CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2990|Reply: 0

[Pulau Pinang] Penggunaan katil ICU di Pulau Pinang semakin turun

[Copy link]
Post time 11-10-2021 09:54 PM | Show all posts |Read mode
Penggunaan katil ICU di Pulau Pinang semakin turun[size=0.8][size=0.9]BERNAMA

[size=0.9]

[size=0.9]
FOTO HIASAN

[size=0.9]


[size=0.9]
Georgetown: Kadar penggunaan katil unit rawatan rapi (ICU) di Pulau Pinang menunjukkan trend penurunan selaras dengan jumlah kes positif Covid-19 yang berkurangan, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.

Beliau berkata, terdapat 101 katil ICU untuk pesakit Covid-19 di negeri ini yang terdiri daripada 69 katil di Hospital Pulau Pinang (HPP) manakala 32 katil lagi di Hospital Kepala Batas (HKB).

Pulau Pinang kini mencatatkan penurunan jumlah kes jangkitan virus itu kepada tiga angka dan di bawah jumlah 600 sejak dua hari lepas.

"Mengikut laman sesawang COVIDNOW, terdapat trend penurunan kadar penggunaan katil ICU di Pulau Pinang iaitu kepada 83.3 peratus.

"Bagaimanapun, kita mesti terus berwaspada dan menjaga prosedur operasi standard (SOP) selaras dengan garis panduan ditetapkan walaupun sekatan jalan raya (SJR) bagi daerah serta negeri telah dimansuhkan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, sekiranya terdapat keperluan pertambahan katil ICU, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang bercadang untuk membuka empat lagi katil ICU di HPP dan empat katil di Hospital Medan di HPP secara berperingkat.

Chow berkata, penempatan 10 katil ICU di Hospital Medan HKB sedang giat dilaksanakan dan dijangka siap pada penghujung bulan ini.

"Dengan trend penurunan kes di ICU serta penambahan bilangan katil ICU sebagaimana dirancang, diharap ia akan dapat mengurangkan kadar penggunaan katil ICU ke paras 50 peratus bagi membolehkan Pulau Pinang beralih ke Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN)," katanya.

Disiarkan pada: Oktober 11, 2021 @ 7:04pm






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-5-2024 03:36 AM GMT+8 , Processed in 0.221572 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list