CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2406|Reply: 2

[Pulau Pinang] Pindah rumah, tinggal babi

[Copy link]
Post time 6-10-2021 01:20 PM | Show all posts |Read mode
Pindah rumah, tinggal babi[size=0.8][size=0.9]Zuhainy Zulkiffli
[email protected]


DUA ekor babi peliharaan dibiarkan kelaparan selepas penyewanya berpindah sejak Jun lalu. FOTO ihsan penduduk


Simpang Ampat: Penyewa rumah teres dua tingkat di Tasek Mutiara di sini, tergamak meninggalkan dua ekor babi peliharaannya di kawasan kediaman sebelum berpindah.

Tindakan itu menyebabkan kejiranan di kawasan perumahan kurang senang malah pemilik membiarkan babi itu kelaparan tanpa makanan.

Penduduk yang mahu dikenali sebagai Ima berkata, babi itu ditinggalkan sejak Jun dan perkara itu hanya disedari penduduk pada September lalu.

Katanya, bukan saja menimbulkan rasa kurang senang malah kebersihan kawasan sekitarnya juga diragui.

"Walaupun tidak bersetuju dengan tindakan memelihara babi di kediaman, jiran berhampiran terpaksa memberi makanan kerana kasihankan pada haiwan itu yang kelaparan.

"Aduan kepada pihak pengurusan perumahan sudah dibuat bagi membolehkan tindakan lanjut diambil termasuk menghubungi pemilik rumah.

"Namun, sehingga hari ini haiwan berkenaan masih berada di perkarangan rumah malah pihak pengurusan memberi alasan isu itu dalam pengetahuan mereka dan tindakan sedang dijalankan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Menurut Ima, dia kesal tindakan pihak pengurusan yang dilihat seolah-olah tidak memandang serius masalah itu sekali gus menyebabkan masalah berkenaan berlarutan.

Dia yang sudah dua tahun tinggal di situ berkata, pihak Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) juga sudah tampil ke lokasi semalam selepas aduan dibuat.

"Difahamkan notis saman turut dikeluarkan kepada pemilik kediaman berkenaan dan pemilik rumah diberi tempoh selama tiga hari bagi memindahkan haiwan itu.

"Sekiranya masih tiada tindakan, kami memohon kepada MBSP supaya memindahkan haiwan itu menggunakan peruntukan undang-undang sedia ada, bukan saja bagi kesejahteraan kejiranan tetapi kebaikan haiwan itu juga yang perlu dijaga.

"Perkara ini perlu ditangani segera kerana babi bukannya boleh dijadikan haiwan peliharaan di kawasan perumahan masyarakat majmuk dan diharap jadi pengajaran supaya ia tidak berulang lagi di tempat lain," katanya.

Disiarkan pada: Oktober 6, 2021 @ 1:03pm








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2021 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Buang pet ni satu jenayah kat mesia kan
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2021 08:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Ughhhh pikir long time lain kali
Kot2 apa2 jadik kat ko
Pets ni ko nak buat camne
Tak yah laa kejam sangat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 09:03 AM GMT+8 , Processed in 0.044581 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list