|
Organ dalaman Norsabrina terbalik
Oleh: RAHANA MD
KASIH...Norsabrina sentiasa dilayan mesra oleh ibunya Che Tinor Kamaruddin (kanan), bapa Zulkifli Md. Nor dan abangnya Hafizul Fahmi (kiri).
--------------------------------------------------------------------------------
HAMPIR tidak ada bezanya Norsabrina Izzati Zulkifli, 2, dengan kanak-kanak sebaya yang lain.
Dia lincah bermain, melompat-lompat dan tersenyum manis bila diajak berbual-bual.
Tatkala jurugambar memintanya beraksi, dengan gaya bersahaja Sabrina memberi kerjasama yang memuaskan ketika wajahnya terakam di lensa kamera.
Norsabrina ditemui di rumahnya di Taman Seroja, Bandar Baru Sepang, Selangor baru-baru ini dengan ditemani ibu, ayah dan abangnya.
Walaupun kelihatan sihat, hakikatnya di sebalik tubuh kerdil itu tersembunyi dugaan Tuhan kepada ahli keluarga.
Ketika baru beberapa hari dilahirkan, ibunya, Che Tinor Kamaruddin, 38, seorang guru di Sekolah Kebangsaan Desa Cempaka, Sepang, Selangor, hampir meraung bila diberitahu bayi yang masih merah itu tidak ada harapan untuk hidup.
Sampai ke hari ini, kata-kata doktor itu masih terus terngiang-ngiang dan bermain dalam fikirannya. Ada kala air mata Che Tinor merembes tanpa boleh disekat-sekat.
Perasaan sedih dan pilu yang bercampur-baur itu ditenangkan suaminya, Zulkifli Md. Nor, 42, seorang pengusaha kedai kek yang tidak henti-henti memanjatkan doa agar si anak sentiasa sihat dan sejahtera seperti dua orang anaknya yang lain.
Melihat daripada luaran atau keadaan fizikalnya, Sabrina memang kanak-kanak yang sihat tetapi sebenarnya dia diduga Tuhan dengan pemberian beberapa organ yang terbalik kedudukannya di dalam tubuh.
Menurut ibunya, daripada penjelasan doktor yang merawatnya, sejak dilahirkan Sabrina mengalami masalah yang disebut Congenitally Corrected Transposition of Great Arteries atau dalam bahasa mudahnya kedudukan organ yang terbalik.
揝emasa baru dilahirkan, pihak doktor mengatakan kes yang menimpa Sabrina agak kompleks kerana kebanyakan salur-salur darah yang menghubungkan antara jantung dengan organ lain disambungkan dalam kedudukan yang bersimpang siur.
揓antungnya berlubang dan dua daripada empat 憈ingkap |
|