CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4995|Reply: 11

Stuktur tanah di Lembah Kelang VS pembangunan pesat...

[Copy link]
mattkepoh This user has been deleted
Post time 7-11-2004 10:47 PM | Show all posts |Read mode
dah lama pakcik nak tanya soalan ni.....siapa boleh jawap ye?

KL ni kan...lembah kelang. Setahu pakcik lah, tanah nya sure tanah lembah yang agak lembut structure nye ( pakcik dah lama tinggal kan ilmu alam, kalau tak betul minta ampun anak2 sekalian...:bgrin.

Pertanyaan pakcik, kuat sangat ke structure tanah di KL sebab pembangunan di sekeliling KL, huh..menakutkan!!!!!

Contoh, di area masjid jamek KL. LRT STAR, PUTRA( berapa ratus meter dalam tanah daaa, korek nak bikin station nih), bangunan bank baru under construction. Selamat ke?

Hujan 2-3 jam, sg tu dah melimpah air. Banjir sana banjir sini (pakcik terperangkap lebih 3 jam di KL last friday. Berbuka dalam kereta..).
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2004 12:11 AM | Show all posts
pakcik yang sangat ku sayangi,

Tiap tiap bangunan dia ada foundation (tapak) yang kukuh. Maksudnya civil engineer akan mengkaji tanah tersebut, dan akan menggunakan beberapa cara untuk menguatkan structure bangunan, seperti menambahkan batu pada tapak dan menggunakan piling.

Pakcik tentu pernah nampak orang buat jambatan kan? konsep dia lebih kurang mcm tulah
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2004 08:23 AM | Show all posts
Ya betul.....lagipun sungai melimpah sebab...tengok le sampah dalam sungai tu!
Reply

Use magic Report

mattkepoh This user has been deleted
 Author| Post time 8-11-2004 08:19 PM | Show all posts
Originally posted by Remy_3D at 8-11-2004 12:11 AM:
pakcik yang sangat ku sayangi,

Tiap tiap bangunan dia ada foundation (tapak) yang kukuh. Maksudnya civil engineer akan mengkaji tanah tersebut, dan akan menggunakan beberapa cara untuk menguatka ...


TQ, moderator Remy_3D. Tapi pakcik amat musyil sebab di tepi sungai area Masjid India ni, memang menakutkan. Let say sungai melimpah time hujan lebat, pihak LRT PUTRA cuma bersiap sedia untuk menutup air dari masuk ke dalam station. Bagaimana pula jika air sungai itu tetap melimpah melebihi dari apa yang kita jangka kan. Sure tenggelam PUTRA Masjid Jamek kan, .

Sekiranya sesiapa yang pernah menaiki Jambatan KLCC yang tinggi melangit, cuba bawak pengukur yang boleh tengok balance ke tidak sesuatu tempat
(tak tahu apa nama pengukurnya). Kawan pakcik yang pernah bekerja membina KLCC pernah beritahu pakcik berkenaan kisah ketidakstabilan KLCC ni.
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2004 08:47 PM | Show all posts
Masalah sungai pakcik ini lebih kepada pengaliran sungai tersebut. Misal kata hujan lebat tu quantiti air yang turun lebih banyak daripada keupayaan sungai atau pengaliran air, maka secara logik ianya akan melimpah keluar dari sungai. Apa yang boleh dibuat disini ialah mendalamkan lagi sungai atau mengadakan parit baru untuk mengalirkan air yang berlebihan tersebut.

Pasal jambatan KLCC, ini kita tunggu yang pakar menjawabnya. Pengukur tu maybe pengukur yang menggunakan air kot.
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2004 01:47 AM | Show all posts
Pasal wind tunnel nie aku ada kemusykilan sket, kat dalam tunnel tu dorang dah scalekan kekuatan angin dan building tu kan, how about berat bangunan?

BTW pakcik, dun worry kebanyakkan bangunan kat Asia nie memang dibina tahan lasak kerana faktor geografi, malahan kalau kena langgar kapal terbang pun blum tentu runtuh mcm WTC tu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-11-2004 03:10 AM | Show all posts
kalau mengikut theori logik aku, tak logik kalau berat tu tak dikaji jugak, kalau misal kata dorang nak test kekuatan angin kat building 5 juta tan, tak kan dalam wind tunnel tu dorang nak taruh kotak kosong yg berat 5 gram tapi kekuatan angin yg dikaji 500 km/h
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2004 03:00 AM | Show all posts

hmm..this is indeed interesting..

Agreed with you on limestones being the underground structures. Sbb ingat highland towers ? something wrong with the foundation and the nature of the soil structure,  ker?
lagipun lembah klang  kan adalah bekas lombong ? so has it got anything to do with the  keadaan tanah/ kekuatan tanah/ tampung berat sesuatu bangunan atasnya?


KLCC mmg dah di'design' utk boleh sway sikit. Sebab diorg dah ambil kira kemungkinan gempa bumi dari Indonesia bleh sampai ke KL + load dari tiupan angin kencang..

i see...oklay selain dari natural disaster apalagi factors that they need to consider while planning and checking those safety precautions yer masa  design building?




model superstructure KLCC tu dah ditest kat wind tunnel.. dont worry.. insyaallah tak tumbang..

i have no idea about this so could you please elaborate more on the wind tunnel/ what's that? i know that is  useful in aeronautics but not this...please Thanks..thsi is indeed an eye catcher ..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2004 03:03 AM | Show all posts

eh lagi satu..

mcm mana depa ada apply tak konsep resonance especially bila melibatkan angin? udara yg bergerak, remember?

hints: physics  of sound
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2004 11:05 PM | Show all posts
Originally posted by mattkepoh at 2004-11-7 22:47:

KL ni kan...lembah kelang. Setahu pakcik lah, tanah nya sure tanah lembah yang agak lembut structure nye ( pakcik dah lama tinggal kan ilmu alam, kalau tak betul minta ampun anak2 sekalian...).

Pertanyaan pakcik, kuat sangat ke structure tanah di KL sebab pembangunan di sekeliling KL, huh..menakutkan!!!!!

Contoh, di area masjid jamek KL. LRT STAR, PUTRA( berapa ratus meter dalam tanah daaa, korek nak bikin station nih), bangunan bank baru under construction. Selamat ke?

Hujan 2-3 jam, sg tu dah melimpah air. Banjir sana banjir sini (pakcik terperangkap lebih 3 jam di KL last friday. Berbuka dalam kereta..).


tanah yag pakcik tengok lembut tu tanah yang kena air, itu pasal lembik.  kalau nak tahu kekuatan tanah kena buat soil investigation.  kena buat boring sedalam ratus-ratus meter bergantung kepada struktur bangunan atau projek yang nak di bina.  kemudian piling akan digunakan untuk menguatkan asas bangunan.  pasak-pasak piling ini akan di 'load test'.  semua keberkesanan asas-asas bangunan ini sangat-sangat bergantung kepada 'amanah' jurutera, site supervisor, dll.  untuk lebih selamat lagi selalu nya semua specification akan diberi safety margin, atau akan ditambah beberapa peratus.


pasal banjir tu.. konsep baru jabatan saliran skrg ialah nak retain air ujan semaksimum mungkin sebelum dilepaskan dalam sungai. sbb secara semulajadi pun air hujan meresap dlm tanah dulu baru masuk sungai.. tapi bila ada longkang.. air hujan semua masuk sungai dgn banyak. tu pasal sungai tak boleh nak tampung hujan.


memang betul masaalah ni.  tapi dulu mana dia orang pk tu semua.  tau nak bina bangunan tinggi dan cantik.  bila dah sempot baru cari ubat.


Pasal jambatan KLCC, ini kita tunggu yang pakar menjawabnya. Pengukur tu maybe pengukur yang menggunakan air kot


untuk bangunan yang sangat tinggi, memang dia ada swinging.  kalau kau gantung pendulum kat jambatan klcc tu, aku gerenti dia mesti swing punya.  kalau kau naik lagi ke floor yang tinggi, lagim kuat dia punya swinging.


Agreed with you on limestones being the underground structures. Sbb ingat highland towers ? something wrong with the foundation and the nature of the soil structure,  ker?


highlandtowers tu sebab dah terlalu banyak air, sama macam kat highway tu.  bila dah banyak sangat air, tanah kat lereng bukit jadi berat dan akan 'fail' naturally.

KLCC sebenarnya telah dipindahkan dari dia punya original site plan sebab limestone.  



http://members.tripod.com/~mcleon/KLCC/klcc-vision.htm


sori ek kengkawan.. aku bukan structural engineer.. apa yg aku tau pun basic sgt2...


sori ek kengkawan.. aku pun bukan structural engineer.. apa yg aku tau pun keypoh keypoh je...

[ Last edited by ibnur on 6-12-2004 at 07:50 AM ]
Reply

Use magic Report

mattkepoh This user has been deleted
 Author| Post time 12-12-2004 12:15 AM | Show all posts
good answeri ibnur! thank you bery bery much kawan. haku selalu fikir, kalau haku naik lrt putra dalam tanah tu, then masjid jamek banjir, melimpah air sungai masuk tunnel...haiya..mati katak lah waaaaa...lollol:lol.

sangat-sangat bergantung kepada 'amanah' jurutera, site supervisor, dll.

ini yang haku takut nak dengar ni. haku memang 0 lah kalau nak cari answer dalam bab2 macam ni. Sebab tu haku tanya. At least haku ada confiident sikit bila anak2 haku sibuk ajak haku pegi jambatan KLCC.
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2004 12:33 PM | Show all posts
A'kum pakcik...

Kalau pakcik nak tau, tu la gunanya projek terowong banjir kat KL tu. Terowong to bukan setakat terowong banjir bawah tanah jer, malah gak termasuk sekali terowong lebuh raya yang merangkumi part highway KL-Seremban dari exit Federal Highway ke Jalan Tun Razak kat roundabout Kg. Pandan.

Bebaru nie, mesing penggali terowong dah pun siap mengorek lubang sepanjang laluan projek. So dengan siapnya penggerudian terowong nie, 40% daripada keseluruhan projek dah setel.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 12:18 AM GMT+8 , Processed in 0.082637 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list