View: 2815|Reply: 1
|
[Sarawak]
Polis gempur kedai serbaneka simpan rokok, minuman keras seludup
[Copy link]
|
|
Kuching: Polis merampas rokok dan minuman keras bernilai RM2.9 juta dalam 13 serbuan menerusi Ops Kontraban di sekitar bandar raya ini sejak Januari lalu hingga bulan ini.
Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, seramai 20 individu dengan empat daripadanya wanita ditahan.
Beliau berkata, 18 daripada suspek adalah rakyat tempatan manakala dua lagi warga Indonesia.
"Dua kes sudah dituduh di mahkamah manakala selebihnya masih dalam siasatan bagi mendapatkan laporan berkaitan sebelum kertas siasatan dimajukan kepada Timbalan Pendakwa Raya.
"Siasatan mendapati, modus operandi yang biasa digunakan ialah menjadikan kedai serbaneka sebagai tempat menyimpan dan menjual barangan tidak bercukai itu," katanya.
Ahsmon berkata, terbaru pihaknya bersama Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5 merampas minuman keras dan rokok bernilai RM1.15 juta dalam tiga serbuan berasingan di Kuching dalam tempoh 26 September hingga 6 Oktober lalu.
Beliau berkata, serbuan hasil intipan dan maklumat awam itu jalankan di premis di Jalan Canna, Jalan Tan Sri Sim Kheng Hong dan Jalan Chan Bee Kiew, di sini.
"Sebanyak 865,440 batang rokok pelbagai jenama dirampas dalam serbuan itu.
"Turut dirampas, 3,682 kotak minuman keras pelbagai jenama dan semua barang itu didapati tidak dibayar cukai," katanya hari ini.
Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.
Sementara itu, dalam kes berasingan, polis menyelesaikan kes samun kedai emas di Kenyalang Park di sini dengan penahanan dua lelaki.
Ahsmon berkata, suspek berusia 35 dan 61 tahun itu didapati mempunyai rekod jenayah lampau dan polis sedang mengesan seorang lagi rakan mereka yang berusia 46 tahun.
"Susulan penahanan dua suspek itu, polis turut merampas beberapa barang kes iaitu sejumlah barang kemas yang disamun, wang tunai berjumlah RM7,742, sebilah pisau, sebuah kereta, tiga telefon bimbit.
"Kedua-dua suspek direman tujuh hari sehingga esok bagi melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan," katanya.
credit
|
|
|
|
|
|
|
|
x lama brg bukti hilang...pi mn ye |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|