CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2810|Reply: 0

[Sarawak] Kes PATI masuk Sarawak cari pekerjaan meningkat, terbaharu 14 PATI diusir

[Copy link]
Post time 13-10-2021 10:10 PM | Show all posts |Read mode
LUNDU, 13 Oktober: Kes melibatkan pendatang asing tanpa izin (PATI) menyelinap masuk ke Sarawak menggunakan jalan tikus untuk mencari pekerjaan semakin meningkat.

Markas Divisyen Pertama Infrantri Malaysia dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan terbaharu, seramai 14 PATI diusir pulang ke negara asal mereka selepas cuba masuk ke Sarawak menggunakan jalan tikus dalam tiga kejadian berasingan di kawasan Tebedu dan Biawak.

Katanya, dua daripada PATI tersebut yang berusia 39 dan 42 tahun ditahan di Tebedu sekitar jam 10 pagi semalam.

Manakala kejadian kedua melibatkan penahanan tujuh PATI, berusia antara 19 hingga 52 tahun yang dikesan cuba memasuki kawasan Biawak dari arah Indonesia sekitar jam 5 petang semalam.

Menurut kenyataan itu, lima lagi PATI termasuk seorang wanita berusia 24 hingga 47 tahun ditahan di kawasan Biawak kira-kira 11 pagi tadi.

Hasil pemeriksaan mendapati, semua PATI itu tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah sebelum diusir pulang ke negara asal bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

Dalam pada itu, Tentera Darat khususnya anggota yang bertugas di sempadan Sarawak-Kalimantan Barat sentiasa berwaspada dan beriltizam mengawal keselamatan dan memastikan kedaulatan negera terus terpelihara.










Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 02:32 PM GMT+8 , Processed in 0.263758 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list