PEMAIN Perancis meraikan kejayaan selepas menumpaskan Sepanyol 2-1 dalam perlawanan akhir Liga Negara-Negara. FOTO AFP
Milan: Perancis muncul juara Liga Negara-Negara pagi tadi selepas bangkit dari ketinggalan satu gol untuk mengalahkan Sepanyol 2-1 di Milan.
Karim Benzema dan Kylian Mbappe meledak jaringan buat penyandang juara Piala Dunia itu selepas Mikel Oyarzabal meletakkan Sepanyol di depan pada pertengahan babak kedua.