CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 20993|Reply: 28

Seni dan Idea

[Copy link]
Post time 30-9-2005 04:49 PM | Show all posts |Read mode
SOAL IDEA

Mengenal dan Memahami Idea

Idea sukar dihurai tetapi kita tahu bahawa semua hal pembabitan kita bermula dari idea. Sungguh pun memperkatan idea adalah kerja yang sulit, kita masih boleh memahaminya melalui keperihalan yang tertentu. Mengikut Frank Cheatham, Jane Cheatham dan Sheryl Haler (1983), untuk mengenal idea kita perlu pecahkan pengertian  kepada beberapa unsur asas yang boleh ditafsir secara berasingan.

Dalam saranan tersebut, pengertian idea diinterpretasi dengan melihat kaedah yang membabitkan unsur aktiviti dan penglibatannya. Unsur-unsur yang dimaksudkan adalah awareness, interpretasi, penerokaan , penggarapan dan sebagainya.  Sebenarnya, kesemua unsur ini mempunyai peranan penting dalam proses pengkaryaan dan reka cipta.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-9-2005 04:50 PM | Show all posts
Kemampuan manusia berfikir membolehkan ia mencari perkara atau isi kepada pemikirannya.  Isi pemikiran yang mantap akan kekal dan tertera sebagai konsep.  Konsep adalah satu tanggapan yang membawa pengertian umum (generic) tentang sesuatu perkara atau keperihalan dan sering dinyatakan secara formal.

        Huraian dalam  American Heritage Dictionary menyebut bahawa idea itu sebagai:

Satu tipa induk (archetype), iaitu, keperihalan yang paling asasi bagi sesuatu perkara.
Representasi mental yang membentuk isi pemikiran
Rangka, pelan, skim atau kaedah
Intisari kepada situasi tertentu; signifikan

        Daripada empat huraian di atas huraian kedua, dari segi nilai praktikalnya, adalah yang paling berfaedah kepada amalan pelukis dan pereka kerana pentafsiran tersebut boleh langsung dijadikan sasaran bagi merangka langkah dalam usaha seseorang untuk mencipta dengan memenuhi hasrat dan matlamat komunikasi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2005 04:51 PM | Show all posts
Peranan idea dalam seni

        Jika kita mengambil andaian bahawa seni visual itu merupakan satu bahasa dan berfungsi untuk maksud menyampaikan sesuatu samada di peringkat pribadi mahu pun sosial, maka idea membutirkan hasrat dan menjadi dasar kepada komunikasi. Andaian ini juga mengambil kira bahawa setiap bentuk seni harus bermula dengan satu idea atau konsep. Seniman atau pereka yang memahami keutamaan tentang peranan idea dalam seni akan lebih mampu untuk membentuk penyataan yang berkesan dan lebih berjaya berbuat demikian.

Walau bagaimana pun, pendekatan yang diambil oleh setiap seniman atau pereka bagi mendapat dan membina idea itu berbeza. Ini adalah kerana masing-masing mempunyai cara dan gaya penguasaan yang berlainan tentang karya atau hasil rekaan masing-masing. Bagi setiap seniman atau pereka muda, proses penguasaan ini selalunya bermula melalui latihan dan asuhan yang menggunakan pendekatan yang analitikal kepada pembelajaran, pemahaman dan pengenaan idea.

Lama-kelamaan,  proses tersebut akan membentuk satu kaedah yang tersendiri bagi mengenal, merumus dan menguasai idea dan ekspresi. Ini bererti bahawa walau pun gaya pendekatan seseorang pelukis atau pereka itu nampak berbeza, terdapat satu landasan yang wujud sebagai peraturan umum dalam disiplin seni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2005 04:52 PM | Show all posts
Perbincangan mengenai fungsi bahasa sering menyentuh tentang bentuk dan kaedah pengutaraan idea. Lazimnya,  komunikasi melalui bahasa pertuturan dan persuratan ialah lebih berbentuk diskursif. Ini berbeza sedikit daripada bahasa seni visual yang lebih lazim berbentuk presentational. Kandungan utama dalam bahasa visual ialah imej yang sering dipersembahkan sebagai gambar atau bentuk (form).

Hakikatnya, manusia memang telah lama berkomunikasi melalui gambar. Daripada imej gambar, kita mendapat banyak maklumat tentang pembabitan aktiviti dan kebudayaan manusia yang menghasilnya. Yang juga jelas adalah gambar ditampilkan dalam berbagai peringkat abstraksi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2005 04:53 PM | Show all posts
Idea dan visualisasi

        Proses pembentukan idea sebagai satu representasi mental yang menjadi isi pemikiran bermula dengan aktiviti berfikir. Walau pun seniman lebih cenderung untuk menyampaikan ideanya menggunakan orientasi dan media visual, punca sebenarnya masih berlaku daripada proses minda.

Ini bermaksud bahawa seseorang pelukis itu perlu bergantung kepada pemikirannya yang ada, walau pun seberapa minimum, bagi menjayakan visualisasinya. Jadi, di sini dapatlah difahamkan bahawa visualisasi itu adalah hasil dari sesuatu idea, dan bukannya idea itu sendiri
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2005 04:53 PM | Show all posts
Pendekatan Menjana Idea

        Di samping mengenal pasti faktor luaran seperti persekitaran dalam usaha menjana dan mengembangkan idea, manusia juga mampu membentuk ciri tingkah laku yang dapat membantu melahirkan dan memperkayakan idea. Sebagai tunas pemikiran, idea terpancar dan terhimpun dari daya pemikiran seseorang, menghasilkan berbagai tahap penglibatan psikologi
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 30-9-2005 04:54 PM | Show all posts
Sumber idea

Proses menjana idea adalah bermacam dan boleh berlaku dalam berbagai cara. Dalam usaha dan proses berkarya, idea boleh dihidupkan melalui berbagai kaedah dengan membuat rujukan dari berbilang sumber. Walau pun Buckner (1995) menyenaraikan  hanya empat kategori sumber, iaitu: sejarah, persekitaran, eksperimental dan individu, kita boleh kembangkan kategori tersebut kepada yang berikut; iaitu:

homages
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2005 04:55 PM | Show all posts
Teknik dan idea

Soal penciptaan melibatkan kedua-dua aspek pengolahan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-9-2005 04:55 PM | Show all posts
Perubahan yang berlaku bermula dari kurun ke 20 hingga ke alaf yang baru sekarang bukan sahaja wujud dalam bentuk penguasaan teknikal, tetapi juga kebebasan berekspresi, meneroka dalam menggunakan bahan-bahan baru, malah juga perubahan konsep tentang peranan seniman dan seni. Penciptaan sintetik telah membuka banyak peluang kepada seniman dan pereka untuk berkarya dan mencipta dalam berbagai bahan baru. Bahan-bahan seperti resin, akrilik, Lucite dan Plexiglas, malah komputer telah digunakan dalam bidang seni lukis dan seni reka.

Gabungan dalam penerokaan teknik, bahan dan media membuka makna seni dan rekaan dengan lebih luas. Jika dahulu konsep seni visual hanya terhad kepada penguasaan ruang, sekarang unsur masa dijalin sama ke dalam gubahan dan pengkaryaan. Melalui sokongan teknologi terkini, seperti komputer, seni visual dikembangkan bentuk dan pengertian yang menjadi seni multi-media bagi memenuhi citarasa dan kepuasan semasa. Gubahan seni bukan hanya bercambah dari segi dimensi malah juga berpindah dari realiti visual kepada realiti virtual.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2005 04:56 PM | Show all posts
2. Penterjemahan Idea dalam Strategi Pengucapan Seni Visual

Kaedah pengucapan melalui imej representasi

Pengucapan menyarankan penggunaan bahasa. Seni adalah satu bahasa (Goodman, 1976). Sebagai satu bahasa, butir kandungannya diungkap bagi memenuhi sesuatu hasrat dan maksud untuk disampaikan (presentasi).

Mesej seni boleh dipersembahkan dalam imej berrepresentasi dalam dua kaedah utama, iaitu dialog dan naratif. Kaedah dialog menyarankan cara dan gaya perhubungan langsung antara penonton dengan imej yang terpapar dalam atau pada karya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2005 04:57 PM | Show all posts
Penonton dikatakan berinteraksi terus dengan karya seni sama untuk berkongsi rasa dan perasaan mahu pun untuk menyampaikan hasrat. Terdapat kesan kehampiran (intimacy) antara penonton dengan imej dalam karya. Bagi membolehkan kesan ini berlaku, maka wajah dalam karya ditampilkan secara berhadapan (frontal) dengan penonton.

Contoh yang paling lazim tentang penggunaan kaedah ini ialah imej-imej keugamaan seperti  dalam Seni Gereja Zaman Pertengahan, Patung Buddha, Hindu dan sebagainya. Kaedah ini juga sering dimanipulasi oleh pereka grafik bagi membangkitkan rasa pemujukan penonton kepada iklan-iklan produk. Mod pemerhatian lebih menekankan kepada aktiviti renungan dan meditasi

Kaedah naratif pula diolah untuk maksud penghuraian, penceritaan, pengkesahan, pengajaran dan sebagainya dengan menggunakan imej yang dipapar secara bersisian atau profil. Corak maklumat yang diperolehi melalui kaedah pemaparan imej cara begini ialah penonton menerima maklumat dari penyampaian seniman melalui gambar yang dilukis.

Penonton meneliti atau mengikuti perjalanan mesej dengan 搈embaca
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2005 04:58 PM | Show all posts
ii. Contoh isu pengutaraan adalah seperti:

Soal Form sebagai unsur konkrit kepada pecahan unsur-unsur tampak. Pengolahan bentuk boleh menonjolkan sikap dan worldview seniman bagi sesuatu subjek.

Misalnya. Versi David: Donatello (Remaja tetapi masih keanak-anakan (boyish)- keyakinan diri, (na飗e sense of victory), Michelangelo (Remaja, lebih dewasa, merenung masa depan yang tidak pasti Scepticism), Bernini, keresahan, perasaan yang sentiasa begolak.

Konsep ruang:
1. Ruang negatif sebagai menegaskan objek gambaran dalam lukisan
2. Ruang sebagai unsur positif: Fauvisma
3. Ruang sebagai agen aktif, e.g. Daya ruang dalam 揜eclining Figure
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2005 04:58 PM | Show all posts
iii. Contoh isu adunan pengambaran dan pengutaraan boleh dilihat dalam soal penggunaan media dan teknik yang membabitkan usaha bagi menegaskan makna yang memerlukan tindakan memanipulasi bahan yang boleh memberi kesan tertentu seperti kesuasanaan, dramatis, kehebatan dll.
Contoh: Konsep cahaya dan pengolahannya.

Perlambangan (simbol visual
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2005 04:59 PM | Show all posts
Pengolahan pengucapan seni visual

        Horald Osborne (1979) mengupas seni dan mendakwa bahawa pengolahannya boleh menyampaikan tiga bentuk maklumat:
sintaktik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2005 04:59 PM | Show all posts
Gaya penampilan

        Teknik penggambaran menyentuh soal gaya dan bagaimana imej dipersembahkan  kepada umum. Pada amnya, terdapat tiga kaedah utama yang boleh mengarah kepada penekanan emosi, atau intelek, iaitu

        Imitasi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2005 05:00 PM | Show all posts
Stailisasi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-9-2005 05:00 PM | Show all posts
Yang dimaksudkan dengan konsep di sini ialah sesuatu yang menggambarkan maklumat kognitif bagi menyatakan tahap kefahaman seseorang tentang seni. Ringkasnya, konsep dalam hubungan ini, merujuk kepada idea umum yang boleh diaplikasi dalam penghasilan seni. Sebagai Bates menjelaskan:

Konsep boleh berupa istilah perkamusan

Konsep menghuraikan ciri

Konsep menyatakan matlamat dan fungsi

Konsep mengandungi maklumat

Huraian lanjut tentang pengertian konsep dalam hubungan pengetahun seni visual dibincang dalam kertas kerja Penaksiran dalam Seni Visual.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2005 05:01 PM | Show all posts
Bentuk Penghasilan

Penghasilan dalam seni visual melibatkan dua bentuk, iaitu:

Karya
Rekaan

Prosedur Penyediaan

                Walaupun kedua-dua bentuk mempunyai asas yang sama dari         segi penggubalan idea, terdapat sedikit perbezaan tentang         prosedur kerja yang terlibat. Ini adalah kerana karya adalah         hasil kerja seniman yang lebih tertumpu kepada menampilkan         makna dan estetik melalui form, manakala rekaan lebih         menekankan keutamaan fungsi dan estetik dalam bentuk.         Perbezaan ini dirumuskan, mengikut bentuk masing-masing,         sama ada karya atau rekaan, khususnya dalam hal menyatakan proses melalui:

Sketsa
Design brief
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2005 03:58 AM | Show all posts
salam

susah nak ber idea lah cikgu dlm masyarakat kita...

ber idea maksudnyer kita ke luar dr norma pemikiran setempat atau luar dr kongkongan idea sebelum nie...

bila kita jual idea baru...org susah nak dgr dan terima...plg tidak depa kata kita saiko:cak:

sebab tulah kot semua saintis dunia nie saiko dulu sebelum nama jadi sejarah...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2005 08:21 PM | Show all posts

Idea dan Pengucapan Seni Visual

Idea:

Ia menyatakan hasrat dan menjadi dasar kepada komunikasi. Pengertian idea dapat memberi sesuatu interpretasi. Jadi, idea merupakan satu representasi mental yang membentuk objek pemikiran. Idea dapat dijanakan melalui tahap-tahap penglibatan psikologi menerusi:-

i.        persepsi
ii.        emosi
iii        intelek
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 08:10 AM GMT+8 , Processed in 0.060608 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list