CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1793|Reply: 7

[Pulau Pinang] Jangan pandang hina pada Sajat, golongan sepertinya: Mufti

[Copy link]
Post time 26-9-2021 02:54 PM | Show all posts |Read mode
Jangan pandang hina pada Sajat, golongan sepertinya: Mufti
SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI | | 26 September 2021


Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Sajat

GEORGETOWN - Golongan agamawan termasuk pihak berkuasa agama Islam tidak sewajarnya memandang hina kepada usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat dan golongan sepertinya.


Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, sebaliknya pihak berkenaan perlu bersimpati dengan golongan itu dan cuba membantu membimbing serta menasihati mereka semampu yang boleh.


Menurutnya, adalah menjadi kewajipan kita sebagai orang Islam untuk membantu rakan seagama sekiranya mereka tersasar daripada landasan hidup.


"Pada pandangan saya, semua umat Islam termasuk golongan agamawan dan pihak berkuasa agama Islam tidak sepatutnya memandang hina terhadap Muhammad Sajjad atau golongan sepertinya.


"Mereka mungkin sukar menerima nasihat kerana sudah terbiasa berada di jalan yang salah, namun inilah kewajipan kita untuk membantu sesama Islam.


"Pengalaman mengajar kita bahawa sekeras mana hati seseorang itu, namun jika selalu dinasihati secara jujur maka dengan izin ALLAH SWT, hati yang keras tidak mustahil akan kembali lunak dan bersedia menerima nasihat demi kebaikan diri sendiri," katanya ketika dihubungi pada Ahad.


Dr Wan Salim berkata, daripada perspektif Islam, tiada manusia yang bersih daripada dosa dan tiada manusia yang tidak melakukan kesalahan kecuali para rasul dan nabi.


"ALLAH SWT mengetahui manusia adalah makhluk yang lemah dan sentiasa terdedah kepada dosa. Oleh itu, ALLAH Maha Pengasih dan Maha Penyayang sentiasa membuka pintu taubat kepada hamba-hamba-Nya yang ingin membersihkan diri dan kembali ke jalan yang diredai-Nya.


"Cuma perbezaannya, ada manusia yang cepat insaf, lantas kembali ke pangkal jalan setelah menyedari dirinya tersasar daripada syariat yang ditetapkan dalam agama. Sebaliknya, ada pula yang berdegil dan terus berlarutan di dalam dosa dan maksiat," katanya.


Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan Muhammad Sajjad atau Nur Sajat supaya menginsafi bahawa dia tersalah memilih gaya hidup yang menyimpang daripada syariat ALLAH dan hukum tabii.


"Dia memilih untuk terus berada di dalam khayalan dan kepura-puraan. Sepatutnya, dia akur dengan ketetapan Ilahi yang mencipta dirinya sebagai seorang lelaki, bukan perempuan dan bukan khunsa. Masalah jantina bukan pilihan kita tetapi ketetapan ALLAH SWT Yang Maha Mengetahui dan Bijaksana.


"Oleh itu, setiap manusia perlu akur dan menerima apa yang ditetapkan Tuhan untuk diri masing-masing. Bertindak berlawanan dengan hukum syariat dan hukum tabii hanya akan membinasakan diri sendiri," katanya.


Katanya, Muhammad Sajad tidak akan menghadapi kesusahan seperti yang dialaminya sekarang malah tidak perlu mengeluarkan belanja yang banyak untuk lari ke luar negara jika menyerah diri kepada pihak berkuasa.


"Di Malaysia, ramai lagi lelaki yang memilih untuk berwatakan dan berlagak seperti wanita, namun tidak menghadapi masalah seperti yang dihadapi Muhammad Sajjad. Jika dia menyerah diri kepada pihak berkuasa, dia hanya perlu membayar denda yang tidak seberapa.


"Dia juga mungkin dikehendaki mengikuti kaunseling yang boleh memberi manfaat kepada dirinya untuk insaf dan kembali ke pangkal jalan dalam menjalani kehidupan sebagai individu yang normal," katanya.


Sebelum ini media melaporkan, Muhammad Sajjad, 36, telah ditahan pihak imigresen Thailand pada 8 September lalu.


Penahanan Muhammad Sajjad dilakukan pihak berkuasa negara gajah putih itu selepas mendapat maklumat mengenai keberadaan usahawan kosmetik di Bangkok, Thailand daripada pihak berkuasa Malaysia.


Dia ditahan di sebuah kondominium mewah di Bangkok bersama seorang lelaki juga berperwatakan wanita warga Thailand ketika serbuan pihak imigresen.



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... an-sepertinya-Mufti
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2021 03:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sharlenetexas at 26-9-2021 03:12 PM

Tuan mufti ni ayah kepada Wan Wardatul Amani kan?
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2021 03:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Baiklah tuan mufti.mulai hari ni aku akan pandang sajat dgn penuh kemuliaan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-9-2021 03:12 PM | Show all posts
sharlenetexas replied at 26-9-2021 03:09 PM
Tuan mufti ni ayah kepada Wan Wardatul Amani kan?

siapa Wan Wardatul Amani?
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2021 03:14 PM From the mobile phone | Show all posts
kerisnaga replied at 26-9-2021 03:12 PM
siapa Wan Wardatul Amani?

Lecturer UIA. Ahli akademik. Pernah masuk paper dan forum cari. Alumni mrsm kalau tak silap.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-9-2021 03:59 PM | Show all posts
sharlenetexas replied at 26-9-2021 03:14 PM
Lecturer UIA. Ahli akademik. Pernah masuk paper dan forum cari. Alumni mrsm kalau tak silap.

terima kasih.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-9-2021 01:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Iol lebih kepada nak dia bayar balik segala scam2 yang pernah heshe buat kat orang
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2021 02:15 AM | Show all posts
JohnyEnglish replied at 26-9-2021 03:12 PM
Baiklah tuan mufti.mulai hari ni aku akan pandang sajat dgn penuh kemuliaan

Boleh pengsan

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 08:47 AM GMT+8 , Processed in 0.043162 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list