View: 4301|Reply: 11
|
Sistem Jalan Raya di Dunia
[Copy link]
|
|
Sistem jalan raya di dunia secara lazimnya terbahagi kepada 2 iaitu left-hand drive (LHD) dan gak right-hand drive (RHD).
Left-hand drive system- Kenderaan dipandu di lorong kanan di jalan raya
- Tempat duduk pemandu adalah di sebelah kiri
- Kat lebuhraya, lorong paling kanan adalah lorong paling perlahan manakala lorong paling kiri adalah lorong paling laju
Right-hand drive system- Kenderaan dipandu di lorong kiri di jalan raya
- Tempat duduk pemandu adalah di sebelah kanan
- Kat lebuhraya, lorong paling kiri adalah lorong paling perlahan manakala lorong paling kanan adalah lorong paling laju
Negara-negara yang mengamalkan sistem LHD ialah:-- Amerika Syarikat kecuali US Virgin Islands
- Hampir keseluruhan Benua Amerika
- Hampir keseluruhan benua Eropah kecuali Britain
- Negara-negara Timur Tengah
- Negara-negara Afrika Utara
- Filipina
- Taiwan
- Rusia
- China kecuali Hong Kong
Negara-negara yang mengamalkan sistem RHD ialah:-
- Britain
- Hampir kesemua negara-negara Komanwel British kecuali beberapa negara seperti Kanada
- Kebanyakan negara di selatan Afrika
- Negara-negara Asia Selatan
- Negara-negara Asia Tenggara kecuali Filipina dan negara-negara Indochina
- Hong Kong
- Jepun
- Australia
- Oceania dan kebanyakan negara kepulauan Lautan Pasifik
- US Virgin Islands
|
|
|
|
|
|
|
|
Apa kelebihan dan keburukan kedua -dua sistem tersebut ? |
|
|
|
|
|
|
|
kelebihan dan keburukan? kita tengok sejarah dia dulu.
Left Hand Drive asalnya, masa zaman silam di Eropah, manusia ni majoriti right handed. Bila naik kuda, dia orang akan jalan belah kiri jalan. Sebab, orang atau musuh yang datang dari depan akan berada di belah kanan. Senang dia nak takuk mangkuk berayun tu. Jadi kebiasaan dia orang akan naik kuda belah kiri jalan. Bila perang pun dia orang akan position diri dia orang supaya musuh berada belah kanan. Masa terus berlalu, dah jadi kebiasaan, orang akan guna jalan belah kiri, sampai la tercipta kereta kuda.
Kemudia mari pulak Napoleon Bonaparte yang kidal. Pi tukaq position, dia jalan belah kanan jalan. Sebab dia kidal, senang dia takuk orang kat belah kiri dia. Askar dia pun ikut. Lama-lama orang Perancis pun ikut jalan belah kanan walaupun dia orang tu bukan kidal. Lagi pun dia orang tu benci ngan England, jadi dia orang tak mau serupa dengan England. Mari pulak USA pun tak mau ikut England, sebab penjajah, jadi dia orang ikut Perancis. Ikut punya ikut, sebab tu jadi ada yang kiri ada yang kanan.
Sekarang mana yang baik, cuba hang pikir mana sedap. Pegang gear tangan kiri atau tangan kanan? |
|
|
|
|
|
|
|
ikut sistem british lagi ok kot... |
|
|
|
|
|
|
|
Jepun tak pernah dijajah oleh Britain, tapi nak tau naper Jepun guna sistem RHD? Sebabnya ialah time zaman shogun dulu, pegawai samurai pegang pedang dengan tangan kanan dan berjalan ikut lorong kiri. So basically adat istiadat tentera pun jadik salah satu faktor kepada sistem jalan raya nie. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Squall-Leonhart at 2004-12-28 08:55:
Jepun tak pernah dijajah oleh Britain, tapi nak tau naper Jepun guna sistem RHD? Sebabnya ialah time zaman shogun dulu, pegawai samurai pegang pedang dengan tangan kanan dan berjalan ikut lorong ki ...
Jepun dulu pandu belah kiri, lepas tukar ikut USA.
Tapi kat Jepun ni masa zaman samurai ni tak ada sistem kiri kanan, main jalan aje. Macam kat Malaysia. |
|
|
|
|
|
|
|
mulakan langkah sebelah kanan / kaki kanan:hmm:tapi RHD masuk kaki kiri dulu:hmm: |
|
|
|
|
|
|
Delpiero_xuan This user has been deleted
|
aku main daytona suka pakai LHD .... main kete pakai RHD ... |
|
|
|
|
|
|
|
Korang yang nak drive LHD kena buat lesen antarabangsa laa... |
|
|
|
|
|
|
|
ish.. tak dapat bayang kalo lhd.. tak pandai main gear guna tangan kanan... dah biasa kiri... |
|
|
|
|
|
|
|
Nak dapat feel camaner bawak LHD? Main game Daytona pakai gear manual laa...!!! |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|