CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1659|Reply: 1

[Kedah] Betul ke Pulau Pinang masih milik Kedah?

[Copy link]
Post time 24-9-2021 05:26 PM | Show all posts |Read mode
Betul ke Pulau Pinang masih milik Kedah?[size=0.8][size=0.9]M Hifzuddin Ikhsan
[email protected]


Georgetown ibu negeri Pulau Pinang.





Alor Setar: Dokumen dikatakan perjanjian antara Kedah dan Pulau Pinang yang dipamer kepada umum ketika ini, didakwa bukan bukti surat pajakan yang ditandatangani bersama Sultan Abdullah dan Francis Light pada 1786.

Profesor Sejarah Sosial dan Intelektual, Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Profesor Datuk Dr Ahmad Murad Merican berkata, dokumen yang dipamerkan itu adalah sekadar cebisan surat membincangkan hal berkaitan pajakan Pulau Pinang sahaja.

Jelasnya, Sultan Abdullah dan Francis Light tidak pernah menandatangani apa-apa perjanjian atau surat pajakan berkaitan penyerahan Pulau Pinang daripada Kedah kepada Syarikat Hindia Timur Inggeris ketika itu.

"Perkara ini sudah dijelaskan 50 tahun lalu oleh sejarawan R Bonney di dalam bukunya 'Kedah 1771-1821: The Search for Security and Independence' bahawa tidak ada perjanjian pajakan tetapi kita masih menggunakan naratif kolonial bahawa Pulau Pinang dipajak daripada Kedah.

"Dokumen perjanjian yang dipamerkan selama ini adalah tidak betul kerana itu sekadar perbincangan antara Sultan Kedah dan Francis Light sahaja, sepatutnya perkara ini dijelaskan kepada semua pihak bahawa tiada perjanjian pajakan sah dibuat antara kedua-duanya," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Difahamkan, dokumen dikatakan perjanjian pajakan daripada Kedah terbabit ada dipamerkan di Muzium Pulau Pinang selain turut disimpan pihak Arkib Negara sebagai warisan negara.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK), Dr Ibrahim Bakar, mendesak kerajaan negeri mengadakan perbincangan serius bersama Kerajaan Pusat bagi mencapai persefahaman baharu termasuk mengambil kira kadar bayaran tahunan kepada Kedah.

Katanya, pihaknya mencadangkan naratif sejarah berkaitan Pulau Pinang perlu diperbetul supaya semua pihak memahami kedudukan sebenar hubungan Kedah dan Pulau Pinang yang banyak dipesongkan.

"Berpandukan hujah pada buku 'Kedah 1771-1821: The Search for Security and Independence', kami mendapati tidak ada satu perjanjian sah antara Kedah dan mana-mana pihak berhubung pendudukan Pulau Pinang.

"Berdasarkan hujah itu juga, kami mengambil pendirian menyokong kenyataan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor bahawa Pulau Pinang adalah hak milik Kedah yang sah sehingga kini," katanya.

Muhammad Sanusi pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selasa lalu, mengingatkan Pulau Pinang adalah negeri yang dipajak Kedah selain meminta agar negeri itu tidak campur tangan dalam hal berkaitan negeri ini.

Disiarkan pada: September 24, 2021 @ 2:10pm






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2021 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesti ada meroyan karang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 09:06 AM GMT+8 , Processed in 0.249430 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list