CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1478|Reply: 2

[Kedah] Aktiviti sukan air Pantai Chenang hingga 7 malam sahaja

[Copy link]
Post time 26-9-2021 02:29 PM | Show all posts |Read mode
Aktiviti sukan air Pantai Chenang hingga 7 malam sahaja[size=0.8][size=0.9]Hamzah Osman
[email protected]


Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Left Kol (PA) Awang Askandar Ampuan Yaacub (kanan) dan Pegawai Pertahanan Awam Daerah Langkawi, Kapten (PA) Ahmad Shahfikri Darus meninjau menara tinjau di Pantai Chenang, Langkawi. FOTO HAMZAH OSMAN



Langkawi: Pelancong tempatan dan asing tidak dibenarkan melakukan sebarang aktiviti sukan air, berenang dan menyelam di pesisir Pantai Chenang di sini, menjelang jam 7 malam.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Leftenan Kolonel (PA) Awang Askandar Ampuan Yaacub, berkata larangan itu bagi memudahkan pemantauan dilakukan, selain mengelak tragedi buruk sehingga meragut nyawa.

"Bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP), Pantai Chenang kita tutup untuk sebarang aktiviti riadah termasuk sukan air, berenang dan menyelam pada 7 malam.

"Ini kerana menjelang waktu itu, kawasan persekitaran mulai gelap dan pandangan anggota APM yang betugas agak terhad," katanya ketika ditemui selepas meninjau pematuhan SOP di pantai itu, di sini, petang semalam.

Awang Askandar berkata, Pantai Chenang kini meriah dengan ramai pelancong kembali melakukan aktiviti riadah termasuk menunggang jet ski, sukan luncur udara (paragliding), menaiki bot pisang (banana boat), berenang dan menyelam.

"Menjelang jam 7 malam, anggota kita akan naikkan bendera, bunyikan siren dan meniup wisel menandakan Pantai Chenang ditutup untuk sebarang aktiviti sukan air.

"Jika ada pelancong yang masih berdegil anggota kita akan mendekati dan menasihati mereka secara berhemah bagi mengelak tragedi buruk," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, pihaknya sentiasa bersiap siaga dalam semua keadaan dan melakukan pemantauan aktiviti pengunjung di kawasan itu menerusi tiga menara.

"Seramai 24 anggota APM ditugaskan melakukan pemantauan dan kerja menyelamat dengan lapan anggota ditempatkan di setiap menara pada satu masa.

"Mereka memang terlatih dan dibantu pelbagai aset termasuk jet ski, bot dan peralatan menyelamat lengkap bagi berhadapan sebarang kemungkinan," katanya.

Yang turut hadir, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Langkawi, Kapten (PA) Ahmad Shahfikri Darus.



Disiarkan pada: September 26, 2021 @ 1:54pm






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2021 02:39 PM From the mobile phone | Show all posts
menunggang jet ski, sukan luncur udara (paragliding), menaiki bot pisang (banana boat), berenang dan menyelam

best gak tu
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2021 02:40 PM From the mobile phone | Show all posts
sukan luncur udara tu mcmana pulak ..selalu yg ber jet ski tu tau la..ni yg pakai belon udara tu ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 08:53 AM GMT+8 , Processed in 0.038673 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list