LAWAS: Proses vaksinasi yang diadakan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Klinik Kesihatan Lawas ketika ini diadakan secara ‘walk-in’.
Ianya disediakan khusus kepada penduduk di Daerah Lawas yang baru mendaftar, tercicir dan terlepas jadual pemberian vaksin dos kedua.
Menurut tinjauan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) di Daerah Lawas, kehadiran orang ramai ke PPV Klinik Kesihatan Lawas di luar jangkaan.
Sebelum ini hanya 100 dos vaksin disediakan pada Sabtu, namun kehadiran pada Sabtu diluar jangkaan dengan melebihi 200 orang.
Sehubungan itu, Pengurus PPV Klinik Kesihatan Lawas menasihatkan mereka yang tidak dapat menerima vaksin hari ini diminta datang pada Ahad untuk dapatkan 100 dos vaksin tambahan.
Kebanyakan yang hadir ialah mereka yang baru sahaja mendaftar mendapatkan vaksin COVID-19 dan keadaan ini sangat positif dalam usaha kerajaan mensasarkan 90 peratus vaksinasi.
Proses vaksinasi berjalan lancar dengan setiap penerima vaksin mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.
sarawakvoice.com/2021/10/10
|