CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4644|Reply: 0

Lelaki gaji lebih rendah jika tiada pasangan

[Copy link]
Post time 9-10-2021 10:08 AM | Show all posts |Read mode

Pekerja lelaki yang sudah berkahwin kurang kencenderungan berhenti kerja sekiranya tidak mendapat pekerjaan baharu. - Getty Images

Lelaki gaji lebih rendah jika tiada pasangan

WASHINGTON – Satu kajian di Amerika Syarikat (AS) mendapati pekerja yang masih bujang atau tidak mempunyai kekasih menerima gaji yang lebih rendah berbanding mereka yang berpacaran atau sudah berkahwin, lapor akhbar New York Post kelmarin.

Kajian diterbitkan oleh Pusat Kajian Pew itu menyatakan bahawa individu dewasa yang masih solo ‘jauh ketinggalan’ dari segi pendapatan jika dibandingkan dengan mereka yang sudah berkahwin atau memiliki kekasih.

Penyelidik Pew menganalisis  data bancian dan mendapati 38 peratus penduduk AS berusia antara 25 hingga 54 tahun masih solo pada 2019 dan peratusan tersebut bertambah dengan ketara berbanding 1990 di mana hanya 29 peratus penduduk AS yang tidak mempunyai kekasih hati.

Penulis kajian, Richard Fry dan Kim Parker mendapati terdapat hubung kait antara pendapatan dan status hubungan terutamanya dalam kalangan pekerja lelaki.

Pada 2019, purata pendapatan tahunan bagi seorang lelaki bujang ialah AS$35,600 (RM148,840),  manakala purata pendapatan lelaki yang sudah berkahwin atau memiliki kekasih adalah sebanyak AS$57,000 (RM238,320).

Bagi pekerja perempuan yang masih solo pula, purata pendapatan tahunan mereka ialah AS$32,000 (RM133,790) sementara  pendapatan bagi pekerja wanita yang sudah berkahwin atau berpacaran ialah AS$40,000 (RM167,240).

“Saya berpendapat bahawa anda tidak akan dipandang serius di tempat kerja sekiranya anda tidak mempunyai kekasih.

“Rakan-rakan saya yang masih solo berkongsi pendapat sama iaitu mereka dinilai secara berbeza berbanding pekerja yang sudah berkeluarga dan diminta untuk menumpukan lebih banyak masa terhadap pekerjaan tanpa  bayaran setimpal,” kata seorang petugas pemasaran, Grace Robert.

Seorang ahli sosiologi, Bradfox Wilcox beranggapan bahawa lelaki yang sudah berkahwin akan bekerja lebih keras dan mendakwa mereka kurang cenderung untuk berhenti kerja sekiranya tidak mendapat pekerjaan baharu.

Beberapa pengguna laman sosial Twitter yang solo bagaimanapun menganggap keadaan tersebut sebagai sesuatu yang menyedihkan.

“Ini menjadikan saya tertekan. Mereka (pekerja solo) sudahlah kesepian, mengapa mereka perlu menerima gaji yang lebih rendah?” soal seorang pengguna Twitter. – AGENSI

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
bhatt ji
KUKU787bhatt ji
Views : 404 Replies : 0
bhatt ji
akkuwtw45bhatt ji
Views : 505 Replies : 0
bhatt ji
akkuwtw45bhatt ji
Views : 707 Replies : 0
Salam RAMADAN MUBARAK 1447 Hijriyyah
telracsSalam RAMADAN MUBARAK 1447 Hijriyyah
Views : 7334 Replies : 36
Gen Z : "Doktor, Kemaluan Saya Keluar Cecair Macam Nanah." [ Ibu Mahu Saman Doktor! ]
^CUN_GILA~.Gen Z : "Doktor, Kemaluan Saya Keluar Ce
Views : 20227 Replies : 20
Himpunan kisah seram dari Twitter - Latest: Mangsa kemalangan muncul dalam gambar?
stania83Himpunan kisah seram dari Twitter - Late
Views : 342290 Replies : 80
Apa Pelaris Yang Dia Pakai? (Siri 1)
borneApa Pelaris Yang Dia Pakai? (Siri 1)
Views : 1310 Replies : 1
Hotel-Hotel & Homestay Berhantu
NBMHotel-Hotel & Homestay Berhantu
Views : 1125774 Replies : 796
KOLEKSI VIDEO: Diperkosa Makhluk Halus Ketika Tidur
salivKOLEKSI VIDEO: Diperkosa Makhluk Halus K
Views : 33639 Replies : 4
BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
ultra78BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
Views : 15853 Replies : 10

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2026 03:06 AM GMT+8 , Processed in 0.117489 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list