CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1090|Reply: 0

[Kedah] Lebih 192,000 usahawan layak mohon pinjaman mudah MEDAC

[Copy link]
Post time 26-9-2021 03:10 PM | Show all posts |Read mode
Lebih 192,000 usahawan layak mohon pinjaman mudah MEDAC[size=0.8]Noorazura Abdul Rahman - September 26, 2021 @ 2:29pm[email protected]


Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar menyerahkan replika cek berjumlah RM168,000 sumbangan Bank Rakyat kepada Ahli Parlimen Jerai, Sabri Azit untuk 168 usahawanuntuk terjejas akibat fenomena kepala air di Masjid Jamek Badlishah, Yan, hari ini. Foto NSTP/Noorazura Abdul Rahman



YAN: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) akan menawarkan pinjaman mudah kepada 192,541 usahawan yang terjejas akibat pandemik COVID-19 bagi memastikan kelangsungan perniagaan.

Menterinya, Tan Sri Noh Omar, berkata pinjaman itu selaras penetapan petunjuk prestasi utama (KPI) kementeriannya oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang mahu usahawan dibantu.

Katanya, kemudahan pinjaman sama akan turut diberi kepada peniaga kecil yang tidak berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan usahawan perniagaan kecil dan sederhana (PKS).

"Kita akan mudahkan pinjaman kepada usahawan terbabit dalam tempoh kecemasan ini, jadi saya minta kita tidak perlu semak laporan CTOS Data Systems Sdn Bhd (CTOS).

"Begitu juga dengan sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS), kita hanya akan semak tarikh pinjaman lama mereka yang direkodkan sama ada sebelum atau selepas pandemik, sekiranya selepas pandemik maka kita akan mudahkan pemberian pinjaman untuk usahawan terbabit," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Program Penyerahan Sumbangan Kepada Usahawan dan Keluarga Terjejas Banjir, di Masjid Jamek Badlishah di sini, hari ini.

Yang turut hadir Timbalannya, Muslimin Yahaya dan Pengerusi Bank Rakyat, Datuk Abdul Rani Lebai Jaafar.

Mengulas lanjut, Noh berkata, pinjaman mudah itu akan diselaras oleh 11 agensi di bawah kementerian itu berdasarkan jumlah pinjaman yang dipohon peniaga.

"Ini kerana setiap agensi MEDAC mempunyai jumlah pinjaman dibenarkan yang berbeza. Contohnya Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) maksimum boleh dipinjam RM50,000; Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN) Nasional dengan nilai pinjaman bermula RM50,000 dan maksimum RM100,000.

"Bagi jumlah lebih besar kita ada Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) yang boleh beri pinjaman bermula RM100,000 hingga RM10 juta dan SME Bank boleh pinjam lebih RM10 juta," katanya.

Terdahulu beliau mengumumkan seramai 168 usahawan di Yan yang terjejas akibat fenomena kepala air pada 18 Ogos lalu, menerima sumbangan RM168,000 melalui program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Bank Rakyat.

Katanya, sebanyak RM40,000 disumbang kepada 200 keluarga yang terjejas akibat bencana berkenaan, manakala RM25,000 lagi kepada lima sekolah yang mengalami kerosakan.










Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 08:58 AM GMT+8 , Processed in 0.391073 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list