View: 2749|Reply: 12
|
Mufti tegur hantaran mewah
[Copy link]
|
|
Mufti tegur hantaran mewah
Oleh Zuraidah Mohamed dan Hanneeyzah Bariah Baharin
Mas kahwin tinggi dikhuatiri aib golongan kurang mampu, budaya tidak sihat
KUALA LUMPUR: Trend meletakkan nilai mas kahwin dan hantaran mewah pada masa ini dikhuatiri menjadi budaya tidak sihat sehingga boleh menimbulkan keaiban di kalangan golongan berpendapatan rendah.
Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd Tamyes Abdul Wahid, berkata dari sudut agama memang tidak menjadi kesalahan bagi mereka berkemampuan, namun perkara itu akan dinilai sebagai perbuatan menunjuk-nunjuk oleh masyarakat.
Beliau berkata, bakal pengantin tidak sewajarnya menjadikan matlamat perkahwinan berasaskan hantaran tinggi sebaliknya perlu mengutamakan kerukunan dan kebahagiaan rumah tangga pada masa depan.
Katanya, beliau juga khuatir jika perkara itu terus menjadi ikutan, matlamat perkahwinan mungkin disalah erti terutama bagi generasi muda.
揟idak dinafikan soal meletakkan nilai hantaran terpulang kepada rundingan kedua-dua pihak yang terbabit dalam perkahwinan itu tetapi kita tidak boleh bersikap riak atau menunjuk-nunjuk.
揗alah, dalam hadis Rasulullah menyatakan sebaik-baik wanita adalah yang meletakkan nilai maharnya (mas kahwin) paling rendah. Kita bukan hendak berbangga dengan mas kahwin tinggi tetapi kerukunan rumah tangga lebih penting, |
|
|
|
|
|
|
|
Saya sokong 100%..... Bleh mendatangkan riak serta ujub di hati. Secara tak langsung, riak serta ujub ini bleh menjadi penyakit berjangkit yg akan menular ke setiap hati2 orang kita. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau nak gi meminang bawak je keratan akhbar tu.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by orang_awam at 11-9-2006 04:08 PM
kalau nak gi meminang bawak je keratan akhbar tu....
:setuju::setuju: mudah-mudahan bleh mintak kurang le hantaran...... hehehe... |
|
|
|
|
|
|
|
sabda rasulullah saw: "sebaik-baik wanita adalah yang meletakkan maskahwin yang paling rendah." |
|
|
|
|
|
|
|
sekarang nie perkahwinan seolah olah satu medan perlumbaan utk melihat siapa yg meletakkan hantaran tinggi tinggi..media plak semakin berlumba lumba mencetak kat surat khabar diorg dengan memberitahu hantaran sipolan sipolan nie..siap ada statistik perbandingan antara sipolan tue dengan sipolan nie... |
|
|
|
|
|
|
|
kalau nak kawin + buat hantaran tinngi tinngi tu, tak yahlah heboh dalam paper ...arrange senyap senyap jer...taklah riak sangat |
|
|
|
|
|
|
|
setuju dgn pandangan mufti tu...
seelok2nya biarlah yg mampu oleh kedua belah pihak...
cam saya dulu, suami kata dia ada byk ni je utk hantaran, sedangkan ikutkan emak saya nak letak lagi rendah dpd yg suami mampu...tapi sebab suami dah niat nak bg byk tu, dia bagi juga..
mas kahwin kan dah ditetapkan oleh setiap majlis agama negeri, ikut sajalah...
nanti jadi trend pulak, mas kahwin pun nak jadi mahal2
anak lawa, artis ke, hantaran mesti mahal...nanti jadi anak dara tua, camana tu...? |
|
|
|
|
|
|
|
dah jadi trend org skrg(org terkenal) berlumba2 utk letak hantaran tinggi2...kekadang tu ilmu diaorg pun x derlah tinggi sgt...actually kemewahan nie pun satu ujian jugak....Allah nk tengok mcm mana hambaNya menggunakan kemewahan tue....biarlah diaorg tu nk letak mahal mana pun....yg pasti kita jaga diri kita agar x tergolong dlm golongan tue... |
|
|
|
|
|
|
bxn This user has been deleted
|
pendapat peribadi aku...
dorang punya duit dorang punya pasal laaa... mcm aku yg tak byk duit nih masa jumpa bakal mak mertua aku & abg ipar aku, dah start nego sblm meminang... baiknya bakal mak mertua aku nih tak kisah baper nak letak hantaran... wife aku pun kata baper aku mampu, then kami decide around RM5-6k je hantaran aku... tu pun kumpul sesama termasuk barag2 hantaran... kalau aku sorang, mana mampu...
so skang anak dah sorang, ok jek... kalau hantaran melambung pun tapi dalam hati cinta duit... tak guna gak, tu yg kawin kejap pastu cerai... ampesh! abih madu sepah disepah2kan...
masa kawan pun patutnya dah tau ati budi pasangan kita tu... kalau boleh cari yg BERBUDI BAHASA... kalau tak BERBUDI (BER'BODY')... biarlah BERBAHASA... kata lainnya tak kaya tapi menyenangkan hati dgn tutur katanya...
[ Last edited by bxn at 13-9-2006 10:18 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
"diaorg punya duit diaorg punya pasalla"mmg la betul tu duit diaorg....tp kita org islam....ada tatatertibnya..klau kita senyap x marah pun tanda kita x prihatin...seolah2 setuju dgn apa yg diaorg lakukan.....x malu ker bila org kafir tgk org islam nie suka boros?malu eh....
Pamer kemewahan hidup dimurkai Allah - TG Nik Aziz
Tue | Sep 05, 06 | 07:34:42 PM
Oleh Salmah Mat Husain
KOTA BHARU, 5 Sept (Hrkh) - Pelbagai pihak terus mempertikaikan gaya hidup mewah yang kini cuba diterapkan melalui media elektronik, di mana ia langsung dianggap tidak membina pemikiran ummah.
Mereka menganggap penonjolan yang cuba dilakukan itu tidak sesuai dengan usaha-usaha kerajaan melahirkan pemikiran kelas pertama seperti dihasratkan Perdana Menteri sebelum ini.
Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat turut tidak ketinggalan meluahkan rasa kesalnya terhadap pendedahan gaya hidup mewah dipamerkan melalui perkahwinan seorang artis baru-baru ini.
"Cara berkenaan memberi gambaran masyarakat Melayu masih gemar menonjolkan kemewahan sehingga sanggup berhabis hanya untuk majlis-majlis perkahwinan.
"Bermewah-mewah itu amat dimurkai Allah Taala," katanya ketika diminta mengulas majlis perkahwinan penyanyi nombor satu negara, Siti Norhaliza Taruddin dengan Dato' Khalid Mohd Jiwa yang disiarkan secara langsung baru-baru ini.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, telah terang lagi jelas dalam al-Quran menggambarkan orang yang suka bermewah-mewah adalah sebahagian daripada penghuni neraka.
Menurutnya adalah lebih baik wang yang banyak didermakan kepada anak-anak yatim, golongan miskin dan mereka yang memerlukan bantuan.
"Kenapa dok tonjol kepada orang ramai, habis banyak pula, apa erti semuanya ini. Dari dia buat begitu ada baiknya buat dana bagi bantuan kepada orang miskin," ujarnya.
Majlis perkahwinan Siti Norhaliza dan Dato' K mendapat liputan meluas oleh media tempatan termasuk luar negara baru-baru ini.
Media turut mendedahkan gaun putih perkahwinan Siti disulami 8,888 butiran mutiara asli rekaan Khoon Hooi berharga RM300,000 dan kek perkahwinan sembilan tingkat pula bernilai RM12,000. Gaun krim dan pink untuk upacara memotong kek pula bernilai RM35,000.
source : http://www.harakahdaily.net/v06/ ... =4111&Itemid=29 |
|
|
|
|
|
|
|
kalau mampu apa salahnya.bende tu jadi riak kalau menunjuk je.kalau between laki bini tu je pada aku no hal.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|