagih simpati sama ada Mawi boleh bersentuh tangan dengan pelakon wanita atau tidak?


psl SMS tu...naseb lu la brother..org lain x dapat pon??

SMS yang dikirimkan oleh seorang peminat "berani mati" Mawi ini ingin mendapatkan undian dari saya agar mereka boleh menghantar sesuatu berbentuk "petisyen" kepada pengarah dan penerbit filem tersebut.


ko tensyen lelebey lepas geram watpe..bukan mawi yg sms..kalo tak suke toksah layan..bukan ko ken ebayar pon kalau ko terima sms tu.

Begitu hebat pengaruh Mawi sehinggakan inilah SMS pertama yang saya terima seumur hidup saya yang mahukan kita menyatakan sokongan Mawi tidak boleh bersentuh dengan pelakon wanita. Apa sudah jadi dengan peminat fanatik Mawi sekarang ini?.


jadi ape?? ade yg jadi cikgu, ade yg jadik loyer, ade yg jadik pelajar, ade yg jadik pekerja pengkeranian.. ahahahahahaha

Saya rasa peminat fanatik Mawi seperti sudah tiada apa lagi yang hendak di buat di bulan puasa ini. Selain makan, minum dan bekerja, saya rasa hidup mereka sudah di kuasai oleh "kuasa Mawi" yang begitu hebat dan seperti sudah syirik pula. Celik mata terus teringat Mawi. Nak tidur pun teringat Mawi. Alangkah elok diperbanyakkan ibadat di bulan yang paling mulia dalam agama Islam ini daripada sibuk menghantar SMS. Si penghantar SMS itu saya penuh keyakinan, Mawi langsung tidak mengenali beliau.


Alangkah elok diperbanyakkan ibadat di bulan yang paling mulia dalam agama Islam ini daripada sibuk menghantar surat lepas geram dan memfitnah pemiant mawi.

Mengapa mentaliti orang Melayu sudah jadi sebegini? Seolah-olah seperti sudah tiada lagi penyanyi lain di dunia ini. Kadang-kadang terfikir juga mengapa sampai begini jadinya orang Melayu yang menjadi terlampau setia dan taksub kepada seseorang yang hanya insan biasa?. Mawi bukan tuhan mahupun nabi.


mmgla bukan tuhan atau nabi. sape kata?

Saya cadangkan supaya ambil satu hari dan tidak menyiarkan berita Mawi sama ada di media cetak, corong radio, tv mahupun media elektronik. Apakah penyokong "berani mati kerana Mawi" ini akan melakukan sesuatu yang diluar dugaan?. Kita tunggu dan lihat.


good idea..pegi la wat petition hantar pada kementerian..aku sudi turunkan tandatangan bg puaskan hati ko.

Rata-rata peminat fanatik dan "gila" Mawi adalah mereka yang baru berjinak-jinak dengan industri hiburan. Kebanyakan mereka orang kampung yang tidak terdedah dengan hiburan secara total. Lebih-lebih lagi mereka yang berkupiah dan bertudung yang penampilan berbentuk Islam terpikat dengan Mawi kerana dia boleh azan, mengaji, bermarhaban dan muka seri Mawi yang berjanggut sikit.


ko pon mesti dr kampung ulu gak kan?? statement mcm katak baru kuar dr bawah tempurung..

Juga ramai peminat Mawi terdiri daripada gadis bertudung yang kononya mengharapkan suatu hari nanti Mawi akan terpikat dan bernikah dengan mereka. "Gila" sebegini sudah ada di kalangan fanatik Mawi. Yang lelakinya dulu sibuk dengan lagu nasyid yang memenuhi koleksi album sama di dalam kereta mahu pun di rumah.


opss excuse me.. ade gak yg tak pakai tudung..neh mesti awek mintak clash sebab jatuh chenta dgn mawi..patutla hangen semacam..

Kemunculan Mawi sudah seperti bertukar arus genre muzik mereka daripada nasyid berkumpulan kepada penyanyi solo. Sebabnya muka Mawi ada mirip-mirip golongan kumpulan nasyid yang menjadi idola mereka dulu. Jadi itu sebab mereka fanatik "gila" terhadap Mawi kerana artis lain yang baru seperti Zahid, Vince dan Adam genre muziknya "haram" pada mereka kerana lebih kepada R & B, pop dan rap.


ko sendiri yg menjatuhkan hukum!! org lain tak kata ape pon..

Pada mereka genre muzik sebegini adalah haram dan tidak "Islamic". Itulah makanya Mawi popular di samping ada juga golongan yang mengimpikan "hansome" Mawi akan mengiringi mimpi indah mereka di malam hari.


ek elehhh poyo giler mamat neh

Jika tidak percaya lihatlah orang yang macam mana yang memenuhi konsert Mawi? Orang macam mana yang membeli album Mawi?. Kebanyakannya adalah "newcomers" peminat industri hiburan. Dulu jika mereka hendak pergi konsert Search atau Ella mesti kena marah dengan ibu bapa mereka kerana konsert tersebut tidak Islam. Sekarang emak bapak benarkan kerana Mawi "idola" dan "maskot" berciri Islam, walaupun anak mereka yang menonton konsert Mawi dengan pasangan mereka sambil berpelukan dan berpegangan tangan.


newcomers??? kompem la ko nih dr kampung ulu2 banat..

"Islam celup" sebeginilah yang suatu ketika dahulu mengharamkan muzik tetapi kini boleh kerana "maskot" mereka sudah muncul dalam dunia muzik negara. Manusia bertopeng sebegini amat merbahaya.


skang dah ade maskot baru... ahahahahha hengau hengau

Raja SMS se-Malaysia ini telah mengubah industri hiburan masa kini. Hakikat yang perlu di terima, ramai penyanyi sudah tidak boleh cari makan dan tidak banyak album penyanyi baru mahupun yang lama berada di pasaran sekarang. Ada pun album kompilasi yang lebih bersifat mengumpulkan lagu-lagu terbaik dalam satu album dan mengharapkan belas kasihan peminat untuk membelinya.

Sudahlah lambakan album penyanyi Indonesia menguasai pasaran sekarang ini, ditambah pula dengan fenomena Mawi. Memanglah sendiri punya "taste" untuk minat kepada sesiapa dan sendiri punya duit untuk membeli album sesiapa pun. Tetapi promosi dan penampilan hebat Mawi, telah membuat ia menakluk industri hiburan masa kini. Tidak cukup dengan itu, segala bentuk industri di negara kita sibuk mengambil Mawi sebagai duta jenama mereka dan model iklan. Daripada kereta sehinggalah mee segera. Daripada telefon bimbit sehinggalah ke air minuman dalam tin.

Yang jelas, peminat industri hiburan tempatan sekarang yang tidak sukakan Mawi terpaksa beralih kepada album-album penyanyi dari Indonesia untuk melayan halwa telinga mereka. Tiada album baru dari penyanyi tempatan membuatkan album dari seberang pula yang laku. Ini kerana penyanyi tempatan takut mengeluarkan album baru kerana takut tidak laku dan tidak popular. Dengan kata lain mereka tidak boleh mencari makan seperti dulu lagi.


nasib ler penyanyi lain tuh..dah takde rezeki nak salahkan org lain..rezeki tu tuhan yg bagi cik abg oii.. nape nak pertikaikan?? nak marah tuhan?? mamat neh ckp psl agama utk mencarik salah org lain pandai.. tp lupa satu perkara yg rezeki dan segala yg kite dpt di muka bumi ni kurniaan tuhan..

so..takyah poyola nasarudin oiii...

[ Last edited by  DelailaUlrich at 19-10-2006 09:21 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2006 09:31 AM | Show all posts

Aku rasa GAM pun lebih rasional dari penulis ni

Karut yang teramat sangat la artikel dia ni....

Dari mana amik ni DTECCONAN ?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:33 PM GMT+8 , Processed in 0.332693 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list