CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1156|Reply: 0

[Kedah] Lebih RM11 juta dibayar kepada pekerja positif Covid-19

[Copy link]
Post time 26-9-2021 03:16 PM | Show all posts |Read mode
Lebih RM11 juta dibayar kepada pekerja positif Covid-19[size=0.8][size=0.9]M Hifzuddin Ikhsan
[email protected]


GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP



Pendang: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sudah membayar lebih RM11.1 juta kepada golongan pekerja tempatan dan asing yang dikesan positif Covid-19 akibat penularan di tempat kerja.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim berkata, bayaran itu adalah bagi 15,306 kes yang dilaporkan berlaku kepada PERKESO setakat 18 September lalu.

Jelasnya, bayaran itu merangkumi pampasan berjumlah lebih RM10.1 juta kepada pekerja tempatan dan RM1 juta lagi kepada pekerja warga asing.

"Bagi faedah pengurusan jenazah membabitkan kes kematian akibat Covid-19 pula, jumlah bayarannya yang sudah dibuat adalah lebih RM3.5 juta bagi 1,792 kes pekerja tempatan.

"Bagi kes kematian pekerja asing pula, kita sudah membuat bayaran sebanyak RM3,500 untuk pengurusan jenazah membabitkan dua kes," katanya selepas melakukan tinjauan Program Outreach Imunisasi Covid-19 Daerah Pendang di sini, hari ini.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan turut menghadiri program anjuran Majlis Negara Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (MNKKP) dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Pendang berkenaan.
SARAVANAN (tengah) bersama Awang (dua kiri) meninjau Program Outreach VaksinasiCovid-19. FOTO Luqman Hakim Zubir

Sementara itu mengulas mengenai kadar vaksinasi yang masih rendah di Pendang, Awang berkata, ia berlaku akibat kebanyakan penduduk daerah itu sudah berusia dan kurang mendapat maklumat.

"Disebabkan itu, kita mengadakan program ini sebagai usaha meningkatkan kadar vaksinasi dalam kalangan penduduk yang masih merekodkan peratusan rendah.

"Tahap vaksinasi dalam kalangan penduduk dewasa yang layak mendapat suntikan vaksin di daerah ini masih rendah iaitu pada kadar51.16 peratus bersamaan 38,115 orang sehingga semalam," katanya

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pendang berkata, berikutan itu agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia akan membantu mempercepatkan proses vaksinasi termasuk ke kampung bagi membantu orang ramai mendaftar dan mendapt suntikan.

Disiarkan pada: September 26, 2021 @ 3:03pm






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 08:51 AM GMT+8 , Processed in 0.385125 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list