KENANGAN: Joevier (kiri) merakam gambar bersama ibunya (tengah) dan Jexther selepas divaksinasi.
RANAU: Pemberian Vaksin kepada remaja khususnya golongan pelajar sekolah merupakan suatu tanggungjawab perlu dipatuhi.
Sesungguhnya usaha kerajaan menerusi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melaksanakan vaksinasi kepada golongan remaja terutama pelajar sekolah berumur 12 sehingga 17 tahun adalah positif sebagai benteng diri sendiri, keluarga dan komuniti mengekang jangkitan pandemik COVID-19.
Demikian pendapat antara pelajar yang sempat ditemui ketika mereka menghadiri untuk menerima vaksin Dos 1 dan dos 2 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Masyarakat Ranau hari ini yang melibat 314 orang pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) sekitar daerah ini.
Joevier Jamesron 17, pelajar Tingkatan Lima dari SMK Mat Salleh Ranau berkata, walaupun vaksinasi ini agak mencabar namun kami adik beradik harus akur dan menerimanya secara positif, tidak berasa takut atau meragui untuk divaksinasi kerana vaksin yang diguna pakai sudah mendapat kelulusan.
Katanya, dia menerima suntikan dua kedua bersama adiknya Jexther 15, pelajar Tingkatan 3, di sekolah yang sama menerima suntikan dos pertama jenis Pfizer ditemani ibu Airine Abidin dari Taman Saujana Kinabalu (TSK).
Joevier mengajak golongan remaja (pelajar sekolah) yang lain agar hadir ke PPV terdekat untuk divaksinasi sebagai perisai diri sendiri, keluarga dan warga sekolah daripada jangkitan COVID-19 yang masih belum berakhir.
"Kita harus akur dengan arahan pihak KKM melalui sekolah untuk memutuskan rantaian COVID-19," katanya lagi.
utusanborneo.com.my/2021/10/10
|