CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2608|Reply: 5

[Sabah] Serangan kiambang Salvinia Molesta di Sabah perlu ditangani segera

[Copy link]
Post time 7-10-2021 05:38 PM | Show all posts |Read mode


KOTA KINABALU: Kerajaan negeri mahu usaha membendung penyebaran serangan kiambang Salvinia Molesta dapat ditangani segera dengan kerjasama seluruh masyarakat di negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, banyak kawasan perairan seperti sungai, parit, kolam ikan dan sawah tercemar akibat serangan spesis kiambang berkenaan.

Menurutnya, rumpai akuatik Salvinia Molesta yang juga dikenali sebagai kiambang gergasi berasal dari Brazil tumbuh di permukaan air dan membahayakan biodiversiti serta pelbagai spesis air tawar termasuk ikan dan tumbuhan akuatik.

Katanya, kiambang berkenaan pertama kali dikesan di Sabah pada awal 2000 dan spesis kumbang muncung panjang yang dikenali sebagai Cyrtrobagous Salviniae atau kumbang Salvinia adalah ejen pengawal hama biologi untuk Salvinia Molesta.

"Penyebaran kiambang Salvinia Molesta di Sabah dijangka dapat dibersihkan dengan menggunakan kumbang Salvinia menerusi usaha mesra alam yang diambil oleh Kementerian Pertanian dan Perikanan menerusi Jabatan Pertanian Negeri Sabah.

"Kiambang gergasi ini mencemari sekurang-kurangnya 200 kawasan perairan seperti sungai, kolam ikan, parit dan sawah di seluruh negeri ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis Program Pelepasan Kumbang Cyrtobagous Salviniae Ke Daerah-Daerah di Negeri Sabah Untuk Kawalan Kiambang Salvinia Molesta yang diadakan secara maya di sini hari ini. Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Perikanan Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey Kitingan turut serta dalam program itu.

Hajiji berkata, tindakan segera harus diambil untuk menghentikan penyebaran kiambang berkenaan di Kinabatangan, Sandakan, Lahad Datu, Tawau, Semporna, Beaufort, Kuala Penyu, Papar, Kota Kinabalu, Penampang, Kota Marudu, Kota Belud, Kudat, Tongod, dan Tuaran.

Dalam pada itu katanya, kerajaan negeri amat menghargai dan menyokong pelbagai langkah yang diambil oleh Jabatan Pertanian Sabah bersama Koperasi Mukim Batu Puteh Kinabatangan Berhad (KOPEL Bhd), Agensi Remote Sensing Malaysia (MYSA), Jabatan Hidupan Liar Sabah, Jabatan Perhutanan Sabah, Pusat Biodiversiti Sabah dan Sawit Kinabalu Sdn. Bhd dalam aktiviti memantau infestasi (organisma) rumpai kiambang.

"Usaha ini diperlukan bagi memastikan serangan kiambang Salvinia Molesta dapat diatasi secara menyeluruh.

"Justeru itu, saya ingin menyeru seluruh masyarakat di Sabah untuk sama-sama menyertai usaha mengawal perebakan kiambang ini bagi memastikan kawasan perairan dan alam sekitar terus terpelihara," katanya.

Pada masa sama, beliau turut menggesa orang ramai agar sentiasa peka kepada ancaman-ancaman berkaitan dan tidak sewenang-wenangnya membawa, menjual atau menyebarkan apa-apa jenis tanaman, haiwan atau mikroorganisma dari luar negeri atau luar negara tanpa melalui prosedur kuarantin yang betul.

Menurutnya, prosedur-prosedur kuarantin yang dikuat kuasa di bawah Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 dan Peraturan-Peraturan Kuarantin 1981 perlu dipatuhi.

Katanya, kiambang Salvinia boleh didapati dan dijual secara atas talian sebagai perhiasan untuk akuarium.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2021 06:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Sdpnya nama.asal Itali ke
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2021 06:49 PM From the mobile phone | Show all posts
akak pernah pi trip ke area kinabatangan sana tu
naik bot..pi tgk wildlife kt hutan2 spjg sungai
and mmg weols dibawa ke satu kwsn tu,byk kiambang ni
ms aku tanya budak bot tu,dia ckp kapal2 dr south america yg bwk kiambang ni
sbb dia melekat bawah kapal2 kargo besar tu
pastu last2 di bawa ke sini.
smpi tasik tu penuh dgn kiambang ni smpi bawah tasik mungkin x dpt cahaya matahari so affect la hidupan bawah tasik tu skali
kiranya mcm kiambang ni dh take over la hidupan lain kt situ.
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2021 06:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Kiambang ni pengusaha baja organik berebut2 sauk dgn  bekho. Sumber K utk buah
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2021 10:52 PM | Show all posts
pokok je pun...susah sgt ke nk kawal...dh ko biar 5 taunn skali br nk buang ptt ler
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-10-2021 03:03 AM | Show all posts
harap nanti2 takde lah masalah lain timbul jika kumbang Salvinia yang d gunakan tu membiak dengan jaya nya ...

Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 10:53 AM GMT+8 , Processed in 0.070975 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list