CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1464|Reply: 1

Real Madrid kembali tagih khidmat Kroos

[Copy link]
Post time 29-9-2021 07:33 AM | Show all posts |Read mode
MADRID – Selepas lebih tiga bulan tidak beraksi, pemain tengah Real Madrid, Toni Kroos dijangka kembali dalam kesebelasan utama menjelang saingan Liga Juara-Juara menentang Sheriff Tiraspol di Santiago Bernabeu awal pagi esok.

Pemain antarabangsa Jerman itu tidak beraksi dalam sebarang perlawanan selepas menamatkan saingan Euro 2020 Jun lalu dan menjalani proses pemulihan kerana mengalami kecederaan pangkal paha.

Kroos, 31, mengakui dia sudah beransur pulih dan sudah pun menjalani latihan ringan sebelum ini, sekali gus mencerahkan peluangnya untuk diturunkan ketika bertemu Sheriff nanti.

“Saya gembira kerana sudah mengikuti tiga sesi latihan sebelum ini tanpa merasa sebarang kesakitan. Sudah tentu ia sa-ngat melegakan selepas beraksi dalam keadaan sakit hampir tujuh bulan.

“Mungkin saya perlu cari semula rentak permainan kerana sudah tiga bulan tidak bermain dalam perlawanan kompetitif. Bagaimanapun, ia tidak merisaukan saya kerana apa yang penting saya sudah pulih,” katanya.

Dia juga percaya jurulatih, Carlo Ancelotti sekurang-kurangnya akan meletakkannya dalam se-narai pemain simpanan awal pagi esok jika didapati belum cergas sepenuhnya untuk berada dalam kesebelasan utama.

“Secara peribadi, saya rasa sudah bersedia sepenuhnya dan boleh bermain. Bagaimanapun, saya perlu berbincang dengan Ancelotti dan sekiranya beliau menganggap ia berisiko, saya akan hormati keputusannya,” ujar Kroos. – AGENSI


LIGA JUARA-JUARA

JADUAL

Awal pagi esok

AJAX lwn BESIKTAS

SHAKHTAR lwn INTER

MILAN lwn ATLETICO

DORTMUND lwn S. LISBON

PORTO lwn LIVERPOOL

PSG lwn MAN. CITY

LEIPZIG lwn C. BRUGGE

REAL lwn SHERIFF
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-9-2021 07:35 AM | Show all posts

KROOS mengalami kecederaan pangkal paha menyebabkan dia terpaksa berehat selama tiga bulan tetapi kini kembali memperkuatkan Real. – AFP
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 07:45 PM GMT+8 , Processed in 0.049669 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list