View: 3543|Reply: 17
|
Pujian, asah minda bantu anak berjaya
[Copy link]
|
|
Bicara Kalbu: Pujian, asah minda bantu anak berjaya
Dr Hafidzi Mohd Noor
SAYA mempunyai empat anak. Anak sulung berusia 15 tahun dan boleh dikategorikan sebagai cerdik kerana mula membaca dengan lancar ketika berumur lima tahun. Tetapi, dia mempunyai sedikit kekurangan, enggan menyalin kerja di sekolah. Saya kasihan melihat keadaannya yang kadang kala dimarahi dan dipukul guru kerana perkara itu. Pelbagai kaedah saya lakukan, termasuk berjumpa guru untuk menyelesaikan masalah ini. Lagi satu, dia suka berkhayal ketika ujian dan peperiksaan. Dia hanya akan menjawab beberapa soalan yang mudah.
Apabila membaca soalan yang memerlukan berfikir, dia tinggalkan begitu saja. Saya bimbang sekiranya ini akan menjadi kebiasaan tidak baik. Anak kedua pula tidak berapa cerdik. Dia masih merangkak-rangkak membaca, tetapi cekap menghafal. Apabila saya bacakan sesuatu teks kepadanya beberapa kali, dia boleh mengingat dengan mudah.
Dia juga anak yang banyak mulut dan kerap memarahi pembantu rumah. Kadangkala pembantu saya berkecil hati dengannya, sedangkan saya tidak pernah memarahi pembantu di hadapan anak. Tolong berikan sedikit panduan menangani masalah anak saya ini.
IBU BIMBANG,
Kuala Lumpur.
TINDAKAN guru memukul adalah tidak wajar walaupun berada dalam keadaan tertekan dengan disiplin pelajar, tidak mendengar kata dan beban kerja yang bertambah.
Guru perlu mengubah paradigma. Mereka harus sedar, profesion perguruan hari ini sangat mencabar dan memerlukan beberapa perubahan pendekatan dalam mendekati pelajar bermasalah.
Pelajar sekolah degil dan tidak berdisiplin kerana dirangsang faktor luaran, termasuk didikan, pendedahan dan kawalan di rumah serta di luar kawalan guru.
Apa yang boleh dilakukan ialah menggunakan pendekatan memberi galakan dan pujian. Beberapa kajian di Barat menunjukkan guru yang memberi pujian ke atas perbuatan positif pelajar berjaya meningkatkan prestasi pelajar bermasalah dari segi akademik dan disiplin walaupun sedikit.
Pendekatan sama boleh dilakukan di rumah. Ibu boleh memberi galakan atau pujian berpatutan setiap anak menyiapkan tugas atau kerja sekolah. Perkara itu walaupun pada peringkat awal tidak dilakukan sepenuhnya. Anak tadi akan terangsang dan merasakan dirinya dihargai setiap kali menyempurnakan tugas. Secara beransur-ansur prestasi kerjanya akan meningkat.
Mengenai anak malas menjawab soalan yang memerlukan dia berfikir, kita kena sama-sama fikirkan bagaimana mereka boleh teruja dengan menjawab soalan yang memerlukannya berfikir.
Pertama perlu budayakan berfikir bersama-sama anak. Berfikir banyak faedahnya, termasuk merangsang minda, menjadikan seseorang itu lebih tajam fikirannya dan lebih ceria menghadapi kehidupan. Ini sebenarnya nikmat yang hanya dirasakan oleh mereka yang berfikir.
Cuba bersama anak menjawab soalan atau masalah Matematik yang memerlukan berfikir. Tunjukkan betapa nikmat yang dikecapi apabila berjaya menjawab soalan selepas melalui proses berfikir yang meskipun mencabar, tetapi memberi pulangan.
Pulangan jangka pendek ialah kita mendapat kepuasan menjawab soalan dengan menggunakan kekuatan minda. Pulangan jangka panjang ialah menjadikan otak lebih tajam dan cekap dalam menyelesaikan masalah.
Mungkin puan boleh guna contoh yang digunakan saintis dalam kajian primate (beruk cimpanzi). Seekor cimpanzi dalam kurungan diberikan sebiji pisang yang diletakkan di luar kurungan, tetapi cukup jauh untuk dicapai. Haiwan itu juga diberikan dua batang kayu. Satu kayu pendek dalam kurungan, tetapi tidak cukup panjang untuk mencapai pisang. Satu kayu lagi lebih panjang di luar kurungan.
Apa yang dilakukan oleh cimpanzi tadi ialah menggunakan kayu pendek untuk mencapai kayu yang lebih panjang. Dengan kayu yang lebih panjang itu, ia berjaya mencapai pisang tadi. Ini satu contoh di mana haiwan itu menggunakan 慺ikirannya |
|
|
|
|
|
|
|
yes true..betul tuh...i dah try experiment semlm...anak saya ngan org dia quite awkward skit skang.so semlm bwk dia checkup sbb UTI dia ari tuh...ltk je atas katil dia dia terus peluk saya takmo dr sentuh dia nak tgk bird dia.then terlintas lak idea..i said...dia budak berani dan pandai.dr just just nak tgk bird tuh spy dia tak rs sakit lgk.br ler dia brg sendiri..takde paksaan lagik..saya pun senang hati |
|
|
|
|
|
|
|
Bisikan lembut ibu bapa beri kesegaran, didik anak berjaya
Oleh Dr Sidik Baba
BELAIAN dan kasih adalah antara kaedah penting dalam mendidik anak. Ia dilakukan dengan kata-kata, bisikan, pujian, dorongan, inspirasi, cabaran dan perbuatan.
Anak biasanya amat senang apabila diberikan kata-kata semangat yang baik. Contohnya, apabila anak berjaya melakukan sesuatu, ibunya akan berkata: 慞andai anak ibu! |
|
|
|
|
|
|
|
sememangnya minda anak harus di asah..... dan pujian akan membuatkan proses pembelajaran jadi complete..... |
|
|
|
|
|
|
|
satu kesimpulan yang akak buat....membaca pada usia yang awal BELUM TENTU satu jaminan untuk anak-anak kita kemudiannya. Walaupun its a bonus tapi banyak benda lain yang kena seiring. Kalau tidak tak ade maknenye....Jangan cepat rasa comfortable.
Begitu jugak budak yang banyak bercakap...atau dalam forum ni akak tengok ramai yang concern anak lambat cakap.... walaupun banyak dan cepat cakap tapi benda-benda lain yang berkaitan kita tak pandai tackle, kelebihan tu akan jadi satu kekurangan pulak.
Tak senang nak jadi mak bapak......Peringatan untuk akak... |
|
|
|
|
|
|
|
betul.
tak senang jadik mak bapak
err err errr
mcm dah terbayang....jalan yang konar baring in the future
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Syd at 2-8-2006 03:13 PM
betul.
tak senang jadik mak bapak
err err errr
mcm dah terbayang....jalan yang konar baring in the future
konar baring tapi sampai garisan penamat ok lah syd tapi kalau konar baring masuk gaung yang takut tu...:pray: |
|
|
|
|
|
|
|
Teringat pada anak seorang makcik kepoh ni..... anak dia punyala cerdik bercakap...... ingatkan kat sekolah mesti cerdik jugak..... rupa2nya tak..... tapi tak kalah la dgn maknya dok menggosip aje budak tu...... sampai hal dalam kain pun nak digosipnya.....
kak fie..... some parents ajar anak membaca di awal usianya.... bila masuk sekolah parents dah kurang mengajar..... itu sebabnya anak itu boleh cepat membaca tapi selepas itu dia slow down.......
Kadang2 parents lupa.... this is an on going process..... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by KakFie at 2-8-2006 03:37 PM
konar baring tapi sampai garisan penamat ok lah syd tapi kalau konar baring masuk gaung yang takut tu...:pray:
ye kak
silap step
satu famili masuk gaung
ngeri nye jadik mak pak
:geram: |
|
|
|
|
|
|
|
anak2 ni kalau asyik kena sepak tendang jer...lama2 esok bila dia besar mau dia "tendang" kita dr hati dia...maksud mama dia org tak sayang dan kasih pada kita....dia nampak hanya kebencian bukan kasih sayang...
anak2 yg asyik dimanja dengan kebendaan...lama2 nanti akan jadi materialistik...susah di anak terima benda yg sukar, kurang dan tak boleh tak dapat apa yg dia inginkan....susah juga
anak2 yang selalu diberi muka...lama2 dia "malukan" muka mak ayah dia...
anak2 yg selalu diberi kebebasan.....selalunya perjalanan hidupnya selalu terbabas...
sama2lah kita jaga anak kita dgn baik...kalau ada didikan ibu bapa kita yg kurang baik pada kit adulu...jgn sesekali kita continue kat anak kita....cthnya...mak mama dulu garang...kalau pecahkan pinggan mangkuk dia...dia suruh kutip guna tangan bukan guna penyapu..(vakum tak ada masa tu...org susah). Sambil menangis kutip kaca...nasib baik tak ada yg cedera. Cara tu tak bagus sbb bukannya boleh buat kita serik pun....buat kita memendam rasa adalah...itu contoh ler... |
|
|
|
|
|
|
|
isk...
sadis tuh
tapi kalau dapat jenis 'mak' yang suka memberi kata2 nista
pagi petang siang malam
tension gak |
|
|
|
|
|
|
|
Didik anak - Ibubapa contoh terbaik
Anakku Sayang
UMPAMA mencorakkan sehelai kain putih, kerja-kerja yang teliti dan kreatif akan menghasilkan lukisan yang cantik. Begitu juga anak-anak. Segala contoh dan tunjuk ajar yang baik akan membentuk akhlak dan sahsiah yang cemerlang.
Dalam mendidik anak-anak di peringkat awal, pelbagai perkara perlu dititikberatkan sama ada dari segi rohani, jasmani, emosi dan intelektual. Ini kerana apa yang disemai dan dipupuk sedari kecil akan melahirkan seorang manusia yang berguna atau sebaliknya.
Presiden Pertubuhan Pendidikan Awal Kanak-kanak (OMEP) Malaysia, Dr. Ruth Liew berkongsi beberapa panduan mendidik anak-anak.
Langkah-langkah yang melibatkan perkara yang boleh dan tidak ini di sampaikan di dalam satu ceramah di Kuala Lumpur baru-baru ini. Antaranya:
- Jadilah contoh yang baik untuk anak-anak kerana mereka mudah meniru perbuatan orang yang terdekat. Pilihlah perkataan yang akan digunakan di hadapan mereka.
- Beri peluang untuk anak-anak menikmati setiap tahap kehidupan. Jangan tergesa-gesa menyuruh mereka melakukan sesuatu yang mereka belum bersedia.
- Ibubapa perlu menjadi seorang yang positif semasa menghadapi kesusahan kerana anak-anak perlu melihat ibubapa menangani masalah dalam keadaan tenang dan terkawal.
- Jika anak-anak berkata tidak terhadap sesuatu, cari jalan untuk menyelesaikan dalam situasi yang menyenangkan. Jangan sesekali gunakan ancaman kerana ia boleh memakan diri sendiri.
- Terimalah anak seadanya. Bantu mereka melakukan sesuatu yang baik dan jangan hanya cuba menangkap mereka semasa melakukan kesalahan satu memperkecil-kecilkan mereka.
- Dalam kebanyakan situasi, biarkan anak-anak untuk melakukan sesuatu. Beri galakan untuk mereka mencuba perkara baru. Jangan bimbang tentang kegagalan, sebaliknya, beri perhatian untuk membantu anak-anak melakukan sesuatu.
- Jangan terlalu memikirkan tabiat buruk anak-anak kerana jika kita terlalu kecewa, ia akan mengalakan anak-anak meneruskannya. Untuk melawan tabiat tersebut, sentiasa beri pujian dan galakkan di atas kelakuan yang baik.
- Ibubapa perlu menjadi seorang yang tegas dan kuat pegangan dalam membentuk anak-anak yang bersemangat dan kuat ketahanan jiwa.
- Layani anak-anak sebagaimana kita melayan seorang dewasa. Tunjukkan rasa hormat dan jadilah pendengar setia sebagaimana yang kita lakukan kepada orang dewasa lain. Apa yang penting ialah perhatian yang diberi, bukan perkara yang diperkatakan.
- Amalkan sikap suka mendengar luahan anak-anak. Mereka memerlukan contoh dan dorongan yang dapat membantu mencari ayat yang terbaik untuk menyuarakan keperluan dan apa yang ada dalam fikiran.
- Berikan kasih sayang tanpa syarat kerana anak-anak sentiasa merasa tidak selamat dengan kasih sayang ibubapa. Mereka sering bimbang ibubapa tidak lagi menyayangi jika membuat kesalahan atau sudah meningkat dewasa. Lagipun, kasih sayang bukan tuntutan, tetapi hak mereka sejak lahir.
- Ibubapa perlu menjadi contoh kejujuran bagi anak-anak dengan sering luangkan masa untuk bercakap-cakap dengan mereka dalam masa yang sama memberi penekanan tentang kejujuran diri.
- Jangan sesekali menjerit, mengeluarkan kata-kata kesat atau berlaku kasar terhadap anak-anak. Jangan gunakan paksaan ke atas mereka. Ibubapa yang memukul anak-anak atau berkasar ketika sedang marah akan hidup dalam rasa menyesal.
- Jadikan apa yang dijanji sebagai satu kontrak. Jika anda gagal menunaikannya, jelaskan kepada mereka secara terperinci kenapa ia gagal ditunaikan.
- Jangan bertolak ansur dalam masalah akhlak dan disiplin diri. Biarkan mereka hidup dalam peraturan yang khusus, agar mereka akan terbiasa dengan rutin tersebut.
- Jangan perkecilkan ketakutan yang dialami oleh anak-anak. Mereka mempunyai pelbagai ketakutan kerana masih belum pasti tentang pelbagai perkara di sekeliling mereka.
- Jangan sesekali mencela anak-anak atau bercakap tentang mereka kepada orang lain di hadapan mereka. Sebaliknya, dapatkan keizinan sebelum memberitahu orang lain tentang diri mereka kerana hak mereka sebagai anak kecil juga perlu dihormati.
- Latih anak-anak berfikir secara sihat setiap masa. Jika mereka kecewa, berikan jalan untuk meluahkannya. Bagaimana pun, jangan sesekali biarkan mereka meluahkan kemarahan dengan mengeluarkan kata-kata kesat atau melahirkan niat buruk.
- Ajar anak-anak untuk mempunyai idola serta menghargai setiap kehidupan. Sifat seperti ini tidak lahir secara semula jadi, sebaliknya ia perlu diasuh.
- Selalu ingatkan diri bahawa anak-anak tetap anak-anak. Dalam setiap tahap mereka akan mempelajari apa yang sepatutnya dipelajari. Menggesa anak-anak membuat sesuatu ketika mereka belum bersedia akan membawa kepada masalah sikap di kemudian hari. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by macademia at 2-8-2006 03:49 PM
Teringat pada anak seorang makcik kepoh ni..... anak dia punyala cerdik bercakap...... ingatkan kat sekolah mesti cerdik jugak..... rupa2nya tak..... tapi tak kalah la dgn maknya dok menggosip aje ...
ya lah mac, selalunya anak-anak adalah mirror image kita. Nak salah depa pun tak boleh jugak. |
|
|
|
|
|
|
|
Pernah dengar "setiap kata adalah doa"? Jadi berkatalah yang baik-baik saja kat anak-anak.
Tahu hipnosis kan? Yang selalu kita tengok kat tv ...ayun rantai, kita jadi lali, dalam keadaan bawah sedar pas tu kita ikut je apa hipnotist tu suruh.
Dalam hipnosis kena ada 1) alat yang boleh distract minda kita
2)commanding tone dari hypnotist contohnya : "Kamu tak akan rasa apa-apa"
3)kata-kata yang berulang-ulang dan rythmic dari hypnotist.
Dalam keadaan yang bawah sedar sebab kena hypnotised, kita akan ikut segala arahan yang hipnotist bagi walaupun bukan atas kehendak kita.
Sebagai parents mungkin kita tak sedar banyak berlaku so called "accidental hypnosis" . Walaupun yang kita tengok kat tv orang yang kena hypnotised ada dalam keadaan bawah sedar tapi otak manusia ni sebenarnya boleh diprogramkan walaupun dlam keadaan sedar. Tahukan cerita subliminal message yang pernah dimasukkan dalam iklan dan propaganda perang dulu?
Anak-anak kecik selalunya tak kenal pun diri depa sendiri. Diorang rasa mak bapaklah orang yang paling pandai dan tahu segala tentang diorang sebab itu sajalah orang besar yang terdekat dengan depa. Jadi bila mak bapak kata sesuatu kat anak-anak, diorang ambik benda tu bulat-bulat sebab diorang belum berupaya untuk question the truthfulness. Segala apa yang kita ucapkan akan masuk sedalam-dalamnya dan sekuat-kuatnya dalam otak . Banyak kan kes budak-budk yang trauma masa kecik-kecik membawak sampai ke tua? Sebab apa yang mangsa nampak, dengar, alami dah tertanam dalam otak.
Bila kita kata "kamu malas" "kamu bodoh""kamu degil"...semua tu akan tertanam dalam otak kanak-kanak. Cara diorang akan bawak diri diorang pun akan ikut label yang kita dah cop pada diorang melainkan kalau ada satu kejadian/insiden yang akan menyedarkan diorang....kira macam hipnotist petik jari dan orang yang kena hypnotised sedar. Kalau benda tu berlaku alhamdulillah, kalau tidak...nauzubillah...anak tu akan berterusan being hypnotised.
Jadi elakkan bagi label yang tak elok pada anak-anak. Sebab "setiap kata-kata adalah satu doa".
[ Last edited by KakFie at 3-8-2006 08:38 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Didik anak - Kemahiran ibubapa penting
Anakku Sayang
Oleh Roslah Othman
MENDIDIK anak-anak bukan perkara mudah terutama pada zaman serba mencabar ini. Sebagai satu amanah, ibu bapa harus bersedia melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran keibubapaan.
``Di samping itu, ibu bapa juga harus peka terhadap proses perkembangan, keperluan dan tahap kebolehan si anak mengikut usia,'' demikian menurut Fasilitator Modul Keibubapaan Anak Kecil, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Rahmah Othman.
Katanya, hakikat yang perlu diterima oleh setiap ibu bapa ialah betapa cabaran untuk mendidik anak-anak hari ini cukup tinggi.
``Ia merupakan satu percaturan yang perlu dilalui oleh setiap insan yang bergelar ibubapa dan bukan semua dapat melaluinya dengan mudah,'' katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah pada kursus sehari bertajuk Sentuhan Si Kecil, anjuran LPPKN di ibu negara baru-baru ini.
Rahmah menarik perhatian, banyak kesilapan yang biasa dilakukan oleh ibu bapa tanpa disedari.
Pun begitu, katanya, ibu bapa yang baik adalah mereka yang sentiasa bersedia untuk memperbaiki diri serta sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan prestasi diri sebagai ibu ataupun bapa.
``Setiap ibu bapa perlu belajar dari kesilapan lalu. Seelok-eloknya, usah mengulangi kesilapan yang pernah dilakukan sebaliknya terus berusaha untuk memberi yang terbaik kepada anak-anak,'' katanya.
Pada majlis itu, beliau turut berkongsi petua bagaimana menjadi ibu bapa yang baik dan disenangi anak-anak. Antaranya:-
- Ibu bapa haruslah sentiasa konsisten dengan peraturan dan undang-undang yang diberikan kepada anak-anak.
- Ibu bapa harus menjadi pendengar terbaik kepada anak-anak.
- Ibu bapa harus bersikap jujur terhadap anak-anak.
- Tahu batasan keupayaan diri.
- Mampu memperuntukan masa yang berkualiti dengan anak-anak.
Jelasnya, ramai ibu bapa merungut apabila si anak tidak mendengar kata dan membantah setiap suruhan.
``Bagaimana anak-anak hendak mendengar kata sekiranya ibu bapa tidak pernah berusaha untuk menjadi pendengar yang baik,'' tegasnya.
Rahmah menjelaskan, ibu bapa perlu menyediakan ruang yang secukupnya untuk mendengar keluhan anak-anak dan berbincang dengan mereka. Ini seterusnya dapat membantu mereka menyelesaikan masalah anak-anak.
``Apabila proses ini berlaku, barulah anak-anak akan mudah untuk mendengar apa yang akan diperkatakan oleh ibu bapa mereka,'' jelasnya lagi.
Sementara itu, katanya, kejujuran ibu bapa amat penting untuk membentuk peribadi anak menjadi seorang yang jujur, sekali gus membina sifat pemaaf mereka.
``Dengan cara tersebut, anak-anak akan tahu setakat mana kemampuan ibu bapa dalam memenuhi keinginan atau hajat mereka.
``Biasanya, anak-anak sangat sensitif sekiranya tidak dapat apa yang diminta tetapi sekiranya ibu bapa dapat menjelaskan tentang kesusahan yang dihadapinya, pasti anak-anak akan dapat menerimanya,'' ujarnya.
Katanya, ibu bapa tidak perlu masa yang banyak untuk bersama anak-anak mereka tetapi mereka perlu bijak menggunakan masa yang sedikit dengan aktiviti yang dapat merapatkan hubungan dengan anak-anak.
Sebaiknya, cari jalan bagaimana hendak menggembirakan anak. Tanya apa yang mereka ingin lakukan. Dengar apa yang mereka ingin luahkan.
``Anda bukan sahaja akan menjadi ibu bapa yang baik kepada anak-anak anda malahan anda mampu menjadi teman yang setia kepada mereka,'' ujarnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Syd at 2-8-2006 03:57 PM
ye kak
silap step
satu famili masuk gaung
ngeri nye jadik mak pak
:geram:
aiikk??... hang bujang lagi ke Syd? |
|
|
|
|
|
|
|
maksud aku geleng2 paler tuh...
aku mcm tak boleh bayangkan betapa beratnya tanggungjawab tuh
salah langkah, kalau tak kena gaya
dan kelengkapan, abis satu famili...hancur |
|
|
|
|
|
|
| |
|