View: 1405|Reply: 1
|
Hakimi selamatkan maruah PSG
[Copy link]
|
|
Paris: Gol kemenangan dramatik Achraf Hakimi pada masa kecederaan menyelamatkan Paris Saint Germain (PSG) untuk mencatat kemenangan 2-1 ke atas pasukan tangga tercorot, Metz tatkala gergasi ibu negara itu mengekalkan rekod 100 peratus di Ligue 1 musim ini walaupun tanpa Lionel Messi yang mengalami kecederaan.
Pertahanan Maghribi itu yang berpindah dari Inter Milan tahun ini, meletakkan PSG di depan pada minit kelima sebelum Kiki Kouyate menyamakan kedudukan.
Bagaimanapun, situasi paling memuncak menyaksikan Metz terpakda beraksi dengan 10 pemain dan jurulatih mereka, Frederic Antonetti diperintah meninggalkan bangku simpanan sebelum Hakimi meledak gol kemenangan pada minit ke-94.
"Pasukan ini berusaha sehingga ke penamat dan tidak pernah mengaku kalah, mereka mempunyai kemampuan untuk menandingi diri mereka sendiri, dengan perwatakan yang ada dan ia membuahkan hasil di hujung saingan," kata jurulatih PSG, Mauricio Pochettino.
Messi, bekas ikon Barcelona tidak dapat diturunkan kerana mengalami kecederaan lutut dan anak buah Pochettino bergelut menentang Metz yang masih belum mencatatkan kemenangan.
Hakimi meledak gol di awal permainan namun PSG bergelut memberikan persembahan terbaik dan tandukan Kouyate berpunca dari sepakan penjuru mengikat kedudukan enam minit sebelum rehat.
Penjaga gol pelawat, Keylor Navas terpaksa memberikan aksi terbaik untuk menyelamatkan percubaan Lamine Guaye, manakala rayuan Metz untuk memperoleh sepakan penalti selepas bola terkena tangan Hakimi pada awal separuh masa kedua dinafikan.
Drama sebenar aksi berkenaan hadir selepas 90 minit apabila pertahanan Metz, Dylan Bronn dilayangkan kad kuning kedua dan Antonetti pula diarahkan meninggalkan bangku simpanan.
PSG menggunakan kesempatan itu dengan Hakimi menyambut hantaran Neymar dan meledak rembatan untuk menghasilkan gol kemenangan. - HMetro
|
|
|
|
|
|
|
|
HAKIMI (dua dari kiri) meraikan jaringan bersama rakan sepasukan. FOTO AFP |
|
|
|
|
|
|
| |
|