View: 3415|Reply: 6
|
[Borneo]
Boleh kena jangkitan otak, elak cabut bulu hidung atau picit jerawat sekitar seg
[Copy link]
|
|
Gunakan kaedah 'trim' menggunakan gunting khas sebagai langkah untuk anda merapikan masalah bulu hidung panjang. - Gambar hiasan
JIKA selama ini anda suka mencabut bulu hidung atau memicit jerawat di sekitar segi tiga muka, baik anda hentikan tabiat itu bermula hari ini!
Tabiat ini sebenarnya berbahaya kerana kawasan ini dianggap sebagai segi tiga “kematian” yang ada kaitan dengan infeksi bakteria, yang boleh menyebabkan jangkitan di sekitar otak dan berlakunya strok.
Jika anda memiliki bulu hidung yang agak panjang dan ia mengganggu penampilan, jangan sesekali mencabut bulu hidung.
Sebaiknya, gunakan kaedah 'trim' menggunakan gunting khas sebagai langkah untuk anda merapikannya.
Bagi yang sering tumbuh jerawat sekitar segi tiga ini, elak memicitnya dengan tangan sebaliknya gunakan krim jerawat untuk merawatnya.
Kenapa dua tabiat yang biasa kita lakukan ini dianggap berbahaya? Public Health Malaysia (PHM) kongsikan sebab-sebabnya.
Doktor-doktor pakar penyakit berjangkit di Universiti Johns Hopkins telah menyeru untuk orang ramai mengelakkan memicit jerawat atau menarik bulu hidung terutamanya di kawasan segi tiga “kematian” di muka.
Ya. Segi tiga kematian. Lebih kurang macam segi tiga bermuda. Para konspirasi segi tiga bergembira dengan penemuan ini.
Kawasan segi tiga ini adalah berkait dengan infeksi bakteria yang dikatakan boleh menyebabkan jangkitan di sekitar otak dan juga boleh menyebabkan strok.
Walau bagaimanapun, ianya sangat jarang berlaku disebabkan antibiotik dan sukar untuk bakteria merebak secara melawan arus di dalam salur darah.
Namun, ianya boleh berlaku jika kuman tersebut sudah menjadi kuat dan antibiotik tidak lagi boleh melawan kuman tersebut atau jangkitan kulit yang sangat teruk.
Jadi, adalah penting untuk kita mengelakkan perkara yang boleh menyebabkan kulit kita terdedah kepada kuman akibat daripada aktiviti-aktiviti yang disebutkan di atas.
Lebih-lebih lagi, bakteria yang semakin bijak dalam rintangan antibiotik.
Ingat, kita sudah lama tidak menjumpai antibiotik kelas baharu. Kali terakhir kelas antibiotik yang dijumpai adalah pada tahun 1987 iaitu lipopeptides.
Sehingga kini, kita hanya membangunkan antibiotik sedia ada untuk menjadi lebih baik. Semakin lama semakin sukar untuk merawat kuman bakteria.
PHM sentiasa menekankan konsep pencegahan lebih baik daripada berubat. Jadi amalkan sanitasi yang baik, elakkan memicit jerawat atau mencabut bulu hidung.
Dan jika ingin melakukan prosedur, pastikan ianya adalah teknik steril. Semoga artikel ini bermanfaat dan memberikan ilmu baru untuk anda.
https://www.astroawani.com/gaya-hidup/boleh-kena-jangkitan-otak-elak-cabut-bulu-hidung-atau-picit-jerawat-sekitar-segi-tiga-muka-324380
|
|
|
|
|
|
|
|
Sajalah nak kongsi, sapa yg muka jenis berminyak, basuh muka pakai air garam suam. Boleh kurangkan pembiakan jerawat kt kwsn hidung. #ikhtiar |
|
|
|
|
|
|
|
Aduh
Dolu iols slalu.picit jerawat.kat hidung
Masa skola dolu...
Mujur skang dah takde jerawat...huhu |
|
|
|
|
|
|
|
Very informative. Baru saya tahu kawasan hidung ni juga dipanggil segi tiga kematian.
Means we have to be extra careful with this area. Tak boleh la suka2 nak picit blackhead whitehead kat hidung tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Terimakasih kongsi ... memang betul pun ... sebab FC pun amalkan dari dulu
|
|
|
|
|
|
|
|
Tapi selalu kat tempat segi tiga Bermuda ni laaaaa tempat jerawat white black head selalu timbul
NYAMPAH. |
|
|
|
|
|
|
|
Baru tahuuuu..mekasih share dikk |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|